Monday 3 August 2009

Ragut nyawa mangsa ke-6


PUTRAJAYA: Seorang murid lelaki berusia 12 tahun menjadi mangsa keenam Influenza A (H1N1), apabila disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Aminah Johor Bahru, jam 8.30 pagi, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican (gambar), berkata mangsa dimasukkan ke hospital itu pada 29 Julai lalu apabila demam sehari, tetapi tidak mengalami simptom batuk dan lain-lain tanda gangguan pernafasan.

“Sewaktu dalam rawatan, keadaan klinikal pesakit bertambah tenat dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), pada 30 Julai.“Hasil pemeriksaan mendapati, pesakit mempunyai jangkitan paru-paru dan myocarditis dan disahkan menghidap jangkitan H1N1 pada jam 11 pagi semalam (kelmarin).

“Akibat komplikasi jangkitan, pesakit disahkan meninggal dunia pada jam 8.30 pagi 2 Ogos 2009 ketika dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, semalam.

Kes pertama kematian di negara ini berlaku pada 23 Julai lalu, membabitkan seorang pelajar warga Indonesia.

Dr Mohd Ismail berkata, kementerian itu juga menetapkan semua kes yang mempunyai simptom jangkitan H1N1 dan mempunyai faktor risiko seperti mengandung, obesiti, asma, penyakit paru-paru kronik, diabetik dan golong imuniti rendah, hendaklah diberi rawatan antiviral influenza serta-merta tanpa perlu membuat ujian pengesahan virus itu.“Ini untuk kes yang dikesan dalam masa 48 jam selepas onset.

Ujian pengesahan jangkitan influenza hanya perlu untuk kes yang dirawat di hospital.“Pelajar sekolah dan institusi pengajian diingatkan bahawa mereka yang mempunyai simptom berkenaan hendaklah mengelakkan diri daripada menghadiri kelas atau kuliah termasuk aktiviti berkumpulan.“Mereka hanya dibenarkan menghadiri aktiviti ini selepas sehari bebas daripada simptom jangkitan itu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, hingga jam 8 pagi semalam, sebanyak 39 kes baru dilaporkan dengan semuanya kes tempatan dan warga negara Malaysia.“Daripada 39 kes yang dilaporkan hari ini (semalam), 35 kejadian dari 8 kluster baru dan 4 kes sporadik atau terpencil.“

Jumlah terkumpul H1N1 hingga kini sebanyak 1,429 kes dengan 6 kematian. Daripada 1,429 kes yang dilaporkan, 574 (40 peratus) kes import dan 855 (60 peratus) kes jangkitan tempatan,” katanya.

Katanya, daripada jumlah itu, 1,394 kes (98 peratus) sembuh, hanya 19 kes atau satu peratus saja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dan lapan daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. “

Daripada lapan kes ini, lima daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu seorang obesiti dan dua wanita hamil serta dua lagi imuniti rendah.“Sepuluh orang atau satu peratus sedang menerima rawatan antiviral di rumah,” katanya.

Sumber : Oleh Kamarulzaman Pidamar @hmetro.com.my

"....Ya Allah,Engkau Ampunilah dosa kami..Engkau jauhi kami semua dari penyakit bahaya ini Ya Allah..sesungguhnya hanya padaMu tempat kami bermohon..Amin Amin Ya Rabbal A'Lamin.."

15 comments:

  1. Semoga semua jagalah kesiahatan especially ibu mengandung, orang yg senang berpenyakit, penghidap asma, etc...
    Kak shiela sihat?
    happy owes k...
    ^^

    ReplyDelete
  2. aku pon risau dengan virus h1n1 yg semakin menggila ni.... semoga kita semua dilindungi oleh Allah...aminnn..

    ReplyDelete
  3. takut seh berita la ni
    meragut tanpa kasihan
    huhuhu
    apa yg virus tu tau
    ia tau merebak jek

    doa moga2 kita semua dijauhkan dari bala ini

    ReplyDelete
  4. aku pun ado dgr dlm SINAR pagi td.. hhuhuhu hrp2 rede la sume bencana ni ..

    sure ada sebab nape virus ni melanda Msia.. (ado yg wat tarian bogel kut).. maksiat dh melambak2..

    ** beb , VOTE B01 tuk akil yek .. dlm blog ku

    ReplyDelete
  5. bahaya tul wabak tu sekarang..harap2 dijauhkan dari kite semua..

    ReplyDelete
  6. aku pun blogging isu H1N1 arini. Dah makin menjadi-jadi. Teringat kat anak bini...

    ReplyDelete
  7. takut la..kadang symptom2 xnampak, tetibe dh ada h1n1..

    ReplyDelete
  8. semoga kita dijauhkan laa dari penyakit nih...amin...

    takut aku dah nih..

    ReplyDelete
  9. aku pun risau wehhhh wpun laki aku pun tlibat gk dlm kes ni...tp mende ni x kira org..kena hati2 la skrg..

    ReplyDelete
  10. pintu masuk ke Malysia tak ketatkan kawalan. tu salah satu punca utama.

    yang jadi mangsa..?

    ReplyDelete
  11. x larat nak kira dah...huhuhu...risau mmg risau...camne nak differentiate ., sometimes kita ingat batuk demam biasa...tupanye bkn...smuga kita semua dilindungi dr penyakit ni..

    ReplyDelete
  12. seriau aku la H1N1 ni
    harap2..cepat2lah kita djauhkan penyakit ni..kesian pd budak2 ler..adoiiii
    nak pi mn2..skrg ni pun riso
    nak pi beli brg2 dapur bw anak2 aku tu pun serba slh nk bw ke x..adoiii

    ReplyDelete
  13. salam shi3la, huhu.. risau pulak la dengar bila semakin ramai yang jadi mangsa nih..

    ReplyDelete
  14. Salam Kak..
    Thanks for the info..

    Mudah2an kita semua dijauhkan daripada jangkitan virus nie.

    Biarlah Virus nie 'mati' di sini sahaja.

    Tetapi, mungkinkah....?

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3