Showing posts with label Info Hamil. Show all posts
Showing posts with label Info Hamil. Show all posts

Wednesday, 16 June 2010

INFO HAMIL : Adab Suami Terhadap Isteri Ketika Isteri Mengandung.

- Lebihkan kasih sayang dan simpati sehingga isteri berasakan ada pembela.

- Selalu memberikan nasihat-nasihat yang baik yang boleh menguatkan semangat dan jiwanya.

- Hendaklah berlaku jujur.

- Jangan menceraikan isteri ketika mengandung. Sebab itu Islam mengharamkan menceraikan isteri ketika mengandung kerana boleh menganggu fikiran dan perasaannya serta memberi kesan pula kpd anak dalam kandungan.

- Memahami tambahan beban yang ditanggung isteri jesteru memaafkan kekurangan isteri dalam melayani suami.

- Membantu isteri dalam kerja rumah terutama yang melibatkan tenaga fizikal.

- Berlemah lembut dan berhati-hati dalam melakukan hubungan jimak terutama ketika penghujung kehamilan.

- Mengambil perhatian berat tentang perubahan bentuk tubuh badan isteri.

- Berkongsi rancangan menyambut kelahiran bayi seperti persiapan, kewangan, peralatan, nama yang bakal diberi,cuti,kedatangan keluarga kedua belah pihak dan sebagainya.

- Segera ke klinik atau ke hospital jika isteri sakit.


KataFAISH : yang penting sentiasa ader disisi isteri sebab time peknen nih emosi adalah sangat tidak stabil...

Alhamdulillah time haku peknenkan Danial sampailah peknenkan anak kedua nie En Epai tak pernah jauh dari haku...malam-malam diyerlah tukang urut haku..kalo takder tukang urut nih mau tak tido malam haku..lenguhhhhhhh badannnnn ai tau..!!



Tuesday, 15 June 2010

INFO HAMIL : Minuman untuk wanita hamil

KESIHATAN ibu dan bayi dalam kandungan banyak bergantung kepada corak diet yang diamalkan.

--------------------------------------
KEHAMILAN menuntut seseorang wanita bukan sahaja menjaga kesihatan emosi dan pergerakan fizikal bahkan diet hariannya. Acap kali diet harian merujuk kepada pengambilan sajian yang bergizi seimbang seperti bijirin, kekacang, roti, sayuran dan buah-buahan.

Bagaimanapun, jarang sekali kita menekankan mengenai amalan minuman harian yang patut diamalkan oleh wanita.

Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Dr. Premitha Damodaran, seperti pemakanan, wanita hamil juga perlu menitikberatkan aspek pengambilan cecair yang diambil untuk tubuhnya.

Amat penting bagi wanita hamil untuk mengambil jumlah air yang cukup untuk tubuhnya kerana jika dehidrasi berlaku, tubuh mudah berasa letih selain mendapat serangan sakit kepala. Lebih teruk, mereka boleh mendapat penyakit yang dipanggil 'kencing kotor'.

Terdapat empat jenis minuman yang baik untuk diambil oleh wanita mengandung iaitu air putih, susu, jus buah-buahan dan minuman berfungsi atau isotonik.

Air putih adalah minuman yang terbaik kerana tidak mendatangkan masalah jika diambil berlebihan sehingga lapan hingga 10 gelas sehari.

Susu pula menawarkan sumber kalsium untuk perkembangan tulang manakala jus buah-buahan memberikan khasiat vitamin dan minuman berfungsi dapat menggantikan zat elektrolit yang hilang semasa berpeluh.

Bagaimanapun, tegas Premitha, wanita hamil sememangnya tidak digalakkan untuk mengambil minuman seperti kopi dan minuman berkarbonat.


SEBAIK-BAIKNYA hindarkanlah pengambilan kopi ketika sedang mengandung.
--------------------------------------------------------------------------------

Dengan minuman berkarbonat telah menjadi satu budaya hidup masyarakat hari ini, ia sebenarnya memberi kesan buruk kepada kesihatan dan tubuh badan ibu dalam jangka masa panjang.

Katanya, kandungan gula yang tinggi iaitu sehingga tujuh hingga sembilan sudu dalam satu tin boleh menyebabkan kadar gula dalam darah wanita hamil tidak seimbang.

Kesan buruk itu bukan sahaja terdedah kepada diri sendiri bahkan ke atas bayi dalam kandungan kerana ia akan menyumbang kepada ketidakstabilan paras gula tubuh bayi.

"Banyak minuman berkarbonat mengandungi pewarna makanan tiruan, perasa tambahan dan sebagainya. Dengan kandungan gula yang tinggi, ramai wanita hamil berisiko mendapat kencing manis. Tahap risikonya berganda," ujar Premitha.

Tambahnya, seseorang wanita hamil memerlukan kadar gula yang seimbang supaya keseimbangan tersebut dapat diwarisi oleh bayinya.


KANDUNGAN gula yang berlebihan dalam satu tin minuman berkarbonat memudaratkan wanita hamil.

--------------------------------------------------------------------------------

Jelas Premitha, kopi juga seharusnya dihindar oleh ibu hamil daripada menjadi minuman harian. Pengambilan kafein yang terlalu tinggi adalah tidak baik untuk kesihatan bayi, malah beberapa pakar mendedahkan bahawa ia mungkin boleh mendatangkan risiko keguguran sewaktu trimester pertama.

Premitha memberi senarai masalah yang boleh berlaku jika minuman berkarbonat atau kopi menjadi pilihan ibu hamil:

1. Minuman soda atau berkarbonat menyamai sekurang-kurangnya tujuh sudu gula dalam setiap tin. Ini mungkin mendorong kepada masalah berat badan yang naik mendadak, penyakit kencing manis dan beberapa komplikasi lain yang berlanjutan daripada dua penyakit tersebut.

2. Kopi dan teh mengandungi kafein. Jika sebelum ini anda penggemar kafein, elakkan pengambilan kedua-dua jenis minuman itu secara harian. Kafein yang tinggi boleh menjejaskan proses perkembangan kandungan dan menyebabkan perubahan hormon tubuh.

3. Kafein juga mengakibatkan diuresis, iaitu keadaan yang menyebabkan pundi kecing menjadi aktif. Badan boleh kehilangan air secara berlebihan akibat terlalu kerap kencing.

- NUR AISHAH MOHD. AMIN

sumber : KOSMO

KataFAISH : haku adalah pengemar kopi yang tegarrr.....

Friday, 4 June 2010

GANJARAN PENGORBANAN ISTERI & IBU

* PAHALA WANITA MENGANDUNG

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.


* PAHALA WANITA BERSALIN

Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.


