Monday 14 December 2009

Info Hamil:Sebaiknya Tidak Dilakukan Ketika Hamil

Sumber: Mingguan Wanita (12 - 19 Oktober 2007)


Kehamilan adalah perkara yang membahagiakan buat wanita. Justeru ia harus dijaga dengan baik agar janin yang dikandung selamat hinggalah tiba masa untuk melahirkannya. Untuk memastikan janin selamat terdapat beberapa perkara yang seharusnya tidak dilakukan ketika berbadan dua. Berikut adalah antaranya:


Manikur - Pedikur
Keadaan kuku yang cantik dan rapi memang diingini oleh setiap wanita namun sekiranya anda hamil terutamanya ketika usia kehamilan kurang tiga bulan ia haruslah dilakukan dengan hati-hati. Banyak produk kuku mengandungi bahan kimia seperti toluene yang ada pada pewarna kuku atau aseton pada produk penghilang cat kuku. Meskipun belum dikaji apakah bahan ini berbahaya bagi janin, sebaiknya anda hindari sahaja.

Perawatan Wajah
Kulit terasa berminyak dan melekit ketika hamil? Mungkin perawatan wajah adalah salah satu penyelesaiannya. Namun ingat, lakukan perawatan wajah yang biasa sahaja. Jangan disertai dengan rawatan pengelupasan kerana kulit wanita hamil cenderung lebih sensitif.

Mewarnakan Rambut
Setakat ini belum ada informasi tepat lagi jelas adakah pewarna rambut benar-benar selamat bagi ibu hamil. Jika ingin melakukannya, sebaiknya tidak dilakukan pada trimester pertama kehamilan. Tunda hingga proses kelahiran, atau tanyakan pada doktor anda.

Kasut Tumit Tinggi
Selama tempoh kehamilan, berat badan yang bertambah akan turut memberi kesan pada pusat graviti tubuh. Akibatnya dapat dilihat pada perubahan cara jalan dan keseimbangan. Hindari menggunakan kasut bertumit tinggi untuk menghindari kemungkinan terjatuh.

Buah Durian
Hindari mengambil raja buah ini terutama jika usia kandungan di bawah 3 bulan. Buah durian dapat merangsang timbulnya kontraksi, malah jika dimakan terlalu banyak pada kehamilan trimester pertama ia mampu menyebabkan keguguran.

Ubat Nyamuk
Apa pun bentuknya, bakar, sembur atau sapu, penggunaan ubat nyamuk tidak disarankan pada ibu hamil kerana ia mengandungi bahan kimia aktif yang termasuk kategori racun yang amat berbahaya. Untuk menghindari nyamuk gunakan saja kipas angin atau sapukan minyak kayu putih di kulit.

Derma Darah
Ketika hamil wanita tidak disarankan menjadi penderma darah. Kenapa? Kerana ketika hamil, anda sendiri cenderung mengalami anemia. Anda memerlukan lebih banyak darah untuk diri sendiri. Derma darah bagaimanapun boleh dilakukan sewaktu nifas.

Gula Sintetis
Penggunaan gula sintetis seperti sakarin tak digalakkan pada ibu hamil kerana boleh menembusi hingga ke bahagian plasenta dan memasuki perjalanan darah ke janin. Penimbunan gula sintetis dapat menyebabkan risiko kanser kandung kemih pada janin.

Bawa Barang Berat
Hindari membawa beban melebihi 30kg, apatah lagi ketika usia kehamilan memasuki 30 minggu. Membawa tubuh sendiri saja sudah berat, apalagi ditambah beban lain.

Naik Pesawat
Meskipun selamat menaiki kapal terbang ketika kehamilan memasuki trimester ketiga, namun dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. kehamilan berisiko seperti hamil janin kembar, mengidap diabetes atau tekanan darah tinggi, plasenta abnormal sebaiknya menggunakan kaedah perjalanan menaiki pesawat.

Ubat Jerawat
Ibu hamil biasanya akan memiliki kulit wajah berminyak yang berpotensi untuk tumbuhnya jerawat. Malah ada ibu hamil yang ditumbuhi jerawat lebih banyak dari biasa. Jika anda mahu mengubatinya maka dapatkan nasihat doktor. Umumnya ibu hamil diminta untuk menunda rawatan hingga usia kandungannya mencapai empat bulan. Ditakuti bahan yang ada dalam ubat jerawat mampu mengganggu pertumbuhan awal janin. Lebih selamat jika anda membersihkan wajah secara teratur untuk mengurangi penghasilan minyak dan sumbatan sebum.

