Monday 31 October 2011

Apa yang tak kena ngan Senin.

haku heran betul la,apsal bila hari senin jerk mood malas meluap-luap dalam badan haku neh. Bila senin jerk mesti malas, bila malas jerk compom senin.
eh tension lah.
Haku dah cuba be positive lah sangat tapi tetap tak menjadi jugak.
Haku dah cuba mind set senin best giler babi tapi babi jerk yang lebih bestnyer takder.

WTF..!!

Bila senin jerk rase ngantuk nak mampos
Bila senin jerk menguap lapanpoloh kali seminit.Seminit pon ader nampoloh saat jerk.Tak ker macam sial.
Lagi tak tahan bila senin jerk rasa nak mencarut.Haramjadah betullah.
Nampak tak,baru nak feeling muslimah akhir zaman tapi tak menjadi pulak.

WTF lagi..!!

Bila senin jerk mood bekerja mesti kelaut. eh cer ker pantai plak tak pon ker daratan ker ,dah penat ler haku asyik kelaut jerk tiap kali senin.

Bila senin jerk ofis neh dah macam kat rumah mayat jalan simpang.sunyi sepi.Kat rumah mayat pon at least ader gak yang dok bace Yassin.Ini tak, asal senin jerk sunyi menyepi jerk somorang.Apehal korunk neh nak mody jugak hari senin,cukuplah haku sorang jerk.menyibuk nak ikut haku feling boring senin jugak.kan dah sunyi sepi opis neh.

Kesian Senin.
Tak pasal-pasal haku benci kat diyer.

Haku tak taulah samada haku sorang jerk macam neh atau haku ader geng sebenarnyer.Seriyes haku sangat mendengki dengan orang yang cool ajer biler senin.

Korunk ocay ker kalau hari senin?
ker senin memang ngam jerk ngan korunk?





Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Wednesday 26 October 2011

Iklan PETRONAS Deepavali 2011

kredit Youtube and Uploaded PETRONASOfficial



Selamat Hari Deepavali untuk semua penganut agama hindu di Malaysia.

Semua tempat coti kan hari nie..?
So selamat bercuti untuk semua yer..!!
maruku timee..


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Tuesday 25 October 2011

Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan

Semua yang tersenarai kat bawah nie kalau dicampur atau diamalkan jugak boleh menyebabkan penyakit Lumpuh dan Stroke.


gambar dari gugel


1. Jangan Makan Ikan bersama Susu – Contohnya makan nasi lauk ikan kemudian minum milo ais

2. Jangan Makan Daging bersama Susu – Contohnya makan nasi daging merah dan minum milo ais

3. Jangan makan Daging bersama Ikan - Contohnya makan nasi bersama lauk ikan goreng dan daging masak merah

4. Jangan Makan Ayam bersama susu – Contohnya makan KFC dengan milo ais

5. Jangan Makan Ikan bersama Telur – Contohnya makan nasi, ikan goreng dan telur matakerbau

6. Jangan Makan Ikan bersama Daun Salad - Contohnya makan nasi berlauk ikan dan ulam salad

7. Jangan Makan Susu bersama cuka - Contohnya Makan nasi bersama lauk yang mengandungi cuka (sambal tumis, sos dsb) dan minum milo ais

8. Jangan Makan Buah dicampur Susu - Contohnya yougurt buah, aiskrim dan buah

9. Bawang putih bersama bawang merah

10. Daging segar bersama daging kering

11. Benda masam bersama benda berasid seperti cuka

12. Buah delima dengan serunding




Haku dengar nie dari ceramah pemakanan.

Yang biasa haku buat adalah campur bawang putih dengan bawang merah time nak masak..Nak masak mesti tumis bawang putih merah dulu sampai naik bau.Bila haku dengar cakap bawang putih merah takleh campur, haku macam eh yerker,biar betul neh..!!

Pasal yang lain-lain tuh haku ader maklum jugaklah,selalu jugak dengar dalam ceramah-ceramah pemakanan ikut sunnah Nabi. Tapi tang bawang tuh siyes haku baru tau.

