Wednesday 2 June 2010

Bau Ketiak Lelaki Menjadi Penawar Tension?

Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita?

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America. Sebelum ini, bau ketiak lelaki yang sengaja ” diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.

Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang….

dipetik dari majalah PA&MA…Feb 2004…

**********************************************************************************



so kepada para isteri jangan dok tension lelebih sangat…kang tak pasal-pasal jerk kena cium bau ketiak suami ……..mhuahuahuaaaa...........haku dapat bayangkannnn.......nak-nak plak si suami yang baru balik beriadah atau dari berjogginggggg....makkk aiiiiiiiiiii nikmattttttttttttttt..........!!!!



9 comments:

  1. astaga ..... yg diorang pegi taruk wajah masing2 dekat ketiak tu apa pasai????

    ReplyDelete
  2. eehehe.. dah lame dulu penah dgr pasal ni.. try la wt eksperimen.. hik3

    ReplyDelete
  3. Erm betol ke wangi...
    aku yg bau sendiri pon x tahan...
    :P


    http://airfood.blogspot.com/2010/06/resident-evil-afterlife-in-cinema-10910.html

    ReplyDelete
  4. banyak dah bace fakta ni..70% nya mmg betol..tapi bau ketiak lelaki yang disayangi la..suami...bukan lelaki sembarang lelaki..huhu

    ReplyDelete
  5. kalau cium lepas pakai deodoran sanggupla jugak..kalau tak,maka aiiiii.xsanggup den..

    ReplyDelete
  6. mak aihhh lama nye aku x singgah blog ko ni hehe..... tup2 dah nak bersalin ank ke 2 ko yer... pape pon tahniah!........ semoga selamat sumenye.....

    ReplyDelete
  7. yeke? mak ehhhh....
    pitammmmm~~


    akak jg diri leklok k...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3