Thursday 17 June 2010

Azrinaz Mazhar Dicerai Sultan Brunei - biar betul nie...

pepagi bacer berita dah bikin panas...

errr ader yang tak kenal ker dengan Azrinaz nie..mustahil tak kenal kannn...dolu sebelum jadik isteri Sultan Brunei diyer wartawan TV3, orang nyer lembut manis dan chantek sekali....pastu tup-tup heboh diyer quit kerjer dan disunting Sultan Brunei..

maser haku dapat tau diyer kahwen ngan Sultan Brunei tuh terdetik gak kat hatey haku.."alahai bertuahnyer badan,gitu la kan kalo dah jadik orang chantek nie,saper yang tengok pasti terpikat.."

Tapi biler bacer berita Sultan ceraikan Azrinaz dengan talak satu dan segala pangkat, pingat dan jawatan kebesaran Azrinaz Mazhar juga telah dilucutkan..raser macam kesian pulak..semoga beliau terus tabah untuk menghadapi hidup selepas nie..

Berita nie haku copy dari Utusan Online.

Sultan Hassanal Bolkiah bersama permaisurinya, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (tengah) dan Azrinaz Mazhar Hakim pada majlis perkahwinan Puteri Majeedah Nuurul Bulqiah dan Pengiran Khairul Khalil di Istana Nurul Iman, Brunei pada 10 Jun 2007. Puteri Majeedah ialah anakanda Sultan Hassanal Bolkiah bersama Raja Saleha. – REUTERS

---------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 16 Jun – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah hari ini menceraikan isteri baginda, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar dengan talak satu.

Pengumuman khas itu dibuat oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Alaudin Pengiran Paduka Abu Bakar menerusi slot berita Radio Televisyen Brunei (RTB) dan turut dimuatkan dalam laman web stesen tersebut.

Dalam kenyataan satu muka surat yang dibacakan itu dan turut diedarkan kepada media Brunei menyebut baginda menceraikan bekas personaliti TV3 itu atas sebab-sebab khas.

“(Ia) dipandu dan ditentukan oleh hukum syarak dalam perkahwinan dan perceraian dan juga menepati maksud ayat suci al Quran surah Al-Baqarah daripada sebahagian ayat 229, iaitu menikahi dengan baik (maaruf) dan melepaskan juga dengan baik (ihsan),” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu juga, terasul dan gelaran serta bintang kebesaran dan pingat kehormatan negara Brunei Darussalam yang dikurniakan kepada bekas isteri baginda itu ditarik balik.

Sultan Brunei, 63, diijabkabulkan dengan Azrinaz Mazhar, 31, pada 20 Ogos 2005 dalam satu majlis tertutup di ibu kota.

Hasil perkahwinan pasangan diraja itu dikurniakan dua cahayamata iaitu Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, 4, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 2.

***********************************************************************************


dah ader 2 orang anak ghupernyer..sian anak-anak tapi tuelahhh kan bapak kaya raya apalah nak dirunsingkan..mesti semua keperluan dan kehendak anak - anak akan tetap dipenuhi kelak. Jangan pulak makbapak yang bercerai anak-anak pulak yang menjadik mangsa....sian anak-anak kan...





UPDATE TERKINI :

Hak anak-anak Azrinaz kekal



AZRINAZ bersama dua anaknya iaitu Abdul Wakeel dan Ameerah Wardatul, hasil perkahwinan dengan Sultan Brunei.

---------------------
KUALA LUMPUR - Walaupun sudah bercerai namun hak dan keistimewaan putera dan puteri daripada keturunan diraja Brunei biasanya kekal.

Pakar sejarah, Prof. Datuk Ramlah Adam berkata, selagi tiada titah Sultan Brunei yang mahu melucutkan keistimewaan anakanda baginda, maka ia akan kekal sebagaimana biasa.

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam itu menegaskan, berdasarkan pengumuman, hanya isteri kedua yang ditarik balik gelaran dan pingat kebesaran, bukan anak-anaknya.

"Ini bermakna anak-anaknya masih menerima keistimewaan sebagai kerabat diraja," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
dan SUHANA YUSOP
berita@kosmo.com.my

12 comments:

  1. itulah nasib perempuan..
    habis madu..sepah dibuang..
    sob..sob...

    ReplyDelete
  2. apelah sebabnyerr yerr....nmpk mcm bahagia jerrr....huhu

    ReplyDelete
  3. sampai situ jer jodohnya, nak buat camne kan....

    kena redha jer la...

    ReplyDelete
  4. alahai...cerai la plaks...
    siannyer....

    ReplyDelete
  5. x gune jgk kawin dgn org kaya tp jodoh pendek

    ReplyDelete
  6. Terkejutzzz gak kan akak:)
    Macam permainan plak penceraian nie kan...

    ReplyDelete
  7. Hakak bila nk beri Cik Adi number fon akak nie:)

    ReplyDelete
  8. ye la..dh mmng takde jodoh..tp die takkn tibe2 nak ceraikn kalo takde ape2..anak pon msih budak2 lg.Hakikatnye kte tak tau.mungkin die buat prangai kot..hnya tuhan yg tahu

    ReplyDelete
  9. saya pun baru tau baca entry ni.hehe.
    macam2 hal la kan..caner la le tak berpanjangan..

    ReplyDelete
  10. salam..me blogwalking here..nice blog :)

    ReplyDelete
  11. kesian kn...
    baru 5thn kawen..
    anak dah 2...
    hmm moga dia tabah mengharungi hidup lepas bercerai ni..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3