Saturday 12 December 2009

INFO HAMIL : KURANG DARAH SEMASA MENGANDUNG

Ini adalah PERINGATAN untuk DIRI SENDIRI..!!!

Kurang darah adalah keadaan dimana paras darah merah kurang dari normal iaitu kurang dari 11 gram/dl.

Penyebab Kurang Darah

1~Kurang memakan makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12
2~Kerap mengandung iaitu kurang dari 2 tahun.
3~Jangkitan cacing
4~Masalah perubatan seperti malaria,thalasemia,leukemia,buasir dan pendarahan dari faraj.

Tanda-Tanda Kurang Darah

1~Pucat
2~Rasa letih lesu dan tidak bermaya
3~Sentiasa rasa pening
4~Rasa pitam bila bangun
5~Kebas kaki dan tangan
6~Rasa mengah dan berdebar-debar
7~Degupan jantung cepat

AKIBAT KURANG DARAH

Kesan Kepada Ibu :

1~Mudah mendapat jangkitan
2~Jika berlaku pendarahan keadaan akan lebih mudarat
3~Mudah mendapat penyakit lemah jantung
4~Kematian ibu

Kesan kepada anak akibat kurang darah yang teruk **Ya Allah simpang jauh-jauh dari haku**

1~Keguguran
2~Pembesaran janin terbantut
3~Anak lahir tidak cukup bulan
4~Anak lahir kurang berat badan
5~Anak mati dalam perut

Meningkatkan Pengambilan Zat Besi Melalui Makanan.


Ambillah makanan yang seimbang

Ambillah makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, ikan bilis, sardine, ikan cencaru, hati ayam, hati lembu dan daging sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.

Ambil bersama buah-buahan yang mengandungi vitamin c untuk menggalakkan penyerapan zat besi seperti jambu batu,mata kucing,betik,limau,rambutan,durian belanda,belimbing besi,kwini,kedondong,mangga dan nenas.

Pilih sayur yang tinggi zat besi dan folat seperti pegaga, peria, kangkung, pucuk keledek, pucuk paku, ulam raja, bayam,pucuk gajus,daun pudina,cekur manis, dan daun remunggai.

Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti kerang, ikan bilis, bebola ikan, kek ikan,hati,daging atau telur untuk menambah kandungan zat besi.
Perah air limau keatas makanan seperti sambal belacan.

Elak meminum teh,kopi atau ssusu bersama hidangan makanan utama atau ketika mengambil pil zat besi. Teh , kopi atau susu boleh menghalang penyerapan zat besi. Sebaliknya ambillah air limau atau jus buah-buahan lain.

Pengambilan Pil Zat Besi

1~Ambillah pil zat besi ,asid folik,vitamin C yang dibekalkan klinik kesihatan. Ini kerana makanan sahaja tidak boleh memenuhi keperluan zat besi yang tinggi ketika mengandung.

2~Ambillah pil-pil tersebut mengikut nasihat doctor sebaik-baiknya 2 jam selepas makan, bersama satu gelas air limau atau air masak. Elakkan mengambilnya bersama teh, kopi atau susu.

3~Pengambilan pil zat besi mungkin memberi kesan seperti mual-mual,sembelit,sakit perut dan najis berwarna hitam. Ini tidak merbahaya.





kataFAISH : betul ker orang cakap pil-pil yang klinik kasik nih akan jadikkan anak dalam kandungan besar dan susah nak salin…eh iyer ker cenggitu….

Wednesday 9 December 2009

Telur oh telurrrrr....


Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau...

Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus.

Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja,tiba-tiba kereta aku rosak..akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab
lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus..lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah.

Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.

Sebelum aku masuk kerumah,isteri aku tiba-tiba cakap dia ada'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan.Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.


Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...

Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi...

Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan,angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit..

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni.

Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu...

PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegarsikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni..

sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang..

Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!!HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni..

Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ?

jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!



INFO HAMIL : Didik Anak Dalam Kandungan

Kenapa remaja hari ini lebih sukakan dendangan muzik dan lagu-lagu dari alunan al-Quran?

Mereka boleh bertahan berjam-jam mendengar muzik dengan earphone tersumbat ditelinga.

Terhenjut-henjut tangan, juga kaki.

Berapa lama mereka boleh tahan jika mendengar alunan al-Quran?

