Sunday 21 February 2010

INFO HAMIL : ANGIN, MASALAH BIASA WANITA HAMIL


 
kredit picture gugel
 
Erra ngandung kemaen jelitas lagik ko....cer kalo haku yang ngandung, En laki tengok ponn pening kot...huhuuu 




Masalah angin didalam perut semasa mengandung adalah perkara biasa. Keadaan angin didalam perut biasanya akan menyebabkan wanita hamil mengalami pedih ulu hati (hiatus hernia). Ini disebabkan oleh pengairan cecair berasid dari dalam perut ke bahagian asophagus.

Biasanya, keadaan ini menjadi lebih teruk apabila usia kandungan semakin meningkat. Walaupon begitu, ia tidaklah memberi kesan buruk pada bayi dalam kandungan. Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan mengelakkan daripada mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak, terutama sekali makanan yang bergorang atau yang mengandungi herba.

Sekiranya wanita meroko hamil, cuba kurangkan atau kebih baik berhenti saja. Selain itu cuba jangan membongkok atau berbaring sebaik selepas anda makan. Bagi yang sering mengalaminya pada waktu malam, cuba minum segelas air sbelum tidur.

Sebaiknya anda dinasihatkan agar tidur dengan menaikkan sedikit bahagian atas badan anda dengan meletakkan bantal lain dibahagian belakang anda.

Jika langkah-langkah diatas tidak member kesan pada anda, anda boleh cuba mengambil antacid yang mudah diperolehi dimana-mana farmasi.Ia selamat digunakan bagi wanita-wanita yang mengandung.

Namun anda dinasihatkan agar mendapat nasihat daripada doctor terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kesan atau kemudaratan yang tidak diigini.

 Sumber : Mingguan Wanita 27 April – 03 Mei 2007




Elak makanan yang menyebabkan angin dalam perut.


Antaranya :

Legum : kekacang kering, kacang panjang dan kacang soya

Susu dan hasil tenusu : susu, aiskrim dan keju

Sayuran : kubis, lobak putih, lobak merah, bawang, kubis bunga, asparagus, mentimun dan brokoli.

Sayuran berubi : kentang dan sengkuang

Buah-buahan : prun, apricot, epal, kismis, pisang, sukun, nangka,pir dan pic

Bijirin dan roti : semua jenis makanan yang mempunyai gandum dan produk daripada gandum termasuk bijirin roti dan pastri

Makanan berlemak : makanan bergoreng, lemak daging, sos krim dan sos tartar

Cecair : minuman bikarbonat soda, minuman bergas, ubatan atau serbuk

Serat : kekacang, oat dan kacang panggang.


Sumber : Majalah RAPI 01 Mei 2008




CNNBijakPandai : ater udahhh semua takleh makan..gimano eh…makan hatey jerk lahh...:P

Saturday 20 February 2010

INFO HAMIL : BINA OTAK JANIN DENGAN RANGSANGAN

Sumber : Mingguan Wanita 13-19 December 2002
Kelolaan : Wan Mahani Wan Hassan


Ibu bapa sebenarnya mempunyai peluang dan mempu mempengaruhi dan mencorakkan anak-anak menjadi manusia pintar, cemerlang dan bijak. Terutama bagi si ibu kerana mereka lebih dekat hati dan perasaan dengan janin yang dikandungnya.

Waktu kehamilan adalah saat paling penting dalam proses perkembangan janin. Dalam tempoh tiga bulan pertama kandungan, otak janin mula berkembang dengan pesat. Janin sudah mampu merasa dan member reaksi terhadap persekitarannya.

Kebanyakkan ibu hamil tidak menyedari bahawa pengalaman dan emosi ibu semasa mengandung turut dirasai oleh janin. Janin menyerap dan merakamkan segala detik dan pengalaman yang dilalui tanpa mampu menapis kerana mekanisme menapis maklumat masih belum terbentuk.Pada tahap inilah bayi belajar mengamati lingkungannya.

Dr Hassan Haji Mohd Ali dalam bukunya “Mendidik Anak Pintar Cergas” mengariskan bahawa janin dalam kandungan sebenarnya boleh diransang melalui kaedah-kaedah tertentu khususnya sentuhan kasih saying. Makan yang berprotein juga penting dalam pembinaan otak bayi. Malah, Islam juga turut mendidik pasangan cara-cara berjimak untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.

Kaedah merangsang bayi dalam kandungan:

1.Pastikan ibu mempunyai emosi yang tenang dan riang supaya anak yang akan dilahirkan sentiasa riang dan tidak mudah meragam

2.Lahirkan perasaan rindu menanti kelahiran bayi tersebut dengan penuh ikhlas dan kasih saying melalui usapan-usapan lembut

3.Perdengarkan beberapa jenis bahasa muzik terutamanya zikir dan ayat Al-Quran serta pelbagai rangsangan pengetahuan asas yang mudah.

