Monday 6 September 2010

Berita Terkini :Datuk Sosilawati Lawiya hilang..??

Terkejut gak bacer berita ari nie...

usahawan terkenal hilanggg..

Saper tak kenal Datuk Sosilawati nie....pengasas Produk kecantikan terkenal....kawen plak ngan Nash..cerai ngan Nash..Tuntut gantirugi juta-juta...ditangkap berkhalwat pulak...tup tup kononyer dah kawen kat Narathiwat..kawen tapi tak daftar kat Malaysia katernyer..owhhh macam-macammmm melanda beliau dan yang terbaru dilaporkan hilang oleh anaknyer ...hilang bersama dengan peguam, pegawai bank dan pemandunya…

Tentu sedih Family diyer,dah la nak dekat rayer nie kann...

aper pon kiter doakan yang terbaik..Moga Datuk Sosilawati dijumpai dan selamat hendaknyer..

Petikan dari akhbar Utusan.
Kehilangan Sosilawati timbul misteri

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Keluarga pemilik syarikat kosmetik terkenal, Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. (Nouvelle Beauty), Datuk Sosilawati Lawiya membuat laporan polis setelah mendapati usahawan wanita bertaraf jutawan itu hilang sejak 30 Ogos lalu.

Difahamkan, Sosilawati, 47, tidak pulang ke rumah setelah pergi ke Banting, Selangor bersama tiga lagi yang lain untuk menemui seorang peguam bagi menyelesaikan urusan pembelian tanah di Pulau Pinang.

Sosilawati yang juga bekas isteri kepada bekas penyanyi kumpulan Lefthanded, Nash atau Nasharudin Elias dilaporkan hilang bersama pemandu, peguam peribadi serta seorang pegawai sebuah bank. Sejak itu, keempat-empat mereka tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi oleh ahli keluarga masing-masing.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, seorang anak Sosilawati telah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, Khamis lalu, kerana bimbang keselamatan ibunya itu. Beliau berkata, polis yang menerima laporan itu buat masa ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai orang hilang memandangkan tiada mana-mana pihak menghubungi keluarga mangsa meminta wang tebusan.

"Sosilawati bersama pemandu, peguam dan seorang pegawai sebuah bank dimaklumkan telah pergi ke Banting pada 30 Ogos lalu dan tidak pulang ke rumah sehingga kini. "Mereka dikatakan pergi menaiki dua kereta termasuk sebuah kereta Mercedes-Benz milik Sosilawati," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Muhammad Sabtu berkata, usaha menjejaki keempat-empat mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an dan kereta dinaiki mereka sehingga kini tidak berhasil. Beliau berkata, pihaknya turut mendapatkan bantuan daripada Jabatan Siasatan Khas (D9) Bukit Aman untuk membantu menjalankan siasatan dan mengesan mangsa.

Setakat ini, katanya, polis sudah memanggil tiga individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan iaitu anak Sosilawati dan isteri kepada dua mangsa yang lain.
"Kita juga sedang menyiasat dakwaan bahawa mangsa hilang bersama sejumlah wang.
"Siasatan bagi mengesahkan perkara itu penting kerana terdapat keterangan bercanggah iaitu sama ada mangsa membawa wang tunai atau cek," katanya yang enggan mendedahkan jumlah wang didakwa dibawa oleh mangsa.

Namun, difahamkan, Sosilawati membawa wang berjumlah jutaan ringgit berkemungkinan untuk digunakan bagi proses urusan pembelian tanah berkenaan. Menurut Muhammad Sabtu, polis memerlukan kerjasama orang ramai untuk memberi maklumat bagi membantu mengesan mangsa.

Katanya, sesiapa yang ternampak atau mempunyai maklumat lokasi mangsa berada boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran. Difahamkan, selain membuat laporan polis, keluarga Sosilawati turut mendapatkan bantuan daripada pengamal perubatan tradisional untuk membantu mengesan usahawan terbabit.

Sementara itu, difahamkan, salah seorang anak Sosilawati ada menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ibunya dalam tempoh tersebut bagaimanapun ia sukar difahami. Anak mangsa yang cuba menghubungi Sosilawati namun gagal. Hasil maklumat diterima keluarga mangsa, polis juga ada menyerbu sebuah rumah di Jalan Duta, di sini, namun tidak menemui mangsa.

Kali terakhir Sosilawati dilihat berada di khalayak ramai adalah semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, anjuran Dewan Perniagaan Melayu Selangor, 28 Ogos lalu. Sementara itu, Nash mendoakan bekas isterinya dalam keadaan selamat dan tiada perkara buruk berlaku.

"Saya tak tahu apa-apa sehinggalah dihubungi wartawan yang mahu minta komen,'' katanya menerusi SMS di sini hari ini. Menurut Nash, beliau bukanlah individu yang sepatutnya ditanya mengenai perkara itu kerana hubungannya dengan Sosilawati sudah berakhir dan wanita itu juga sudah berkahwin lain. "Sepatutnya tanya suami dia sebab semua orang tahu dia ada suami. Saya tiada kena mengenai lagi dengan dia, tapi doa saya supaya dia selamat,'' jelasnya lagi.

Oleh ANGELINA SINYANG





Gambar lamer dari Buddiey.com...makaseh eh Buddiey.

kalo dah namer pengasas produk kecantikkan tue haruslahh cantikkan....mesti kulitnyer chantekk putih gebu tulus mulus jerk..hermmmmm biler lahh agaknyer haku nak jadik pengasas kecantikkan jugakkk.....huarrrghhhhh hakkkkkk mimpi ngeri dipagi hari.........

10 comments:

  1. ah aku tak suke pempuan ni... sedare jauh member aku..
    tak kirela nash salah ke dia salah.. aku sokong nash jugak hahahahha..

    ReplyDelete
  2. seram giler camne la leh hilang nak raya2 nih

    ReplyDelete
  3. eh teremosi plak..

    ilang ke??? ayokkk tak tahu..

    ReplyDelete
  4. yan..ntah-ntahh ko yang culik takk..hahhhh tak tahuuu..

    kahhhhhhhhhhhhhh...misteri nusantara..

    ReplyDelete
  5. salam ziarah..

    Dtg sini, baca entry...:)

    ReplyDelete
  6. haish..bahaya sunggu.tap apsal tetibe dia ni jadi top plak.

    ReplyDelete
  7. Tetibe jew ilang..
    urmmm...
    entah ler,,
    bukan mknat kat dia pun..
    Semoag dia Selamat laa kan...

    ReplyDelete
  8. aiyokkk...
    kene kidnap kah??

    bahaya org manyak2 wet neh...
    moga selamat la...

    ReplyDelete
  9. semoga dia selamat..

    sbb tu lah taknak jadi pemes2 ni..kang tak pasal2 kena culik..larikkkk

    ReplyDelete
  10. dalam hal mereka perlu minta bantuan FBI atau inteligen supaya mengesan mereka
    pastinya mereka mempunyai konspirasi dalam perniagaan atau hal peribadi

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3