"Ustaz, bukan remaja belia saja minat lagu, 'remaja tua' pun sama. Mana nak dengar sangat al-Quran dalam kereta. Yang mereka pasang radio atau CD lagu-lagu," kata kawan saya, bila borak pasal muzik.

"Memang la Sham, kalau kita tak biasakan dengar Quran, macam mana nak timbul rasa seronok. Memang la susah. Tambah pula kalau dari kecik lagi seronok dengan lagu. Kena pulak ibu bapa tak minat Quran," saya menambah

"Aha, tengok la ni, ada pulak program realiti (hakikatnya: 'fantasi') TV untuk budak sekolah. Tergedik-gedik menyanyi. Mak bapak sokong pulak tu..." ulasnya lagi.

"Betul tu. Berhibur memang tak salah, tapi bila melampau sangat, hilang haluan. Sebenarnya dari dalam perut lagi kita kena tarbiyah anak jadi soleh," balas saya.

Allah jadikan telinga punya tujuan. Lantas, ibu bapa perlulah didik anak agar menggunakan telinga untuk tujuan yang betul.

Sejak dari awal lagi ibu bapa berlu membuat persediaan untuk mendidik anak menggunakan teliga dan segala pancaindera dengan betul.

Suatu yang pasti, pasangan ibu bapa perlu membuat persediaan awal sebelum menyambut kelahiran anak.

Persediaan yang penting bukan sahaja dari sudut kewangan dan kesihatan, bahkan juga dari sudut kerohanian dan pendidikan.

Keinsafan ibu dan bapa tentang besarnya tanggungjawab sebagai pendidik dan ketua perlu ditanam agar anak yang lahir nanti menerima layanan dan asuhan yang sepatutnya.

Antara persediaan awal termasuklah mendedahkan kepada janin dengan alunan yang murni di samping bersedia memilih nama yang sesuai untuk anak itu.

Seseorang anak sudah perlu dididik ketika dia masih dalam kandungan ibunya.

Walau pun anak itu belum mampu berkata-kata atau melihat, namun dia dipercayai sudah boleh mendengar, merasai dan menerima gelombang perasaan dari ibunya atau orang-orang yang berhampiran.

Oleh yang demikian, ibu dan bapa digalakkan banyak menenangkan perasaan dengan membaca al-Quran, berzikir dan bertafakur.

Ayat-ayat suci yang dibacakan itu dapat mendamaikan hati ibu seterusnya membantu perkembangan jiwa murni anak.

Suara bacaan al-Quran juga mampu mendatangkan barakah dan rahmah dalam pembentukan anak.

Bahkan ada juga yang berpendapat pengaruh pengajaran yang terdapat dalam ayat-ayat al-Quran yang dialunkan itu mampu menyelinap masuk ke dalam sanubari janin, lantas membentuh potensi peribadi soleh sebagaimana terkandung dalam pengajaran ayat itu.

Sebab itulah, terdapat gesaan agar anak dalam kandungan tadi diperdengarkan bacaan Surah Luqman yang mengandungi pengajaran-pengajaran ke arah menjadi anak soleh, di samping surah-surah lain seperti Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insyirah, Surah Al-Alaq, Surah Maryam dan Surah Yusuf.

Si ibu juga dianjurkan agar bertaubat dan membersihkan jiwa serta mengelakkan dari terjebak dalam maksiat dan lagha sepanjang mengandung.

Perasaan ibu perlulah damai. Jika tertekan, bayi boleh menjadi lemah.

Wujudkan suasana girang, gembira dan syukur. Elakkan kemuraman, pertengkaran dan kalimah-kalimah yang kotor.

Oleh itu peranan bapa selaku lelaki yang paling hampir dengan ibu amatlah penting.

Bahkan bapa disarankan juga perlu bergilir-gilir membaca al-Quran dan berzikir bagi menceriakan halwa telinga anak yang di dalam kandungan.

Harap kita semua boleh laksanakan, agar nanti kita dapat anak-anak yang soleh dan solehah - bukan anak-anak yang derhaka pada kita.

sumber : iluvislam

Saturday 5 December 2009

Puteri Katak..ongg ongggg..

Pada suatu masa dulu ada sorang lelaki namanya Awang ( nama ni tak terlibat samada yang hidup atau yang mati, kalau sama mintak maaf, terkebetulan je), dia ni lahir cacat sedikit, lahir dengan alat kelamin yang tersangat-sangat panjang, jadi bila dia dah remaja, dia rasa susah hati yang amat sangat, pasal apa, pasal dia takut nak kawin. Dia fikir tentulah bakal isterinya akan berasa pelik.

