Tuesday 4 August 2009

8 kematian H1N1

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Seorang guru yang berusia 51 tahun dari Kuala Selangor disahkan meninggal dunia akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) menjadikan kematian meningkat kepada lapan orang setakat ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, mangsa meninggal dunia pada pukul 11 malam, semalam.

Jelasnya, mangsa mula mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta pada 27 Julai lalu sebelum ditahan di Hospital Sungai Buloh pada 30 Julai.

''Akibat jangkitan pneumonia yang semakin serius, dia ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Seremban pada 2 Ogos lepas dan meninggal dunia pada hari yang sama,'' katanya di dalam kenyataan di sini hari ini.

Kematian guru berkenaan menjadikan dua orang sebagai korban H1N1 pada hari ini.
Dalam pada itu, Tiong Lai mengingatkan ibu bapa, doktor dan pihak hospital agar mempertingkatkan lagi langkah keselamatan ekoran jumlah kematian yang semakin meningkat.

''Virus H1N1 ini baru berusia empat bulan menyerang dunia dan kita masih belum memahami sepenuhnya bagaimana ia bertindak, oleh itu semua orang perlu berwaspada serta mengamalkan pencegahan yang dikeluarkan kementerian,'' jelasnya.

Sumber : Oleh muhammad dayne ,azmindayne.ghazali@utusan.com.my

"....Ya Allah,Engkau Ampunilah dosa kami..Engkau jauhi kami semua dari penyakit bahaya ini Ya Allah..sesungguhnya hanya padaMu tempat kami bermohon..Amin Amin Ya Rabbal A'Lamin.."

13 comments:

  1. mintak kita semua dijauhkan la dari penyakit berbahaya ni. takot sgt..makin hari makin meningkat penyakit ni..huhu

    ReplyDelete
  2. makin lama makin cepat lak dia merebak...huhuhu~~

    ReplyDelete
  3. u r alwiz da 1st to reinform bout dis matter dear
    caiyok! keep it up

    neway...
    dis virus become more serious
    should be more alert bout our health

    hope danial in good condition
    and u too wif lovely hubby
    miss u ya

    ReplyDelete
  4. nauzubillahhiminzalik..
    minta dijauhkan pada kite semua..
    mari kite berdoa beramai2...

    ReplyDelete
  5. semakin menggila nampaknya virus ni....

    risau gak aku ni, sbb dah dua minggu lebih selesema tak baik jugak...huhuhu...

    ReplyDelete
  6. mmg skang ni makin serius kat msia ni ..

    ** amboi ko bz bangat yek

    ReplyDelete
  7. wahhh ada lg kes ke..huwaaa takutnye
    risolak nak kuar ni...
    yelah doakan penyakit ni cepat ilang ler...

    ReplyDelete
  8. salam shi3la, bila la semua ni akan berakhir, kann.. harap2 sangat mereka2 yang dikenakan kuarantin kat rumah tu, benar2 patuh pada arahan tu..

    ReplyDelete
  9. minta2 ler djauhi dr mara bahaya ni kan! dh ler dok dlm kwsn yg high case gak nie..huhu

    ReplyDelete
  10. mintak jauhhlah kita semua2 dari penyakit ni kan...

    sek adik aku kat k.sel mmg dah tutup dari minggu lepas... udahlah budak yg kena tu sekelas dia n duk belakang dia jerk.... huhuhuhuhu

    aku yg risau gile2 pasal adik aku tu... mak abah aku lagilah.... seminggu kuarantin 3 sepital di bawak budak tu cek darah..naik sakit adik aku... hahahhahahahha

    ReplyDelete
  11. aku pun x paham H1N1 nie camner dia merebak...aku doakan smuga virus nie cepat2 pergi dr bumi Malaysia ini...

    ReplyDelete
  12. makin btmbh lak ....minta2 la djauhkan dr pyakit2 bahaya nih...amin...

    ReplyDelete
  13. Dear Kak Shiela..
    Apa khabar Kak..?
    Danial Ok..?
    Harap semuanya baik2 saja k.

    Thanks info kak..
    LOL semakin takut memadangkan serangan kat Malaysia nie dh semakin serious.
    Hari demi hari ada kes kematian dan keadaan ini membuatkan LOL memikirkan:

    "mungkinkah aku dlm golongan mangsa H1N1?"

    Take care Kak..
    Kim salam and big hug kat Danial ok.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3