* KELEBIHAN MELAHIRKAN ANAK

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


* KELEBIHAN MEYUSUKAN ANAK

Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


* PAHALA MEMELIHARA ANAK

Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberikannya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.


* GANJARAN MENOLONG SUAMI

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.


* GANJARAN WANITA SOLEHAH

Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


* GANJARAN MENTAATI SUAMI

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab.


* KELEBIHAN SEORANG IBU

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

************************************************************************************
Maka bersyukur dan berbanggalah kita kerna kita adalah seorang wanita, isteri dan Ibu.


Monday, 24 May 2010

H1N1 ancaman kepada ibu hamil


KALI terakhir dunia diserang wabak pandemik influenza A ialah dalam tahun 1918. Wabak yang melanda selama lebih kurang dua tahun itu dikenali sebagai Spanish Flu telah menyebabkan kematian lebih 50 juta manusia di seluruh dunia.

Kini wabak daripada virus yang sama iaitu H1N1 daripada jenis influenza A kembali menjadi pandemik yang membimbangkan penduduk dunia.

Salah satu golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit ini ialah ibu mengandung.

Terdapat beberapa faktor mengapa ibu mengandung dikategorikan sebagai berisiko untuk terkena jangkitan virus H1N1.

Pakar perbidanan dan sakit puan Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. S. Silvam berkata, ketika mengandung lazimnya pernafasan wanita terbabit akan berubah berbanding wanita normal.

"Ketika mengandung, rahim akan mengembang dan meningkatkan tekanan pada bahagian usus sekali gus menyebabkan pengembangan diafram (bahagian antara paru-paru dan perut) terhad dan membuatkan nafas tersekat-sekat (pendek).

"Keadaan akan menjadi bertambah buruk jika wanita hamil tersebut dijangkiti H1N1 yang lazimnya akan menyerang sistem pernafasan dengan memasuki bahagian kerongkong pesakit," jelasnya ketika ditemui di kliniknya yang terletak di Kelana Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Selain itu, menurut Dr. Silvam sistem imuniti (kekebalan tubuh) bagi ibu mengandung juga rendah menyebabkan mereka mudah terdedah dan mendapat jangkitan penyakit termasuk H1N1.

Jadi walaupun seorang ibu mengandung itu berada dalam tahap kesihatan yang memuaskan mereka tetap berisiko untuk dijangkiti kuman kerana kuasa daya lawan penyakit kurang ketika mengandung.

Dr. Silvam berkata, apabila ibu mengandung berhadapan dengan masalah kesihatan, doktor yang merawat akan lebih berwaspada untuk memberi ubat-ubatan kerana takut mendatangkan kesan negatif kepada bayi dalam kandungan.

"Dalam tiga peringkat mengandung, pertama, kedua dan ketiga trimester, peringkat pertama dan ketiga perlu diberi perhatian. Peringkat ketiga mengandung lebih berisiko untuk mendapat jangkitan dan kesannya sehingga boleh menyebabkan kematian.

"Di Amerika Syarikat, setakat ini sudah lebih 300 kematian akibat H1N1 dan antara lima dan enam peratus mangsa adalah daripada kalangan ibu mengandung.

"Perlu diingatkan juga bahawa wabak ini masih belum menemui penawarnya justeru langkah pencegahan sebelum terkena amatlah penting," katanya.

Sehubungan itu kata beliau, ibu mengandung dinasihatkan jangan pergi ke tempat yang menjadi tumpuan ramai orang kerana dikhuatiri akan mengalami jangkitan daripada orang yang tidak dikenali.

Sekiranya terdapat sedikit simptom seperti demam, selesema, sengal-sengal sendi dan sebagainya, sebaiknya mereka mengasingkan diri (kuarantin) di rumah dan pakai penutup hidung dan mulut untuk mengelakkan daripada menjangkiti ahli keluarga lain.

"Kurangkan mencium anak-anak lain dan mesti buang topeng, tisu bekas hingus dan batuk ke tempat yang tertutup," jelasnya.

Rawatan

Dr. Silvam menerangkan apa yang penting ialah setiap ibu mengandung tidak perlu panik apabila muncul simptom sebaliknya segera berjumpa doktor bagi mendapatkan pengesahan tentang sama ada mereka telah terkena jangkitan.

"Pengesahan boleh dilakukan melalui ujian dengan mengambil sampel air liur untuk dihantar ke makmal.

"Rawatan profilaksis atau cara untuk mengelak daripada terkena jangkitan dengan menggunakan antiviral juga boleh diberi kepada ibu mengandung.

"Virus ini masih tiada ubatnya dan apa yang perlu dibuat ialah menjaga kebersihan diri sebaik mungkin," katanya.

Selain itu, Dr. Silvam menambah, apa yang perlu ditekankan ialah pentingnya pemahaman tentang penyakit ini.

Apabila simptom Influenza A H1N1 ini terjadi kepada wanita hamil, doktor akan memberikan rawatan secara simptomatik iaitu rawat satu persatu masalah mereka.

"Jika demam, maka doktor akan merawat demam hingga baik. Jika demam terlalu tinggi memang akan membahayakan ibu dan bayi tetapi ibu akan dirawat dengan memberikan beberapa dos paracetamol.

"Begitu juga jika selesema dan batuk. Jika simptom terjadi pada trimester pertama kandungan, doktor akan lebih berhati-hati dalam memberi ubat kerana khuatir risiko ubat kepada bayi.

"Tetapi kalau selesema si ibu agak teruk maka mereka perlu dirawat dengan ubat yang diberi nama Tamiflu dan Revenza," jelasnya lagi.

Sewaktu kelahiran dan penyusuan bayi

Dr. Silvam berkata, jika simptom H1N1 terjadi kepada ibu yang hendak bersalin perkara paling tidak digalakkan oleh doktor ialah memberi ubat mempercepat kelahiran (induce). Ini kerana induce akan menyebabkan bayi mudah dijangkiti virus.

"Sebaiknya ibu perlu melahirkan bayi secara normal apabila tiba masanya. Ketika meneran untuk bersalin sudah tentu ibu yang mempunyai simptom tidak boleh memakai topeng (penutup hidung dan mulut), jadi orang di sekeliling mestilah mengambil langkah keselamatan dengan memakai topeng dan basuh tangan dengan bersih.

"Dalam tempoh 72 jam selepas ibu melahirkan dan menerima rawatan, ibu tersebut dianggap tidak menyebarkan virus tetapi langkah pencegahan kebersihan masih perlu diikuti dengan teliti. Sebagai contoh menutup mulut ketika batuk dan cuci tangan dengan kerap," jelasnya.

Dr. Silvam berkata, sebaiknya ibu yang baru melahirkan memberikan susu badan kepada bayi mereka dan jangan berhenti kerana susu ibu banyak antibodi yang membantu menguatkan ketahanan bayi daripada dijangkiti penyakit.