Jadi si Awang ni pikir punya pikir macamana nak selesaikan masalah dia tu. Maka si Awang memberanikan diri berbincang dengan kengkawan dan orang-orang tua kat kampung dia tu. Macam-macam nasihat yang dia dapat, semua dia cuba, tapi satu pun tak memberikan hasil. Alat kelamin semakin panjang dan luar biasa, umur makin panjang, isteri tak ada, mana nak ada, mak we pun takut nak dekat..

Susah hati si Awang berpanjangan, dia bercita-cita sangat nak jadi manusia biasa, hari demi hari, bulan demi bula, tahun demi tahun risaunya berpanjangan, hinggalah pada suatu hari ada seorang tua yang mempunyai cadangan yang tak masuk akal, tetapi si Awang mahu mencuba jugak, entah - entah menjadi.

Orang tu kata kat awang " Nak, kalau anak nak bagi pendek alat kelamin tu, pergilah kat gunung semanggal, di sebelah barat sebelum naik gunung tu ada hutan dara, dalam hutan dara tu dikatakan ada seekor puteri katak, dia duduk depan pintu gua, anak pi la cari puteri katak tu, sebab oran tua tua cakap, kalau anak tanya kat puteri katak tu "Puteri,puteri! Engkau nak kawin ngan aku tak" nak dia jawab "Tak Nak", kalau dia jawab tak nak sekali, alamat kelamin engkau akan pendek sebanyak satu inci, jadi anak perlu bertanya beberapa kali sehinggalah alat kelamin anak sampai ketahap yang anak kehendaki, jadi selesailah masalah anak"

Maka esoknya si Awang pun berkemas ketempat tersebut, selepas perjalanan yang memenatkan selama sehari suntuk, akhirnya sampai jugak dia ketempat yang dituju.

Terkejut dia, selepas meredah hutan yang agak tebal, memang sungguh dia terjumpa puteri katak didepan pintu gua, katak tu sangat besar, sebesar dulang, kulitnya tak macam kulit katak biasa yang mengerutu, licin dan berbatik-batik, sekali pandang memang dah tau itu katak ajaib. Si Awang pun memberanikan diri mengikuti nasihat oran tu tua dulu tu.

Dia berhati-hati mendekati katak tu, dengan hati yang berdebar Awang pun memulakan pertanyaan:

Awang : Wahai puteri katak! Engkau nak kawin ngan aku ke?

Puteri katak pun menjawab: "Ong! Ong! Tak Naaaaaak"

Terkejut beruk siAwang, tak pernah jumpa binatang boleh berkata-kata, dia pun cepat-cepat bukak zip seluar dia, bertambah tambahlah terkejut, alat kelamin dia yang sepanjang 10 inci tu dah pendek sedikit jadi 9 inci. Teramat gembiralah si Awang tu.

Dengan tak sabar, dia pun tanya lagi "Wahai puteri katak! Engkau nak kawin ngan aku ke?",

puteri katak kata " Tak Naaaaaak",

Yahoo, memang alat kelaminnya menjadi pendek, sekarang dan tinggal 8 inci, memang betul cakap orang tua tu, sekali katak tu cakap tak nak, memang sah alat kelamin dia pun pendek 1 inci. Awang bercadang biarlah dia menjadi lebih kurang 5 atau 6 inci, maka jadiklah dia manusia atau lelaki yang normal. Maka si Awang pun tanya sekali lagi, dan jadiklah alat kelaminnya sepanjang 7 inci, terlalu gembira si Awang nih.

Awang berkata dalam hati, aku nak tanya last lah ni biar jadi 6 inci.
Untuk kali terakhir awang pun bertanya,

"Wahai puteri katak! Engkau nak kawin ngan aku ke?",

tiba-tiba puteri katak jawab dengan suara yang nyaring " Aku kata tak nak, tak nak, tak nak, tak nak, taknak, taknak, taknak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaaak laa tak faham ke bahlol!!!!"

Dunia sepi seketika, selepas beberapa minit Awang hanya boleh berkata "Oooooop!"

Maka bermulalah kehidupan seorang bapuk yang bernama Awana.

kredit picture to google

Auuuuuwwwww korser mak noks...!!!