Ker ader maksud lain ker?

Sebab haku neh mengong sikit kenkadang.Selama neh yang haku BAYANGKAN bila cakap Jangan Makan Daging bersama Susu tuh maksudnya jangan ko makan daging dan letak susu sekali tapi ghupernyaaaaaaaa* tengok cth diatas*..macam tuh kah..??


huhhhhhhhh....



infolain : bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka.

info lain-lain:Makan bawang banyak boleh menyebabkan bau badan.eh iyer ker?

Korunk ader tambahan lain tak?

kut-kut ler ader dengar ceramah pemakanan atau info lain-lain selain dari perkara diatas..
Jom sharing is caring jom..




Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Yasmin Hani yang chantek dihari perkahwinan.

Semua orang dah tau Yasmin Hani dah kahwen.
Tapi bukan tuh yang haku nak ulang cakap.



Haku cuma tertarik ngan photo-photo Yasmin Hani yang diambil oleh GI PHOTOSHOOT neh.Hasil kerja mereka memang mantop.



Nie maser Majlis akad nikah nyer.
maser nie pon Yasmin berseri-seri sudah.



Semua gambar yang diambil semua chantek.




chantek la pulak kerongsang gedabak yang yasmin pakai kat dada tuh..haku berkenan betul.saper tau maner nak carik kerongsang-kerongsang besar macam nehh..



Di majlis resepsinyer
Chantekkan. kemaen berseri wajah nya.suker tengok diyer





Admire betul dengan hasil kerjatangan GI photoshoot neh.Semua gambar yang derang ambik chanteq-chanteq semuanyer...



hepy betul Yasmin Hani neh
Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahagia hingga ker akhir hayat

Semua gambar diambil dari Gi Photoshoot.kredit to muka buku GI Photoshoot Sesiapa yang nak tengok gambar-gambar yang lain boleh tengok di page mereka.



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!



~CNN~

Monday 24 October 2011

masanya telah tiba



Hari nie dan esok kami akan diaudit oleh jabatan SIRIM untuk ISO.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna.
Harap tiada lagi kesalahan-kesalahan kecil yang boleh mencacatkan reputasi syarikat neh.

Segala persiapan rapi sudah dibuat dan sekarang kami sudah pun bersedia.

eh tapikan terlupa plak nak hafal polisi kualiti.kang kalau tetiba diyer tanya kang kantoi lak menda-menda remeh camni.

cehh baru jap tadi cakap dah bersedia.demmm sungguh.tak sempat nak berlagak sikit.


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Sunday 23 October 2011

Jemput jemput jemput



jemput jemput makan jemput jemput..heh
korunk bekfes aper pagi neh?
walau aperpon keadaan ingat bekfes tuh penting ocay
takmo jemput cengkodok pisang pon sedap.eh lempeng pon sodap jugak..

haku buat cucur jagung tuh.cucur jagung neh memang peberet si teruna rumah neh.Dari kecik sampai ker empat tahun neh memang suker sangat diyer ngan jagung.Buatlah aperpon yang melibatkan jagung sure berselera ajer diyer makan.

Tapi tak kisahlah janji anakku nak makan dah cukup bagus.yerlah anak-anak sebaya abang neh memang lebih gemar main dari makan apatah lagik bekfes.memang liatttt dan susah sangat.Jenuh kena paksa dulu baru nak makan.

Tapi takper kalau anak-anak suker makan jagung sebab jagung tuh sendiri banyak khasiatnya. Dulu haku pernah kongsikan khasiat jagung kat sini Jagung peberet abang.

So tak payah lah nak runsing sangat kalau anak tue suker makan jagung.kiter boleh pelbagaikan cara memasak tak semestinya rebus atau bakar jer jagung tuh.Buat nasi goreng taruk jagung pon sedap gak,buleh buat puding,bubur,cucur atau masak aper-aper taruk jagung pon buleh.

ocay ajer.Janji makannnnn.



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!