4.Sentiasa bercakap-cakap dengan bayi dalam kandungan dengan kata-kata manja,lunak dan menyegarkan. Mulalah ajarkan bacaan seperti A,B,C,1,2,3 memperkenalkan diri seperti Assalamualaikum/hello,saying,ini mama/papa,anak emak/ayah,bijak/baik dan sebagainya.

5.Lakukan isyarat mudah seperti :menggosok persekitaran perut,menggongcang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut dengan menenangkannya,menepuk perut untuk mendapatkan reaksi bayi.

6.Rakamkan suara ibu,ayah dan ahli keluarga yang lain dan pasangkan ‘earphone’ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara setelah dilahirkan kelak.

7.Perkenalkan perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluhkan ke perut.lakukan rangsangan ini selama 5-10 minit.


Islam amat mengalakkan ibu-ibu mengamdung mengamalkan beberapa perkara tertentu agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia.Antaranya :

1.Banyakkan mengingati Allah SWT dengan memohon ampundan taubat. Dengan amalan ini Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dan perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat.

2.Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meniggalkan larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama isnin dan khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.

3.Banyakkan membaca Al-Quran. Antara ayat-ayat Al-Quran dan surah yang elok dibaca ketika hamil ialah surah Al-Fatihah,surah Yasin, surah At-Taubah,Surah Yusuf, Surah Luqman, surah An-Nahl(ayat 78) dan surah al-A’raf(ayat 189). Dengan membaca ayat ini selain daripada ibadah ia juga untuk memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna dan soleh.

4.Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.


Wanita hamil perlu mengetahui bahawa perasaan yakin dan gembira sewaktu hamil akan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang.
Ibu yang sihat menjamin keadaan pernafasan, pemakanan dn hormone yang stabil.

Ibu hamil yang tenang dan bersikap positif terhadap kelahiran bayinya juga didapati kurang mengalami risiko kehamilan. Mereka lebih mudah melahirkan anak. Keselesaan dan perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang,pintar dan cerdas.

p/s: sumber gambar dari gugel.

kataFAISH :oowwwhhhh haku sangat riang saat ini..*tetibe menjadi riang gumbira*

Tuesday 16 February 2010

INFO HAMIL : 8 tips hamil secara sihat

Sumber :Utusan Malaysia 19/08/2001

ANDA disahkan hamil? Apa yang penting anda lakukan sepanjang tempoh kehamilan ialah menjaga kesihatan fizikal dan emosi sebaik-baiknya.
Seperti wanita lain, anda juga sebenarnya berpotensi melahirkan bayi yang sihat dan bebas daripada sebarang masalah sepanjang hamil jika anda mengamalkan beberapa tips berikut seperti:

Memilih pakar perbidanan
Memilih pakar perbidanan pada peringkat awal dapat membantu mengeratkan hubungan dalam menyiapkan diri sebelum proses kelahiran.
Pada masa yang sama, penjagaan pranatal yang baik penting untuk kesihatan bayi.

Diet yang seimbang
Pastikan anda mengambil diet yang seimbang seperti protein dan mengawal kalori selain mengambil vitamin dan garam galian lain seperti zat besi dan asid folik.

Mengambil vitamin pranatal
Wanita hamil perlu mengambil vitamin ini lebih daripada wanita biasa terutama asid folik kerana ia mengurangkan risiko janin mengalami kecacatan tiub saraf, contohnya spina bifida.

Melakukan senaman secara tetap
Program senaman yang sesuai bukan saja dapat memberi anda kekuatan dengan berat badan yang baru semasa hamil, malah dapat mengurangkan tekanan semasa proses kelahiran.
Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan serotonin iaitu bahan kimia yang dikaitkan dengan perubahan mood semasa hamil.

Elakkan mengambil minuman keras
Kajian mendapati wanita yang mengambil minuman keras semasa hamil meningkatkan risiko melahirkan bayi yang mengalami kerencatan mental dan fizikal, masalah tingkah laku, rupa paras dan kecacatan jantung.

Kurangkan pengambilan kafein
Pengambilan kafein dalam jumlah yang banyak boleh meningkatkan risiko untuk anda melahirkan bayi yang kurang berat badannya. ~~~waktu ngandung nie haku suker sangat dgn air Neslo~~

Berhenti merokok
Tabiat merokok meningkatkan risiko keguguran, kehamilan ektopik, pendarahan faraj, bayi lahir tidak cukup bulan, kematian bayi dan sebagainya.
Kajian juga mendapati wanita yang merokok 20 batang atau lebih sehari lebih cenderung melahirkan anak yang sumbing.

Rehat yang mencukupi
Tidur yang mencukupi penting untuk kesihatan diri dan janin dalam kandungan. Jika anda tidak boleh tidur, angkat kaki ke atas sambil membaca buku atau majalah.

Kaedah berehat seperti yoga, regangan, menarik nafas dalam-dalam dan urutan merupakan cara terbaik untuk menangani tekanan dan tidur yang baik pada waktu malam.

