Wednesday 30 January 2013

Belajar Solat







Adeq tengah belajar solat dengan papa. Moga Adeq membesar menjadi anak yang solehah dan tak tinggal solat lima waktu..

Maaf gambar tak clear..gambar curi zoom dari dapur ajer...untuk simpanan peribadi, nak tunjuk kat Adeq bila dia besar nanti..waktu adeq umur dua tahun adeq dah start belajar solat..mama harap sangat adeq jadi anak yang tak tinggal solat lima waktu sampai bila-bila pun..


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Friday 25 January 2013

mengapa mengeluh sayang..?

Assalamualaikum kesayangan..!!


Bila hujan membasahi bumi maka banyak lah diupdate status mukabuku dengan keluhan diatas kejadian hujan. Mengapa perlu mengeluh wahai kesayangan..Bukankah hujan itu rahmat..

Adalah lebih baik keluhan tadi ditukarkan kepada doa "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami, Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).



 "Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)


Rasulullah SAW berkata, pada suatu hari baginda melihat langit gelap gelita. Baginda mula risau..tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. baginda menjadi sangat seronok dan berkata.

 "Ketika hujan itu lah Allah membuka langit seluas-luasnya, pada waktu inilah sebaik-baiknya beristigfar kepada Allah dan berdoa memohon apa yang dihajati dan Allah akan kabulkan".

Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Kadang-kadang pagi-pagi dah hujan dan kadang-kadang pula petang ataupun malam. Makanyer tiap-tiap hari kite ada masa untuk berdoa. Kenapa mesti lepaskan peluang dengan keluhan yang sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)



Bila hujan mencurah teringat keletah anak-anak dirumah ..

Abanglong : yeayyyyyy hujan turunnnn..
Adeq : yeayyyyy...*bersorak dengan gembira*
Abanglong : jom adeq kite tengok hujan kat pintu
Adeq : jommmm...
Abanglong : hujan bestkan adeq..sejukkkkk
Adeq : cejukkkkk * sambil gelak2 peluk tubuh memasing..*

dua-dua duduk dimuka pintu sambil tengok hujan yang turun. Nak keluar mama tak kasi..:P

Bila hujan turun anak-anak akan bersorak gembira.. Apakah sebenarnya dihati mereka..dan apakah sebenarnya maksud "hujan" bagi mereka..dan mengapa pula mereka terlalu seronok bila hujan?

"Mama cakap hujan adalah hadiah dari Allah..jadi mestilah kiter seronok dapat hadiah "


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Monday 21 January 2013

Lima Bulan..

Assalamualaikum belog.

Menyepi dari dunia belog adalah sesuatu yang diluar jangkaan...
Lima bulan sudah cukup lama bagi seorang yang bernama blogger..
Terasa semakin kelu mengungkap kata dan membaris ayat didunia belog..
kaku.

Entah dimana hendak haku mulakan..
Entah macammana haku mahu mulakannya..

sendiri atau berteman..
haku perlu teruskan kerna haku telah memilih untuk meneruskan..
Titipan kasih dan kenangan bersama tersayang..
Akan terus mekar disini..

Untuk anak-anak mama..
disaat mama telah pergi nanti..



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~