~CNN~

Saturday 22 October 2011

Hasil Kerja Tangan Abang dan Adeq



Syabass anak-anakku, hasil kerja yang baik..
Mama suker sangat abang ngan adeq sepah-sepahkan baju dalam bilik neh sebab mama memang takde keja lain nak buat..
boleh mama lipat baju sepanjang maserrrrrrrrrrrrr....

*tangan didada mata keatas, nak efek lebih jelir lidah sikit*


Inilah tanda-tanda awal migraine.

Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Happy Weekend

Gambar diambil dari ruangan mukabuku*kredit kpd empunya*


kalau diikutkan logik dot kuning ni tak bergerak langsung. Tapi kalau ko tengok ianya bergerak jugak berkemungkinan besar ko tengah stress atau tengah pening-pening lalat skang neh.

So berehatlah.

Dihujung minggu yang indah ini adalah maser terbaik untuk kiter berehat,berehat dari stress,berehat dari kerja-kerja yang tak pernah habes dan berehat dari rase segala kesesakkan dan kekusutan minda.

kalau perlu keluarlah dari kepompong kehidupan isnin hingga jumaat itu.pergilah nikmati indahnyer ciptaan Tuhan, berseronok dan bergembiralah bersama anak-anak dan kawan-kawan kerna esok belum tentu ada untuk kiter.

Haku sememangnya menantikan hari minggu kerna hanya hari minggu sahaja haku luangkan sepenuh maser untuk anak-anak,melihat anak-anak ketawa, melihat mereka menangis dan melihat wajah suci itu tido di pembaringan.Melayan mereka bermain dan bergembira bersama mereka adalah satu kepuasan untuk haku.

Dihari minggu inilah juger saat haku menyibukkan diri untuk memasak kesukaan en suami dan anak-anak.Bila haku sudah siap masak tapi anak-anak taknak makan haku akan cuba fikirkan untuk masak yang lain pulak sehingga haku puas melihat anak-anakku berselera menikmati hidangan yang ku masak. dan itulah kepuasan untuk haku.


So how about you?
Happy weekend ya Friends.


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Friday 21 October 2011

30 minit Ustaz Don Daniyal



Saper pernah tengok rancangan neh?
pernahkann...

kalau tak salah haku rancangan neh baru start oktober *kalau salah betulkan haku yer*
kesinambungan dari rancangan Ihya Ramadan *yer kalau salah betulkan haku*

Bagi haku rancangan neh best dan banyak manfaatnyer sebab isu yang di ketengahkan adalah disekitar kehidupan kiter, tentang amalan seharian kiter juger. Pengetahuan dan pembelajaran yang cuba diterapkan amat amat meninggal kesan di hatey.

firstime ko tengok pasti bertime-time ko nak tengok lagik.Tapi haku kan kenkadang terkilan jugak sebab terlepas rancangan neh. Yerlah siarannyer pukul 10.30 malam.

Time tuh lah si Adeq nyer merengek nak menetek la dengan nak tidonyer. Dah bagi diyer tido sekali ngan haku tertido lah pulak.Sebab diyer jenis nak tido sambil menetek berpeluk kekdahnyer.tup tup dah subuh kau.Perassssssssssssssssssss ya hamat.


pinjam gambar yer ustaz Don. Kredit gambar dari FB 30 minit ustaz don


Bersama ustaz Don Daniyal. Ustaz Don neh sempoi,dan apa yang disampaikan pader penonton memang sampai haku rase.Hujahnyer sangat jelas.Ia lebih memfokuskan kepada dua perkara penting untuk penonton iaitu Bicara Fardu Ain dan al-Quran secara santai.

Yang penting cara penyampaian Ustaz Don Daniyal haku rasa lebih mesra penonton,sangat sangat bersahaja dan tak bergantung kepada skrip pon,sempoiiiii..!!Haku rasa 30 minit berlalu tanpa sedar. Dah la 30 minit jer boleh pulak ader iklan lagik..hangennn betullahh..hishh

Baru-baru neh pada 14hb bulan lepas Ustaz Don ader masuk paper. Boleh klik sini kalau nak bacer Fenomena Ustaz Don Daniyal

Ocay haku tertarik dengan kater-kater ustaz Don yang ini didalam petikan utusan Malaysia tersebut yang ditulis oleh Oleh SITI AINIZA KAMSARI *kredit*

"Saya sedar membaca al-Quran di televisyen (tv) bukanlah kaedah pembelajaran al-Quran yang betul. Kita kena saling bertalaqqi secara fizikal antara guru dan pelajar dalam mempelajari al-Quran.