Monday 15 February 2010

INFO HAMIL :Keperluan Fizikal, Emosi, Material Dan Ilmu Untuk Ibu Hamil

Sumber: Mingguan Wanita (1-7 Disember 2006)

Keperluan Fizikal

• Rehat sekurang-kurangnya 10 jam sehari termasuk waktu tidur ~~nie haku tak buat~~

• Sekurang-kurangnya 10 kali pertemuan dengan doktor bagi pemeriksaan sepanjang kehamilan~~nie haku buat~~

• Penambahan berat badan sekurang-kurangnya 8 hingga 10 kilogram dan tidak melebihi 15 kilogram sepanjang kehamilan ~~haku jangka berat haku lebih dr sepatutnyer~~

• Pengambilan vitamin dan zat makanan yang kaya dengan asid folik dan kandungan besi ~~kadang-kadang~~

• Minum banyak air sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas sehari bagi mengelakkan sembelit ~~nie haku buat~~

• Paras Hb mencapai sekurang-kurangnya 10 gram semasa pemeriksaan doktor ~~haku kurang darah~~

• Ujian ultrasound yang penting semasa awal mengandung dan selepas 28 minggu bagi melihat kedudukan bayi dan uri ~~haku buat~~

• Bersedia untuk penyusuan bayi, sekiranya puting pendek atau terbenam gunakan pam vakum dan latih agar anda bersedia untuk menyusukan bayi ~~takyah guna pam,ader laki suh diyer vakumkan~~



Keperluan Emosi


• Ketidakseimbangan hormon menyebabkan tubuh terasa hangat dan perasaan sering terganggu. Anda mungkin merasa mudah berkecil hati meskipun berhadapan dengan persoalan yang remeh-temeh. Amalkan sikap tidak ambil kisah dengan pergolakan di sekeliling anda. Kekalkan keceriaan kerana emosi anda turut mempengaruhi bayi dalam kandungan. Sekiranya ibu hamil sentiasa murung, tidak mustahil anak yang dilahirkan nanti akan banyak meragam dan juga menangis ~~InsyaAllah haku hepy ajer~~

• Amalkan saranan orang tua dengan banyakkan mengaji Al-Quran dan berdoa agar dikurniakan anak yang soleh dan comel ~~Alhamdulillah setakat nie~~

• Bersabar meskipun anda ditimpa gejala-gejala semasa mengandung seperti muntah, sakit belakang dan lain-lain. Berjumpalah doktor dan dapatkan nasihat bagaimana mengatasinya ~~dah lebih dari sabor, Alhamdulillah~~

Keperluan Material

Apabila hamil, faktor ekonomi keluarga perlu juga difikirkan. Langkah berjimat cermat perlu juga difikirkan. Langkah berjimat cermat perlu diambil sekarang kerana sejajar dengan penambahan ahli keluarga, perbelanjaan turut bertambah.
Tidak semua oramg mampu berbelanja lebih. ~~ya betul,tidak syak lagik~~

Sebagai contoh, penggunaan lampin pakai buang boleh dikurangkan jika ibu menggunakan kain lampin. Begitu juga dengan pemakanan bayi, penggunaan bahan semulajadi yang murah dan mudah didapati adalah lebih menjimatkan dan berkhasiat berbanding makanan yang sudah diproses, zat makanan juga lebih banyak dan bermutu tinggi. ~~a'ah tengah pikir~~

Keperluan Ilmu

• Selain penjagaan diri, ibu hamil perlu rajin menimba ilmu. Ilmu boleh didapati melalui pembacaan buku-buku dan majalah. Lengkapkan diri dengan tip-tip berguna yang membantu memudahkan bersalin seperti saranan senaman dan posisi bersalin yang sesuai.~~tengah cari tip la nie~~

• Anda juga boleh menghadiri ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh klinik-klinik ibu mengandung dan dapatkan maklumat tepat bukan sahaja untuk diri anda sekarang tetapi juga untuk membantu si kecil kelak ~~ader pegi ceramah susu ibu,tue jerk setakat nie~~

Keperluan Bayi

Keperluan ibu dan bayi yang dikandung adalah saling kait mengait. Apabila zat makanan ibu mencukupi maka keperluan makanan bayi turut mencukupi. Ibu yang riang dan gembira akan mendapat cahaya mata yang riang dan gembira.Makanlah makanan yang mengandungi banyak zat yang diperlukan ibu hamil. Buah-buahan dan sayuran dan juga susu adalah antara yang paling baik untuk diamalkan oleh ibu hamil bagi mendapatkan bayi yang sihat.

~~~haku cuba yang terbaik untuk anak yang haku kandung.Harap semuanyer nanti berjalan lancar.Doakan haku dan anak selamat~~

Tuesday 2 February 2010

Mulianya seorang isteri disisi Allah...

sumber : email


Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-2.Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan Membantu mereka di akhirat kelak.Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh dititian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.


Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.


Sesingguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki),lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.



"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun
yang telah meninggal dunia"........



Bait-bait ini membuatkan hatiku amat tenang sekali.....