"Virus H1N1 tidak akan berjangkit menerusi susu ibu. Yang penting amal langkah berjaga-jaga, jangan terlalu dekat dengan orang lain dan jika ada sentuhan pastikan tangan dicuci dengan bersih," ujarnya.

Rujukan:Utusan malaysia 13/08/2009


MINUM air dengan banyak mampu meningkat tahap kesihatan ibu mengandung



Saturday, 22 May 2010

INFO HAMIL : Petua Ketika Mengandung Untuk Mendapatkan anak Yang Sihat. .

**Seorang ibu yang sedang mengandung hendaklah menerima ketentuan Allah terhadap keadaan diri dan kandungannya dengan perasaan redha sabar dan anggaplah kurniaan Allah itu sebagai Rahmat dan kasih sayang-Nya.

**Sementara suami pula hendaklah sentiasa menjaga perasaan isteri khususnya bagi permulaan pertama kerana wanita yang mengandung perlu banyak perhatian.

**Perhatian yang lebih itu akan mengembirakan hati isteri dan memberi kesan kepada keadaan anak dalam kandungan.

**Tunjukkan rasa gembira dan girang dengan kandungan itu dan banyakkan memberi harapan kepadanya.

**Ibu hendaklah sentiasa mengawal perasaan jangan terlalu memikirkan masalah, jangan terlalu bimbang atau terlalu takut dan perasaan lain yang tidak baik.Serahkan semuanya kepada Allah.

**Elakkan memakan makanan yang berbisa seperti ikan sembilang , ikan pari,nanas, tapai dan lain-lain.

**Hendaklah menyedut udara bersih setiap pagi kerana disamping menyihatkan diri amalan ini juga akan menyihatkan anak dalam kandungan.

**Tidur dan rehat dengan cukup setiap hari mengikut masa dan kesesuaian. Elakkan tidur pada masa yang tidak baik seperti selepas subuh, slps asar atau hampir waktu senja dan selepas maghrib. Jangan terlalu banyak tidur pada waktu siang. Semuanya mewarisi anak yang malas dan lembab.

**Mengadakan pergerakkan seperti berjalan-jalan diruang lapang . jangan terlalu banyak duduk, kerapkan berdiri. Jika letih duduk sekejap dan berdiri semula. Pergerakkan itu baik untuk masa-masa hampir bersalin untuk memudahkan kelahiran.

**Banyakkan minum air sekurang-kurangnya enam atau tujuh gelas sehari. Dgn cara ini akan menambahkan kesegaran dan memudahkan melahirkan anak.

Sumber : Amalan Ibu Mengandung



FAISH :
" Petua Ketika mengandung bukanlah suatu ketetapan atau kewajipan, hanya satu amalan dan usaha dalam melahirkan zuriat yang cemerlang... "




Monday, 22 March 2010

Ibu Sarat Mengandung Dihempap Kren

haku dapat nie daripada Email Forward..maser dpat email mengucap panjang dengan Kebesaran Allah..terdetik kat hatey untuk kongsi bersama teman-teman di blog ini..

tapi biler haku tengok gambar-gambar nie ader watermark haku try minta izin dolu dengan empunya gambar nie.last week lagik haku tunggu diyer reply tapi baru hari nie dia reply haku..mungkin kebizian yang melanda diyer..takper janji diyer dah izinkan haku gunapakai gambar yang diyer ambik utk haku letak kat blog haku

Thanks a lots bro amraz

Tregedi nie berlaku di Kulim Hi Tech

Bermulalah kisah......
Hanya kematian yang dapat dibayangkan oleh semua pengguna jalan raya bila
menyaksikan kejadian ini....




kemalangan ngeri yang melibatkan 5 buah kereta dan sebuah kren yang telah terbabas lalu merempuh kenderaan yang sedang melalui jalan ini dan kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat...



Akhirnya dapat dilihat kerakusan kren menerjah kesemua kereta yang melalui jalan ini....


Kia spectra yang di pandu oleh seorang ibu dengan anaknya...


Gen2 juga di pandu oleh seorang ibu yang baru balik kerja...


Akhirnya apa yang dikatakan kemalangan maut terjawap......Sebuah kereta wira
terperosok dibawah kren...


Lihat lah kerakusan Kren yang menerkam kereta yang di pandu oleh seorang Ibu yang
sarat mengandung dan hanya menunggu masa untuk melahirkan anak.....
Cuba anda bayangkan kedudukan dan situasi ibu ini sekarang.....
MAUT mungkin sedang memanggil......YA ALLAH.....



Suami yang mengetahui kemalangan yang melibatkan isteri tercinta hanya mampu
berserah dan memanggil nama isteri tercinta......dan bertawakal...serta berserah pada
ALLAH yang MAHA KUASA....



Akhirnya dengan KUASA ALLAH satu keajaiban terjadi......
Si Ibu yang terperangkap dibawah Kren meminta TOLONG!!!!!!!........

Usaha Terus Ditinggkatkan bagi dapat mengeluarkan Si Ibu dengan segera.......
Pihak bomba cuba sedaya upaya dan dengan segala kelengkapan yang ada
cuba mengeluarkan mangsa dengan segala kemahiran yang ada.....







Akhirnya wajah Si isteri dapat dilihat.......




Tuhan saja yang tahu bagaimana sedihnya hati Si Suami melihat keadaan Si
Isteri....yang tersepit dibawah Kren.....YA ALLAH...





Kata-kata semangat dan ayat suci Al-Quran yang mampu Si Suami bagi pada Si Isteri
agar ia terus bertahan dan sabar......Insyallah dia akan selamat

Pihal Bomba terus meningkatkan Usaha!!!!




Akhirnya Bumbung kereta berjaya dipisahkan dari kereta....




" YA ALLAH......"



Bantuan Sebuah Kren diperlukan bagi mengangkat kren yang menghempap kereta
Si Ibu ini......dan mengeluarkan kereta ini dari bawah kren...





AKhirnya wajah tenang Si Ibu dapat dilihat apabila kren yang menghempapnya di
angkat dan kereta mangsa di tarik keluar oleh orang ramai...



Dengan berhati-hati pihak Bomba mengeluarkan "Ibu Yang Sarat Mengandung"






Pihak Pramedik memberi bantuan pada Si Ibu agar Si Ibu dan Bayi dalam kandungan
selamat



Jika dilihat dari keadaan kereta ini mungkin kematian yang kita akan jangkakan....Tapi " Ini yang disebaliknya....Dengan Kuasa ALLAH".....




Subhannallah...



Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar..