"Bagaimanapun, sekurang-kurangnya ia antara alternatif yang terbaik untuk kita belajar. Kalau selama ini tv boleh digunakan untuk pelbagai perkara dan matlamat jadi tidak salah kita gunakan saluran ini untuk kita belajar agama dan membaca al-Quran," kata Don Daniyal


Baheklahhhh.haku sangat setuju dengan kater-kater ustaz yang diatas.Kepada kengkawan yang ader kelapangan dimalam hari tuh bolehlah belajar secara santai ngan ustaz Don di TV Al-Hijrah.Boleh ajak anak bini laki adik beradik mak bapak semua tengok dan belajar.Boleh ajak jiran sebelah umah sekali..:)Sedikit bekalan untuk akhirat,kater orang sikit-sikit dahulu lamer-lamer berbukit..ya dak..


Jangan luper kawan-kawan , Saksikan

30minit Ustaz Don Daniyal
setiap isnin hingga rabu,
10.30malam hanya di TV Alhijrah

isnin : Fardhu Ain....
selasa : Hukum Tajwid.....
Rabu: Fardhu Ain (Bab 2)

ulangan : setiap Jumaat hingga sabtu Jam 4:00 petang.



Percayalah rancangan ini amat terkesan dihatey.



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!



~CNN~

Ko warna-warnakan rambut, ko tahu ker HUKUM nyer menurut Islam..ker ko main taram jer

gambar dari engugel,diyer kasik pinjam

Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan“.

Oleh yang demikian,perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah.

Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-

1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal,jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.

2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.

3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu.Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya,atau alergik ataupun mudarat terhadap janin akibat bahan kimia pewarna tadi.

4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh.kerana ia menukar ciptaan asal Allah.


HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM

Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

1. MAKRUH : Ia adalah pandangan Mazhab Maliki,Abu Hanifah,sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali,Al-Baghawi. Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

Dalil mereka :

a) Sabda Nabi SAW : “Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)

b) Berkata Ibn Umar ra : “Kekuningan pewarna para mukmin,kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

c) Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam,nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad)

d) Dalil aqal,ia dikira suatu penipuan.

2. HARAM : Ia adalah pandangan Mahzab Syafie.Dikecualikan kiranya utk jihad.Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

3. HARUS TANPA MAKRUH : Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.

Dalil mereka :

a) Sabda Nabi SAW : “Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh” (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)

b) Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi’ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’ az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Suka disebutkan disini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini,demi meringkaskan tulisan ini.


KESIMPULAN HUKUM :

Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain,maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :

a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda.Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan.Ia dilarang oleh Islam.

b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak,seperti perang bagi menakutkan musuh,ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.


Sumber Rujukan :

– Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).—
- info dari mukabuka
-

**************************************************************************


baheklah, haku tak mahu ada yang cakap haku sekadar mengkopi dan mengtehkan info diatas untuk diletakkan didalam belog.

Sebenarnya isu ini sudah pon dijelaskan olehh ustaz Don Daniyal retentan dari beberapa persoalan yang dikemukakan didalam ceramah beliau dimana haku tak ingat plak tapi isu itu dipanjangkan hingga ker ruang muka buku beliau.



dah jelas belum?belum lagik?
takper sayer ader lagi ilmu perkongsiannyer.



"sini nak sterr out pasai dai takut ada yang salah faham..ok..maaf utk penjelaasan sblm ini yg tak jelas..

