Monday 30 May 2011

Rupanya hampir sebulan belogku tidak berhupdate.Apa sudah jadik?

tajuk kemaen panjang.Tapi nak mula citer dari mana neh.

korunk sihat?
korunk dah luper haku ker?
sian kat haku tau...

rasa macam dah lama sangat tak menjengah belog. Kenkadang adalah buka belog kejap tapi untuk apporove komen jerk pastu tutup balik.
Takder mood nak blogging.


Last two week haku annual leave seminggu sebab pegi KL, tengok bapa saudara sakit dekat Hospital Serdang. pada hari Jumaat 20hb mei bapa saudaraku sudah kembali kerahmatullah.Moga rohnyer tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah.




Anakanda kesayangan ku plak asyik bergilir tak sihat. lepas abang tak sihat adeq plak, lepas adeq,abang sambung tak sihat balik...pastu continue mak bapak plak sambung demam selsema batuk segala.

eh dah makpak sihat, anak-anak plak sambung demam balikkkkkkkkkkkkkk....tup tup hampir sebulan ketidaksihatannyer berterusan..

begitulah adanya, Ujian Allah memang datang dalam macam-macam keadaan. Syukurlah kami masih menikmati nikmatnya hingga ke hari ini.


Dan yang pastinya hari ini haku kembali dalam dunia blogging.







Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!



~CNN~


Jom join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.!!


Sunday 8 May 2011

Ibuku seorang pembohong ?

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut.

Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.

Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya.

Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.

Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.

Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.



Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.

Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.

Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata.

Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.


" Wahai TuhanKu, Ampunkanlah daku dan kedua ibubapaku, serta rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua mendidikku sewaktu ku kecil "

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya.

Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…




Sumber :email.


Sekadar untuk renungan bersama!!

Selamat Hari Ibu untuk Semua yang bergelar IBU didunia.



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!



~CNN~


Jom join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.!!


Friday 6 May 2011

Sarakids Gathering



Dah lamer sangat hold citer neh.

Haku telah merajinkan diri untuk join Sarakids Gathering yang berlangsung di DARC Shah Alam pada 24 April yang lepas.

Ingat lagik tak entry neh Me@Shah Alam . Maser entry tuh publish haku live blogging dari Denai Alam.

Benda yang paling penting nak bagitau neh, hari tuh adalah untuk pertama kali nyer CNN pakai tudung pink uolssssssssss..Gigih pergi carik tudung color pink semata-mata nak ikut tema punyer pasal. Pestime haku beli tudung color pink tau, selalunyer kalau haku beli haku lebih prefer color merah or black jerk.

pink with me eh cool what..!!Nampak lebih muda dari biasa...heh.




Disebabkan weouls laki bini taktau kat maner letaknyer Denai Alam so seawal 6.30 am weouls dah gerak dari rumah. Kiralah sendiri pukul berapa haku anak beranak bangun.

Sampai Denai Alam dalam pukul 10.30 am. Tapi confirm sesatlahhhh...dah pusing-pusing taktau jalan jugak last-last call team sarakids tanya jalan..


so time haku sampai tuh majlis dah pon bermula dan dah ramai kaum ibubapa yang datang.

Maser neh baru sampai. Haku paksa En Epai pegi carik makan sebab perut dah mendidih lapor.Ekceli sarakids ader sediakan sarapan tapi dah habislah rasanya time weouls sampai tuh dah lewat.

Ramai yang datang. Menurut kater Farah Farhan yang mendaftar 250 orang kesemuanya tapi yang hadir pada hari tersebut adalah 670 orang.


Maser neh perasmian modu breastpump. Lepas perasmian tuh Sara datang tunggang horse bagi pump Modu tuh kepada mamanya, Farah Farhan. So sweet..!!



Hari tuh tema pakaian nyer ibu baju pink,anak-anak baju merah dan bapa baju color hitam. memang majority yang datang hari tue ikut tema yang ditetapkan..chantek sangat-sangat..!!

Kalau uols nak tahu inilah model mum and kids...hohohoho...


Walaupon cuaca panas terik dan haku kebulur nak mampos tapi kami tetap hepy disana. Si Adeq sudah disusukan itu yang hepy jerk manjang. Abanglong pulak makan biskut ngan minum teh tarik untuk alas perut sementara tunggu makan tengahari.