Sunday, 21 February 2010

INFO HAMIL : ANGIN, MASALAH BIASA WANITA HAMIL


 
kredit picture gugel
 
Erra ngandung kemaen jelitas lagik ko....cer kalo haku yang ngandung, En laki tengok ponn pening kot...huhuuu 




Masalah angin didalam perut semasa mengandung adalah perkara biasa. Keadaan angin didalam perut biasanya akan menyebabkan wanita hamil mengalami pedih ulu hati (hiatus hernia). Ini disebabkan oleh pengairan cecair berasid dari dalam perut ke bahagian asophagus.

Biasanya, keadaan ini menjadi lebih teruk apabila usia kandungan semakin meningkat. Walaupon begitu, ia tidaklah memberi kesan buruk pada bayi dalam kandungan. Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan mengelakkan daripada mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak, terutama sekali makanan yang bergorang atau yang mengandungi herba.

Sekiranya wanita meroko hamil, cuba kurangkan atau kebih baik berhenti saja. Selain itu cuba jangan membongkok atau berbaring sebaik selepas anda makan. Bagi yang sering mengalaminya pada waktu malam, cuba minum segelas air sbelum tidur.

Sebaiknya anda dinasihatkan agar tidur dengan menaikkan sedikit bahagian atas badan anda dengan meletakkan bantal lain dibahagian belakang anda.

Jika langkah-langkah diatas tidak member kesan pada anda, anda boleh cuba mengambil antacid yang mudah diperolehi dimana-mana farmasi.Ia selamat digunakan bagi wanita-wanita yang mengandung.

Namun anda dinasihatkan agar mendapat nasihat daripada doctor terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kesan atau kemudaratan yang tidak diigini.

 Sumber : Mingguan Wanita 27 April – 03 Mei 2007




Elak makanan yang menyebabkan angin dalam perut.


Antaranya :

Legum : kekacang kering, kacang panjang dan kacang soya

Susu dan hasil tenusu : susu, aiskrim dan keju

Sayuran : kubis, lobak putih, lobak merah, bawang, kubis bunga, asparagus, mentimun dan brokoli.

Sayuran berubi : kentang dan sengkuang

Buah-buahan : prun, apricot, epal, kismis, pisang, sukun, nangka,pir dan pic

Bijirin dan roti : semua jenis makanan yang mempunyai gandum dan produk daripada gandum termasuk bijirin roti dan pastri

Makanan berlemak : makanan bergoreng, lemak daging, sos krim dan sos tartar

Cecair : minuman bikarbonat soda, minuman bergas, ubatan atau serbuk

Serat : kekacang, oat dan kacang panggang.


Sumber : Majalah RAPI 01 Mei 2008




CNNBijakPandai : ater udahhh semua takleh makan..gimano eh…makan hatey jerk lahh...:P

Saturday, 20 February 2010

INFO HAMIL : BINA OTAK JANIN DENGAN RANGSANGAN

Sumber : Mingguan Wanita 13-19 December 2002
Kelolaan : Wan Mahani Wan Hassan


Ibu bapa sebenarnya mempunyai peluang dan mempu mempengaruhi dan mencorakkan anak-anak menjadi manusia pintar, cemerlang dan bijak. Terutama bagi si ibu kerana mereka lebih dekat hati dan perasaan dengan janin yang dikandungnya.

Waktu kehamilan adalah saat paling penting dalam proses perkembangan janin. Dalam tempoh tiga bulan pertama kandungan, otak janin mula berkembang dengan pesat. Janin sudah mampu merasa dan member reaksi terhadap persekitarannya.

Kebanyakkan ibu hamil tidak menyedari bahawa pengalaman dan emosi ibu semasa mengandung turut dirasai oleh janin. Janin menyerap dan merakamkan segala detik dan pengalaman yang dilalui tanpa mampu menapis kerana mekanisme menapis maklumat masih belum terbentuk.Pada tahap inilah bayi belajar mengamati lingkungannya.

Dr Hassan Haji Mohd Ali dalam bukunya “Mendidik Anak Pintar Cergas” mengariskan bahawa janin dalam kandungan sebenarnya boleh diransang melalui kaedah-kaedah tertentu khususnya sentuhan kasih saying. Makan yang berprotein juga penting dalam pembinaan otak bayi. Malah, Islam juga turut mendidik pasangan cara-cara berjimak untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.

Kaedah merangsang bayi dalam kandungan:

1.Pastikan ibu mempunyai emosi yang tenang dan riang supaya anak yang akan dilahirkan sentiasa riang dan tidak mudah meragam

2.Lahirkan perasaan rindu menanti kelahiran bayi tersebut dengan penuh ikhlas dan kasih saying melalui usapan-usapan lembut

3.Perdengarkan beberapa jenis bahasa muzik terutamanya zikir dan ayat Al-Quran serta pelbagai rangsangan pengetahuan asas yang mudah.

4.Sentiasa bercakap-cakap dengan bayi dalam kandungan dengan kata-kata manja,lunak dan menyegarkan. Mulalah ajarkan bacaan seperti A,B,C,1,2,3 memperkenalkan diri seperti Assalamualaikum/hello,saying,ini mama/papa,anak emak/ayah,bijak/baik dan sebagainya.

5.Lakukan isyarat mudah seperti :menggosok persekitaran perut,menggongcang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut dengan menenangkannya,menepuk perut untuk mendapatkan reaksi bayi.

6.Rakamkan suara ibu,ayah dan ahli keluarga yang lain dan pasangkan ‘earphone’ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara setelah dilahirkan kelak.

7.Perkenalkan perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluhkan ke perut.lakukan rangsangan ini selama 5-10 minit.


Islam amat mengalakkan ibu-ibu mengamdung mengamalkan beberapa perkara tertentu agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia.Antaranya :

1.Banyakkan mengingati Allah SWT dengan memohon ampundan taubat. Dengan amalan ini Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dan perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat.

2.Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meniggalkan larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama isnin dan khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.

3.Banyakkan membaca Al-Quran. Antara ayat-ayat Al-Quran dan surah yang elok dibaca ketika hamil ialah surah Al-Fatihah,surah Yasin, surah At-Taubah,Surah Yusuf, Surah Luqman, surah An-Nahl(ayat 78) dan surah al-A’raf(ayat 189). Dengan membaca ayat ini selain daripada ibadah ia juga untuk memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna dan soleh.

4.Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.


Wanita hamil perlu mengetahui bahawa perasaan yakin dan gembira sewaktu hamil akan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang.
Ibu yang sihat menjamin keadaan pernafasan, pemakanan dn hormone yang stabil.