HUKUM PAKAI DAI

Dai ada 2 jenis, satu yg HALAL satu yang HARAM..maka yang HARAM tolak jauh2 dan yang ...HALAL come to the picture..ok.. :) maknanya sapa pakai yg HARAM hukum dia HARAM, dan sapa yg pakai dai HALAL ada 2 perbincangan..
...
1)Dai HALAL ada 2 jenis, satu yg lalu air satu yang tak lalu air..maknanya tembusla..atau dlm bahasa lain, air melalui dai itu...faham na??satu tembus satu tak..
yang tak tembus air, sapa yg pakai, maka hukum dia BOLEH tapi bila mandi wajib, WAJIB hilangkan dan tak hilang melainkan kena potong, maka potong rambut yg ada dai hukum dia WAJIB walaupun botak..ada pulak org kata sama mcm lelaki..dlm hal ni, potong itu WAJIB..maka kena potong..wallahu a'lam..

adapun yang pakai air tembus melalui dia, ada 2 perbincangan..

pakai atas tujuan apa??
1) Pakai sbb SUAMI suruh, maka kata DR Yusuf al-Qardhawi, Boleh pakai dengan syarat dia pompuan yg pakai tudung..maka jelas lah mmg utk suami..tapi klu dia free hair a.k.a. tak pakai tudung, hukumnya HARAM..boleh rujuk dlm al-halal wal-Haram fil Islam.. :)

2) pakai saja2 utk cantik, hukum dia, HARAM.wallahu a'lam.."



Diharapkan dengan keterangan diatas ianyer lebih jelas untuk kiter.

gambar engugel yg punyer


Cantik pulak gunting rambut camtuh..hahaha

Sejak haku zaman sekolah lagi sampai la zaman beranak dua neh, tak pernah lagi terlintas kat fikiran haku nak warnakan rambut.

Entah kenapa
tapi haku rase haku dah cukup selesa ngan rambut haku neh.Ini pon dah perasan cantik sangat dah neh..Nasib baik terperasan sendiri...*urut dada*

Haku harap dengan info yang haku kongsikan neh sedikit sebanyak memberi garis panduan dan peringatan kepader kiter. Nak cantik tuh boleh sebab Islam memang mementingkan kecantikkan dan kebersihan.Tapi berpada-padalah jangan sampai mengubah kejadian Tuhan yer.

waulahhualam.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT.

Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Thursday 20 October 2011

Wahai kawan-kawanku yang bijaksana,Tolonglahhhhhh...

Satu minggu yang hening ku kira
disogok segala macam berita akhbar yang menyedihkan
walaupun bukan dari darah daging sendiri tapi perasaan hiba tetap menghantui diri.

seminggu ini kiter dikejutkan dengan kisah bayi yang digilis di China dengan kejamnyer juger dengan kisah bayi yang dikelar dengan kejam oleh ibu sendiri.

Hakikatnyer kisah bayi yang digilis di China langsung tidak ku tengok videonyer.walaupun ruang muka buku haku di penuhi dengan video bayi malang tersebut tapi haku tak sampai hatey untuk tengok video tuh.

Entah aper yang tak kena dengan haku sebab haku memang tak mampu nak tengok video tuh.
haku hanya mampu membaca komen dari ibu-ibu dan bapa-bapa yang dah tengok video tersebut.Dari komen-komen itu sahaja sudah cukup buat airmata ini jatuh dan membayangkan keadaan tubuh kecil itu.

kukira haku sudah cukup kuat hatey dan perasaan pabila sudah menjangkau usia 30an ini tapi sangkaan haku meleset sama sekali. semakin usia berganjak ,hatey semakin lemah dan tidak kuat.

Pada waktu yang sama juga kiter dikejutkan dengan berita bayi yang dikelar oleh ibu sendiri.Berita tue juger tidak haku baca sepenuhnyer. Cukup sekadar melihat gambar dan tajuk muka depan Metro.Melihat beberapa orang pegawai membawa mayat bayi yang tidak berdosa itu pon sudah cukup buat haku menangis.

Lemah betul perasaan ibu ini. Tapi kukira ramai juger ibu yang diluar sana berperasaan seperti haku.

Tapi sejak kelmarin ruang muka buku haku dipenuhi gambar bayi malang yang dikelar itu. Malah haku tengok sudah ada belog-belog yang mengeluarkan entry bergambar bayi tersebut.