Tapi makan tengahari yang Sarakids sediakan memang terbaiklah siap ader masak lemak pucuk paku lagik kau...ayam kfc pon ado..huhu.



wajib tinggalkan jejak. Sekurangnyer gambar-gambar ini menjadi saksi yang haku pernah hadir dikalangan ibu-ibu yang hebat ini. I'm so glad..!!

Diyer adalah orang pertama yang menegur haku. Tapi maafkan haku yang kekurangan daya ingatan neh...Haku tak ingat namer diyer dan dari blog maner.




eh awak kalau menjengah kesini tegur-tegurlah sayer...Janganlah bacer diam-diam jerk kang sampai kesudah sayer tak kenal awak lah jawabnyer. Mana aci macam tuh..nak juger berkenalan dengan awak..




Aperpon seronok berjumpa ngan awak yang sangat peramah itu..dan terima kasih kerana bertegur sapa dengan sayer..:)




Bersama Momma Mia dari Miakididdles . anakmu chumel bangat seh..!!




Anak-anak alin neh dua-dua pon behave jerk tak banyak songeh macam anak-anak haku..Diyer sorang pon boleh handle dua anak yang kebetulan en somi nyer kerja.




Kalau haku memang tak ah nak angkut abglong ngan adeq seseorang kang tak pasal-pasal haku bertukar menjadi the hulk..




Bersama Mai dari mrsnano family

Gembira dapat berjumpa denganmu. Jika menjengah kesini tegur-tegurlah saya selalu yer. Mai pon ramah orangnyer dan tak lokek memberi senyuman. Puteri-puterinyer pon chumel-chumel semuanya. terima kasih kerana sudi bertegur sapa dengan sayer..:)




Dan terima kasih kepada yang sudi bertegur dan borak-borak dengan sayer maser di DARC.




Dan watak utama untuk hari bersejarah itu semestinyer Farah farhan. kalau saper yang datang gathering neh tak ambik gambar ngan Farah compom nyesal tak sudahh.

Ultraman pendek. ultraman tuh pendek lagik dari En Epai tau.




Ini pon AbangLong nak takut walhal ultraman lah yang di idolkan sangat siang dan malam. Macam-macam koleksi ultraman yang diyer ader.




lepas ultraman tuh blah, Abanglong cakap kat haku "Ultraman color neh tak kuat sangat mama"




a'ah iyerlahh, yang muka ko cuak tak hengat pehal..!

Dinousor datang menyerang plak. Dah yang ultraman pendek tuh pon abglong takut apatah lagik yang besar gedabak macam neh..tengok dari jauh jerk berani. En Epai ajak pegi dekat nak ambik gambor diyer ngan dinousor pon diyer takmo.

Maser neh ader Pertunjukkan Api dari Kumpulan Red Indian DARC dan acara kudaku lari gagah berani .

Ader banyak jugak gerai jualan pader hari tuh.

Dah buat dekat DARC haruslah ado horse riding kan. Cadang nak suruh Abanglong naik tapi dak tuh penakut sesangat. Murah jerk kanak-kanak RM 5 hengget jerk kalau tak salah haku.

Bergambar beramai-ramai adalah acara wajib.

haku ader disitu..yesssss...!!!

Biler tengok gambar-gambar neh balik, dah ramai ibu-ibu yang sedar akan kebaikan BF neh untuk anak-anak. Syabas untuk semua ibu-ibu yang hebat ini..!!

dan Terima kasih untuk bapa-bapa yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan..Perjalanan BF seorang ibu bukan satu perjalanan yang MUDAH. Ia perlukan semangat yang kuat tanpa kenal erti putus asa untuk terus memberi yang terbaik untuk anak-anak terchenta..

Terima kasih Farah Farhan kerana telah membuka mata hatey saya dan membuka minda saya. Semoga kehidupanmu dan keluarga diberkati-Nya dan perjalanan hidupmu dipermudahkan.


Akhir kata Say YESSSSS to Breastfeeding...!!

Susu ibu adalah yang terbaik sepanjang zaman noktah




~CNN~



Jom join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.!!




Thursday 5 May 2011

Sedihnyer...!!

orang cakap kener update id blog ker akaun google eh.
kalau kiter tak tukar nanti,pihak google akan padam akaun yang kita guna like yahoo tuh, bersama ngan blog-blog kiter sekali.
betul ker macam tuh?

Ekceli haku pon tak pasti tapi haku tengok ramai yang dah posting pasal tukar akaun google neh. Haku tak tau akan kesahihannyer.
Katernyer pihak google dah kasik amaran erk..?



katernyer lagik kalau selepas 25 Jun 2011,kita tak tukar akaun google lagik nanti google akan delete akaun/blog kiter.