Ibu hamil yang tenang dan bersikap positif terhadap kelahiran bayinya juga didapati kurang mengalami risiko kehamilan. Mereka lebih mudah melahirkan anak. Keselesaan dan perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang,pintar dan cerdas.

p/s: sumber gambar dari gugel.

kataFAISH :oowwwhhhh haku sangat riang saat ini..*tetibe menjadi riang gumbira*

Tuesday, 16 February 2010

INFO HAMIL : 8 tips hamil secara sihat

Sumber :Utusan Malaysia 19/08/2001

ANDA disahkan hamil? Apa yang penting anda lakukan sepanjang tempoh kehamilan ialah menjaga kesihatan fizikal dan emosi sebaik-baiknya.
Seperti wanita lain, anda juga sebenarnya berpotensi melahirkan bayi yang sihat dan bebas daripada sebarang masalah sepanjang hamil jika anda mengamalkan beberapa tips berikut seperti:

Memilih pakar perbidanan
Memilih pakar perbidanan pada peringkat awal dapat membantu mengeratkan hubungan dalam menyiapkan diri sebelum proses kelahiran.
Pada masa yang sama, penjagaan pranatal yang baik penting untuk kesihatan bayi.

Diet yang seimbang
Pastikan anda mengambil diet yang seimbang seperti protein dan mengawal kalori selain mengambil vitamin dan garam galian lain seperti zat besi dan asid folik.

Mengambil vitamin pranatal
Wanita hamil perlu mengambil vitamin ini lebih daripada wanita biasa terutama asid folik kerana ia mengurangkan risiko janin mengalami kecacatan tiub saraf, contohnya spina bifida.

Melakukan senaman secara tetap
Program senaman yang sesuai bukan saja dapat memberi anda kekuatan dengan berat badan yang baru semasa hamil, malah dapat mengurangkan tekanan semasa proses kelahiran.
Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan serotonin iaitu bahan kimia yang dikaitkan dengan perubahan mood semasa hamil.

Elakkan mengambil minuman keras
Kajian mendapati wanita yang mengambil minuman keras semasa hamil meningkatkan risiko melahirkan bayi yang mengalami kerencatan mental dan fizikal, masalah tingkah laku, rupa paras dan kecacatan jantung.

Kurangkan pengambilan kafein
Pengambilan kafein dalam jumlah yang banyak boleh meningkatkan risiko untuk anda melahirkan bayi yang kurang berat badannya. ~~~waktu ngandung nie haku suker sangat dgn air Neslo~~

Berhenti merokok
Tabiat merokok meningkatkan risiko keguguran, kehamilan ektopik, pendarahan faraj, bayi lahir tidak cukup bulan, kematian bayi dan sebagainya.
Kajian juga mendapati wanita yang merokok 20 batang atau lebih sehari lebih cenderung melahirkan anak yang sumbing.

Rehat yang mencukupi
Tidur yang mencukupi penting untuk kesihatan diri dan janin dalam kandungan. Jika anda tidak boleh tidur, angkat kaki ke atas sambil membaca buku atau majalah.

Kaedah berehat seperti yoga, regangan, menarik nafas dalam-dalam dan urutan merupakan cara terbaik untuk menangani tekanan dan tidur yang baik pada waktu malam.

Monday, 15 February 2010

INFO HAMIL :Keperluan Fizikal, Emosi, Material Dan Ilmu Untuk Ibu Hamil

Sumber: Mingguan Wanita (1-7 Disember 2006)

Keperluan Fizikal

• Rehat sekurang-kurangnya 10 jam sehari termasuk waktu tidur ~~nie haku tak buat~~

• Sekurang-kurangnya 10 kali pertemuan dengan doktor bagi pemeriksaan sepanjang kehamilan~~nie haku buat~~

• Penambahan berat badan sekurang-kurangnya 8 hingga 10 kilogram dan tidak melebihi 15 kilogram sepanjang kehamilan ~~haku jangka berat haku lebih dr sepatutnyer~~

• Pengambilan vitamin dan zat makanan yang kaya dengan asid folik dan kandungan besi ~~kadang-kadang~~

• Minum banyak air sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas sehari bagi mengelakkan sembelit ~~nie haku buat~~

• Paras Hb mencapai sekurang-kurangnya 10 gram semasa pemeriksaan doktor ~~haku kurang darah~~

• Ujian ultrasound yang penting semasa awal mengandung dan selepas 28 minggu bagi melihat kedudukan bayi dan uri ~~haku buat~~

• Bersedia untuk penyusuan bayi, sekiranya puting pendek atau terbenam gunakan pam vakum dan latih agar anda bersedia untuk menyusukan bayi ~~takyah guna pam,ader laki suh diyer vakumkan~~



Keperluan Emosi


• Ketidakseimbangan hormon menyebabkan tubuh terasa hangat dan perasaan sering terganggu. Anda mungkin merasa mudah berkecil hati meskipun berhadapan dengan persoalan yang remeh-temeh. Amalkan sikap tidak ambil kisah dengan pergolakan di sekeliling anda. Kekalkan keceriaan kerana emosi anda turut mempengaruhi bayi dalam kandungan. Sekiranya ibu hamil sentiasa murung, tidak mustahil anak yang dilahirkan nanti akan banyak meragam dan juga menangis ~~InsyaAllah haku hepy ajer~~

• Amalkan saranan orang tua dengan banyakkan mengaji Al-Quran dan berdoa agar dikurniakan anak yang soleh dan comel ~~Alhamdulillah setakat nie~~

• Bersabar meskipun anda ditimpa gejala-gejala semasa mengandung seperti muntah, sakit belakang dan lain-lain. Berjumpalah doktor dan dapatkan nasihat bagaimana mengatasinya ~~dah lebih dari sabor, Alhamdulillah~~

Keperluan Material

Apabila hamil, faktor ekonomi keluarga perlu juga difikirkan. Langkah berjimat cermat perlu juga difikirkan. Langkah berjimat cermat perlu diambil sekarang kerana sejajar dengan penambahan ahli keluarga, perbelanjaan turut bertambah.
Tidak semua oramg mampu berbelanja lebih. ~~ya betul,tidak syak lagik~~

Sebagai contoh, penggunaan lampin pakai buang boleh dikurangkan jika ibu menggunakan kain lampin. Begitu juga dengan pemakanan bayi, penggunaan bahan semulajadi yang murah dan mudah didapati adalah lebih menjimatkan dan berkhasiat berbanding makanan yang sudah diproses, zat makanan juga lebih banyak dan bermutu tinggi. ~~a'ah tengah pikir~~

Keperluan Ilmu

• Selain penjagaan diri, ibu hamil perlu rajin menimba ilmu. Ilmu boleh didapati melalui pembacaan buku-buku dan majalah. Lengkapkan diri dengan tip-tip berguna yang membantu memudahkan bersalin seperti saranan senaman dan posisi bersalin yang sesuai.~~tengah cari tip la nie~~