Kenapa?
kenapa ader pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar tersebut?
bukankah itu namanyer mengaibkan arwah yang sudah tiada.
Bayi tuh dah takde, dah arwah pon tapi kenapa mesti semua orang gila mengfoward dan meng sharekan gambar tersebut..?

Apa faedah yang anda dapat?
Apa motif anda?

Tolonglah hentikan semua tuh
Tolonglah berhenti mengfowardkan gambar-gambar tuh
Tolonglah removekan diri anda dari mengsharekan gambar tuh

Kerana tindakan anda hanyalah mengaibkan arwah dan bukan memberi apa-apa kebaikan pon.Bayi itu lemah,bayi itu tidak terdaya dan teraniaya malah tubuh kecil itu tidak mampu melawan apatah lagi meminta tolong. Begitu sudah takdirnya dan demi Allah syurga firdausi tempatnyer.

Maka siapa pula kiter yang layak mengsharekan gambar-gambar bogel arwah yang sememangnyer penghuni syurga itu dengan kata "sharing is caring".Tak payah la nak caring sangat sebab kiter pon tak tahu bagaimana pula takdir kiter nanti dan bila pula kiter akan pergi mengadapNya.

Nabi kiter pernah bersabda “Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”. *betulkan haku kalau haku salah yer*

haku bukanlah nak tunjuk pandai jauh sekali untuk mengajar cuma sekadar berkongsi rasa terkilan yang amat sangat.



melihatkan anak kecil ini menangis pon sudah buat hateyku merintih pedih inikan pulak melihat diri mereka disakiti..

peringatan untuk diri sendiri juga..

Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Wednesday 19 October 2011

Mangga vs pelam



Semalam ader kontraktor kasik haku buah mempelam neh.Seguni tauk.
pakat bagi-bagi saper yang nak,dah hambek satu plastik sorang pon totap ader berlonggok lagik kat haku.

Abang suker sangat makan mempelam. Semalam bawak balik kemain seronok lagi diyer. Punyerlah makan tak hengat, pagi neh dah sakit tekak..hadoiiiyai nyerponnn..


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Win a 3 Days 2 Nights Stay for 2 at Pangkor Laut Resort



Win a 3 Days 2 Nights Stay for 2 at Pangkor Laut Resort
from DealCity


which includes

* 3 Days 2 Nights stay for 2 at the Pangkor Laut Resort

* Daily Breakfast at the Feast Village,Lunch at Royal Bay Beach Club or Chapman's Bar and a Set Dinner at Uncle Lim's Kitchen or Feast Village

* Return Ferry Transfer for 2 adults

*Travel Period: March 2012*




How to Join the Contest

* Join DealCity as a member

* Click on the "BUY" icon for the contest and proceed to 'buy' the contest at zero cost (no credit card details required)

* You are now in the running to win the prize

~Click here to join the contest now~




How to Increase Your Chances of Winning the Prize

* Share the contest with your friends via FaceBook, Twitter or Email using your unique referral link.

* Every successful referral will entitle you to an additional chance in winning the prize.

* You will also earn RM1 credit for every successful referral.

(Please note that the referral credits reward will only be applicable during 17 Oct - 30 Oct 2011)



chanteq siott..

nie kalau ko baru kawen nak ambil peluang berhoneymoon kat sini pon sangat romantik ocay,nak nak kalau dapat pegi pree, berganda kau punyer romantik....
kalau nak celebrate anibeseri kat sini pon hokey jugak youuu..



Sooooooo tunggu aper lagikk moh ler joinnn..ajak kawan korunk, kawan kepada kawan korunk, kawan kepada kawan kawan korunkk join samer-samer....

Korunk kalau nak join klik kat sini ocay

Winner of the Grand Prize & Consolation Prizes will be chosen based on a lucky draw, So Tuah ayam nampak di kaki tuah kau saper yang tahu..just try our luck k..!!


TERIMA KASIH.

yang benar,
haku yang nak pergi bercuti.






Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!



~CNN~