Sebut pasal belog wa terus takutt beb..wa sayang bangat sama belog wa neh...hahaha
so haku pon cepat-cepat lah tukor akaun.
Jenuhhhhhhhhhhhhhhhh jugak yer..!!separuh hari mengadap itu jerk..hadeii.

Memula haku buat hilang semua kau..sumpah rasa nak nanges dah..setan betul..!!pastu godek-godek balik then okeh dahh..*urut dada lega*




tapi semua belog yang haku follow semuaaa hilangggg beb..
mamtiklahhh...dah banyak belog haku follow nehh..maner nak carik link balik...sakit nyer hateyyyyyy...!!


siyesss tetiba rasa sedih..!!



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!



~CNN~


Jom join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.!!


Wednesday 4 May 2011

BEE : Hormat Suami Bila PERLU Sahaja..?

herloww talk to my hand okeh..!!

pernah ker buat kat laki korunk camni?
eh tak baik tau.
Haku pernah jugak buat* eh kantoi* tapi time-time bergurau senda jerk ngan En Epai tuh. Diyer pon paham haku neh jenis yang macam maner.

Cerita pasal suami isteri dan alam rumahtangga neh memang banyak dugaan nyer.Bezanya cuma bagaimana dugaan itu datang dan cara kita tangganinyer. Bila semua dugaan tuh dapat kita laluinya dengan sabar dan tenang InsyaAllah hubungan antara suami isteri menjadi semakin kuat dan kasih sayang menjadi semakin utuh. Dari dugaan yang datang tuh lah kiter akan lebih mengenali siapa kita dan siapa pasangan kiter.





Tuhan jadikan Hawa dan Adam untuk kita saling melengkapi. melengkapi kekurangan yang ada pada diri masing-masing.Dan Tuhan turunkan dugaan untuk kita muhasabah diri.

haku tertarik dengan huraian dan coretan abang long online dalam entry nyer yang bertajuk Hormat suami Bila Perlu Sahaja

Kenkadang kiter tidak sedar sehinggalah ada yang mengingatkan kiter yang sedikit terleka. Nauzubillah mudahan kiter dijauhkan dari azab neraka.

Sesunguhnya suami adalah ketua keluarga yang harus dihormati setiap masa dan kita perlu ingat bahawa syurga seorang anak adalah ditelapak kaki ibunya tapi syurga seorang isteri adalah ditapak kaki suaminya.

Haku syorkan untuk korunk baca perkongsian coretan abang long dalam entry nyer yang bertajuk Hormat suami Bila Perlu Sahaja .

Coretan beliau akan mengingatkan kiter para isteri untuk kembali muhasabah diri dan kepada para suami agar dapat mengambil iktibar diatas apa yang berlaku.



KLIK SINI untuk ker Belog Beliau.





semua gambar-gambar diatas dan dibawah diambil dari gugel. Haku tengok kebanyakkan entry abang long mesti letak gambar-gambar kucing dan monyet. So haku pon gugel lah gambar-gambar kucing sekali kucing-kucing chumel yang keluar plak. jatuh chinta terus you, itu pasal haku taruk gambar kucing banyak-banyak. Chumillllllllllll sehhhh..!!



okeh in cadangan untuk abang long .Tapi kalau abang long tak suka maaf yer,ignorekan ajer cadanganku.

Haku tengok kebanyakkan entry abglong memang panjang berjela dengan huraian. haku paham tujuan ditulis panjang-panjang macam tuh. kang kalau dicut-cut kang mesage yang ditulis tak dapat nak disampaikan dengan jelas pulak kan. So apa kater abglong masukkan banyak gambar-gambar yang berkaitan dengan huraian abglong.Satu perenggan satu gambar mungkin.



Gambar boleh diperbagaikan mengikut huraian contoh abanglong boleh buat atau edit sedikit dialog di antara dua ekor kucing dalam gambar tersebut.Teknik memasukkan gambar haiwan yang chumil-chumil tuh untuk setiap entry dah chantek dah tuh cuma mungkin boleh perbanyakkan untuk entry yang panjang. So sambil baca bolehlah mencuci mater, tak gitu?

owhh ini cadangan dan padangan haku sajerk yerk abanglong.Jangan marah tau..!!


Okeh uols Jangan lupa baca info yang berguna tuh yer,Mudahan dapat memberi sedikit maklumat kepada anda semua.



Photobucket







Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!





~CNN~


Jom join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.!!