• Anda juga boleh menghadiri ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh klinik-klinik ibu mengandung dan dapatkan maklumat tepat bukan sahaja untuk diri anda sekarang tetapi juga untuk membantu si kecil kelak ~~ader pegi ceramah susu ibu,tue jerk setakat nie~~

Keperluan Bayi

Keperluan ibu dan bayi yang dikandung adalah saling kait mengait. Apabila zat makanan ibu mencukupi maka keperluan makanan bayi turut mencukupi. Ibu yang riang dan gembira akan mendapat cahaya mata yang riang dan gembira.Makanlah makanan yang mengandungi banyak zat yang diperlukan ibu hamil. Buah-buahan dan sayuran dan juga susu adalah antara yang paling baik untuk diamalkan oleh ibu hamil bagi mendapatkan bayi yang sihat.

~~~haku cuba yang terbaik untuk anak yang haku kandung.Harap semuanyer nanti berjalan lancar.Doakan haku dan anak selamat~~

Tuesday, 12 January 2010

INFO HAMIL : MASALAH MENGIDAM WANITA HAMIL

Sumber : Mingguan wanita 03-09 mac 2006

Menangani mengidam

Selalunya rasa tidak selesa yang muncul diawal kehamilan akan berlangsung tidak lebih dari tiga bulan. Jadi soal mengidam ini sebenarnya boleh ditangani.caranya :

1.Sediakan diri menempuh kehamilan. Terima semua perubahan dengan penuh kesedaran.

2.Ambil makanan bergizi secara lengkap dan seimbang

3.Bagi menghindari rasa mual yang muncul, makan dalam jumlah yang kecil tapi kerap. Antaranya biskut atau air the halia hangat yang elok untuk rasa mual.

4.Hindari makanan yang beraroma tajam, pedas, berminyak dan juga kafein

5.Banyakkan minum terutamanya air putih dan jus buah yang banyak mengandungi air

6.Jangan terus tidur selepas makan, paling elok beri masa dua jam untuk pencernaan

7.Lakukan aktiviti supaya peredaran darah lancar dan metabolism tubuh berjalan dengan baik


Mengidam yang aneh

Selain mengidam makanan yang biasa-biasa ada juga wanita untuk makan perkara yang tidak masuk akal. Ada antaranya yang teringin makan sabun, tanah mahupun ubat gigi.

Penyebab mengidam jenis ini juga tidak dapat dipastikan sehingga kini. Ada yang berpendapat ia berlaku akibat tubuh wanita hamil kehilangan zat besi atau kalsium. Malah ada juga yang mengatakan wanita hamil yang mengidam perkara begini memiliki masalah bukan saja secara fizikal tetapi juga mental dan emosional.

Apa pun penyebabnya yang pasti pengambilan benda-benda aneh ini cukup berbahaya pada wanita hamil dan janin yang dikandung. Pakar juga tidak menyarankan makanan berbahaya ini diambil kerana ia boleh mempengaruhi proses metabolisme dan penyerapan mineral esensial yang boleh menyebabkan wanita ini kekurangan nutrisi,selain masalah sembelit dan merosakkan gigi.

Oleh itu wania hamil yang megidam perkara-perkara pelik sebaliknya :

Mendapatkan nasihat doctor kerana ia mungkin dapat merungkai masalah lain yang terselindung disebalik keinginan tersebut.

Berusaha menyedari dan mengalihkan keinginan tidak munasabah itu dan berfikiran positif. Ingat akan kesihatan diri dan bayi yang anda kandung.

Minta doctor memeriksa kembali kadar zat besi, kalsium dan mineral lain dalam tubuh.cari dan ambil makanan yang mengandungi mineral yang diperlukan.


kataFAISH : orang tua2 cakap kalo ngidam tak dapat nanti dapat anak leleh air liur..hermmmm…..

Monday, 14 December 2009

Info Hamil:Sebaiknya Tidak Dilakukan Ketika Hamil

Sumber: Mingguan Wanita (12 - 19 Oktober 2007)


Kehamilan adalah perkara yang membahagiakan buat wanita. Justeru ia harus dijaga dengan baik agar janin yang dikandung selamat hinggalah tiba masa untuk melahirkannya. Untuk memastikan janin selamat terdapat beberapa perkara yang seharusnya tidak dilakukan ketika berbadan dua. Berikut adalah antaranya:


Manikur - Pedikur
Keadaan kuku yang cantik dan rapi memang diingini oleh setiap wanita namun sekiranya anda hamil terutamanya ketika usia kehamilan kurang tiga bulan ia haruslah dilakukan dengan hati-hati. Banyak produk kuku mengandungi bahan kimia seperti toluene yang ada pada pewarna kuku atau aseton pada produk penghilang cat kuku. Meskipun belum dikaji apakah bahan ini berbahaya bagi janin, sebaiknya anda hindari sahaja.

Perawatan Wajah
Kulit terasa berminyak dan melekit ketika hamil? Mungkin perawatan wajah adalah salah satu penyelesaiannya. Namun ingat, lakukan perawatan wajah yang biasa sahaja. Jangan disertai dengan rawatan pengelupasan kerana kulit wanita hamil cenderung lebih sensitif.

Mewarnakan Rambut
Setakat ini belum ada informasi tepat lagi jelas adakah pewarna rambut benar-benar selamat bagi ibu hamil. Jika ingin melakukannya, sebaiknya tidak dilakukan pada trimester pertama kehamilan. Tunda hingga proses kelahiran, atau tanyakan pada doktor anda.

Kasut Tumit Tinggi
Selama tempoh kehamilan, berat badan yang bertambah akan turut memberi kesan pada pusat graviti tubuh. Akibatnya dapat dilihat pada perubahan cara jalan dan keseimbangan. Hindari menggunakan kasut bertumit tinggi untuk menghindari kemungkinan terjatuh.

Buah Durian
Hindari mengambil raja buah ini terutama jika usia kandungan di bawah 3 bulan. Buah durian dapat merangsang timbulnya kontraksi, malah jika dimakan terlalu banyak pada kehamilan trimester pertama ia mampu menyebabkan keguguran.

Ubat Nyamuk
Apa pun bentuknya, bakar, sembur atau sapu, penggunaan ubat nyamuk tidak disarankan pada ibu hamil kerana ia mengandungi bahan kimia aktif yang termasuk kategori racun yang amat berbahaya. Untuk menghindari nyamuk gunakan saja kipas angin atau sapukan minyak kayu putih di kulit.

Derma Darah
Ketika hamil wanita tidak disarankan menjadi penderma darah. Kenapa? Kerana ketika hamil, anda sendiri cenderung mengalami anemia. Anda memerlukan lebih banyak darah untuk diri sendiri. Derma darah bagaimanapun boleh dilakukan sewaktu nifas.

Gula Sintetis
Penggunaan gula sintetis seperti sakarin tak digalakkan pada ibu hamil kerana boleh menembusi hingga ke bahagian plasenta dan memasuki perjalanan darah ke janin. Penimbunan gula sintetis dapat menyebabkan risiko kanser kandung kemih pada janin.

Bawa Barang Berat
Hindari membawa beban melebihi 30kg, apatah lagi ketika usia kehamilan memasuki 30 minggu. Membawa tubuh sendiri saja sudah berat, apalagi ditambah beban lain.

Naik Pesawat
Meskipun selamat menaiki kapal terbang ketika kehamilan memasuki trimester ketiga, namun dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. kehamilan berisiko seperti hamil janin kembar, mengidap diabetes atau tekanan darah tinggi, plasenta abnormal sebaiknya menggunakan kaedah perjalanan menaiki pesawat.

Ubat Jerawat
Ibu hamil biasanya akan memiliki kulit wajah berminyak yang berpotensi untuk tumbuhnya jerawat. Malah ada ibu hamil yang ditumbuhi jerawat lebih banyak dari biasa. Jika anda mahu mengubatinya maka dapatkan nasihat doktor. Umumnya ibu hamil diminta untuk menunda rawatan hingga usia kandungannya mencapai empat bulan. Ditakuti bahan yang ada dalam ubat jerawat mampu mengganggu pertumbuhan awal janin. Lebih selamat jika anda membersihkan wajah secara teratur untuk mengurangi penghasilan minyak dan sumbatan sebum.

Saturday, 12 December 2009

INFO HAMIL : KURANG DARAH SEMASA MENGANDUNG

Ini adalah PERINGATAN untuk DIRI SENDIRI..!!!

Kurang darah adalah keadaan dimana paras darah merah kurang dari normal iaitu kurang dari 11 gram/dl.

Penyebab Kurang Darah

1~Kurang memakan makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12
2~Kerap mengandung iaitu kurang dari 2 tahun.
3~Jangkitan cacing
4~Masalah perubatan seperti malaria,thalasemia,leukemia,buasir dan pendarahan dari faraj.

Tanda-Tanda Kurang Darah

1~Pucat
2~Rasa letih lesu dan tidak bermaya
3~Sentiasa rasa pening
4~Rasa pitam bila bangun
5~Kebas kaki dan tangan
6~Rasa mengah dan berdebar-debar
7~Degupan jantung cepat

AKIBAT KURANG DARAH

Kesan Kepada Ibu :

1~Mudah mendapat jangkitan
2~Jika berlaku pendarahan keadaan akan lebih mudarat
3~Mudah mendapat penyakit lemah jantung
4~Kematian ibu

Kesan kepada anak akibat kurang darah yang teruk **Ya Allah simpang jauh-jauh dari haku**

1~Keguguran
2~Pembesaran janin terbantut
3~Anak lahir tidak cukup bulan
4~Anak lahir kurang berat badan
5~Anak mati dalam perut

Meningkatkan Pengambilan Zat Besi Melalui Makanan.


Ambillah makanan yang seimbang

Ambillah makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, ikan bilis, sardine, ikan cencaru, hati ayam, hati lembu dan daging sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.

Ambil bersama buah-buahan yang mengandungi vitamin c untuk menggalakkan penyerapan zat besi seperti jambu batu,mata kucing,betik,limau,rambutan,durian belanda,belimbing besi,kwini,kedondong,mangga dan nenas.

Pilih sayur yang tinggi zat besi dan folat seperti pegaga, peria, kangkung, pucuk keledek, pucuk paku, ulam raja, bayam,pucuk gajus,daun pudina,cekur manis, dan daun remunggai.

Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti kerang, ikan bilis, bebola ikan, kek ikan,hati,daging atau telur untuk menambah kandungan zat besi.
Perah air limau keatas makanan seperti sambal belacan.

Elak meminum teh,kopi atau ssusu bersama hidangan makanan utama atau ketika mengambil pil zat besi. Teh , kopi atau susu boleh menghalang penyerapan zat besi. Sebaliknya ambillah air limau atau jus buah-buahan lain.

Pengambilan Pil Zat Besi

1~Ambillah pil zat besi ,asid folik,vitamin C yang dibekalkan klinik kesihatan. Ini kerana makanan sahaja tidak boleh memenuhi keperluan zat besi yang tinggi ketika mengandung.

2~Ambillah pil-pil tersebut mengikut nasihat doctor sebaik-baiknya 2 jam selepas makan, bersama satu gelas air limau atau air masak. Elakkan mengambilnya bersama teh, kopi atau susu.

3~Pengambilan pil zat besi mungkin memberi kesan seperti mual-mual,sembelit,sakit perut dan najis berwarna hitam. Ini tidak merbahaya.





kataFAISH : betul ker orang cakap pil-pil yang klinik kasik nih akan jadikkan anak dalam kandungan besar dan susah nak salin…eh iyer ker cenggitu….

Wednesday, 9 December 2009

INFO HAMIL : Didik Anak Dalam Kandungan

Kenapa remaja hari ini lebih sukakan dendangan muzik dan lagu-lagu dari alunan al-Quran?

Mereka boleh bertahan berjam-jam mendengar muzik dengan earphone tersumbat ditelinga.

Terhenjut-henjut tangan, juga kaki.

Berapa lama mereka boleh tahan jika mendengar alunan al-Quran?

"Ustaz, bukan remaja belia saja minat lagu, 'remaja tua' pun sama. Mana nak dengar sangat al-Quran dalam kereta. Yang mereka pasang radio atau CD lagu-lagu," kata kawan saya, bila borak pasal muzik.

"Memang la Sham, kalau kita tak biasakan dengar Quran, macam mana nak timbul rasa seronok. Memang la susah. Tambah pula kalau dari kecik lagi seronok dengan lagu. Kena pulak ibu bapa tak minat Quran," saya menambah

"Aha, tengok la ni, ada pulak program realiti (hakikatnya: 'fantasi') TV untuk budak sekolah. Tergedik-gedik menyanyi. Mak bapak sokong pulak tu..." ulasnya lagi.

"Betul tu. Berhibur memang tak salah, tapi bila melampau sangat, hilang haluan. Sebenarnya dari dalam perut lagi kita kena tarbiyah anak jadi soleh," balas saya.

Allah jadikan telinga punya tujuan. Lantas, ibu bapa perlulah didik anak agar menggunakan telinga untuk tujuan yang betul.

Sejak dari awal lagi ibu bapa berlu membuat persediaan untuk mendidik anak menggunakan teliga dan segala pancaindera dengan betul.

Suatu yang pasti, pasangan ibu bapa perlu membuat persediaan awal sebelum menyambut kelahiran anak.

Persediaan yang penting bukan sahaja dari sudut kewangan dan kesihatan, bahkan juga dari sudut kerohanian dan pendidikan.

Keinsafan ibu dan bapa tentang besarnya tanggungjawab sebagai pendidik dan ketua perlu ditanam agar anak yang lahir nanti menerima layanan dan asuhan yang sepatutnya.

Antara persediaan awal termasuklah mendedahkan kepada janin dengan alunan yang murni di samping bersedia memilih nama yang sesuai untuk anak itu.

Seseorang anak sudah perlu dididik ketika dia masih dalam kandungan ibunya.

Walau pun anak itu belum mampu berkata-kata atau melihat, namun dia dipercayai sudah boleh mendengar, merasai dan menerima gelombang perasaan dari ibunya atau orang-orang yang berhampiran.

Oleh yang demikian, ibu dan bapa digalakkan banyak menenangkan perasaan dengan membaca al-Quran, berzikir dan bertafakur.

Ayat-ayat suci yang dibacakan itu dapat mendamaikan hati ibu seterusnya membantu perkembangan jiwa murni anak.

Suara bacaan al-Quran juga mampu mendatangkan barakah dan rahmah dalam pembentukan anak.

Bahkan ada juga yang berpendapat pengaruh pengajaran yang terdapat dalam ayat-ayat al-Quran yang dialunkan itu mampu menyelinap masuk ke dalam sanubari janin, lantas membentuh potensi peribadi soleh sebagaimana terkandung dalam pengajaran ayat itu.

Sebab itulah, terdapat gesaan agar anak dalam kandungan tadi diperdengarkan bacaan Surah Luqman yang mengandungi pengajaran-pengajaran ke arah menjadi anak soleh, di samping surah-surah lain seperti Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insyirah, Surah Al-Alaq, Surah Maryam dan Surah Yusuf.

Si ibu juga dianjurkan agar bertaubat dan membersihkan jiwa serta mengelakkan dari terjebak dalam maksiat dan lagha sepanjang mengandung.

Perasaan ibu perlulah damai. Jika tertekan, bayi boleh menjadi lemah.

Wujudkan suasana girang, gembira dan syukur. Elakkan kemuraman, pertengkaran dan kalimah-kalimah yang kotor.

Oleh itu peranan bapa selaku lelaki yang paling hampir dengan ibu amatlah penting.

Bahkan bapa disarankan juga perlu bergilir-gilir membaca al-Quran dan berzikir bagi menceriakan halwa telinga anak yang di dalam kandungan.

Harap kita semua boleh laksanakan, agar nanti kita dapat anak-anak yang soleh dan solehah - bukan anak-anak yang derhaka pada kita.

sumber : iluvislam

Friday, 4 September 2009

Sejenak Ke Alam Rumahtangga..

Bacalah wahai suami/isteri..bacalah wahai lelaki/wanita...renunglah dengan mata hati....



Psst….
Tiba-tiba isteri merajuk...


pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni



rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu...


Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan..semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda..
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang…… buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.


Tapi awas…..
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati


kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar


” Sayang abang tak ulang lagi “
katakan ” Sayang….abang alpa “




bisikkan ” Darling.. I lupa..”
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci


Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam tetapi…
kalau kena cicahnya..enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.


Arghh…tiba-tiba isteri merungut...
malah kadangkala agak mengugut....
minta aksesori serta perabut...
minta Villa yang tersergam indah....
atau mahligai di lereng bukit...
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya


Katanya ” Seabadi permata….segermelapan intan ” …
sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga.


Aduh…peritnya mengukur cinta...
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik mengikut kadar tukaran wang asing.


Tiada guna menyesali diri..diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita
sudah takdir…..
permata yang dipilih perlu digilap semula.


Namun putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.


Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama


bisikkanlah ” Duhai isteriku…marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati,marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci......
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang kukalung cintamu, di jiwa ini.”




Uhhh….
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu


Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.


Ketika itu nilailah diri mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan


Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara ‘indirect’ dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah


Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :


” Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada
amukan nafsu.Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita Dia yang membantu membersihkan rumah kita…lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? “


Puuuh…
Akan tiba masanya bila ‘isteri’ di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.


Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, ’selepas’ mati pun bersama...


Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.


Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.


Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya…


Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :

Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati seorang isteri.
Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.


Isteri…
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu…..
seorang isteri.


~ Author Unknown~

~sumber Email~






Kata pujangga..




"perempuan bagaikan angin,lembutnya melenakan,ributnya menggusarkan...."

Adakalanya mereka seperti ibu..menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak...ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek...berleter seadanya, merungut semahuannya.

Sunday, 25 January 2009

Himpunan Info Hamil

Assalamualaikum and hi alls..!

Info hamil adalah koleksi dan bahan bacaan CNN sewaktu CNN mengandungkan anak.koleksi ini diambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai seperti yang CNN nyatakan didalam setiap entry tersebut.Ini hanyalah sebahagian info hamil yang CNN ada yer.

CNN juga ada menulis tentang kehamilan CNN seperti dibawah sebagai pengalaman CNN mengandung yang tak kan pernah hilang dari ingatan CNN sehingga akhir hayat. Detik 40 minggu yang Indah bersama anak yang CNN kandung.


...Di Awal Kehamilan CNN...

...Di Akhir Kehamilan CNN...


Ibu mengandung sentiasa disarankan untuk membaca dan menambah ilmu yang ada agar lebih bersedia mental dan fizikal untuk menerima sicomel sebagai penyeri rumahtangga.

Percayalah, semakin banyak yang kiter cuba pelajari dan semakin banyak yang kiter bacer setiap hari kiter akan terasa seperti semakin kurang ilmu didada dan betapa kiter sebenarnya semakin bersedia menerima sicomel. Malah secara tidak langsung akan mengingatkan kiter erti tanggungjawab yang sebenar.







Bina Otak Janin dengan Rangsangan

8 Tips hamil Secara Sihat

Keperluan Ilmu Untuk Ibu Hamil

Masaalah Mengidam Wanita Hamil

Sebaiknya Tidak Dilakukan Ketika Hamil

Kurang Darah Semasa Mengandung

Didik Anak Dalam Kandungan





Anak adalah anugerah Allah SWT yang tak ternilai harganyer. Bersyukurlah kerna kiter adalah insan yang terpilih untuk menerima anugerah dari Allah yang tak ternilai harganya ini.


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!





~CNN~
Jom join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.!!