Wednesday 8 September 2010

Kerang Atas Darah Babi

Haku nak publish lain sebenornyer tapi tertarik lak ngan story kat Metro ari nie....sebab utamanyer haku adelah pengemar kerang yang tegar...

maser haku peknenkan Dhamirah tue ari kann, ari-ari haku makan kerangggg ater kater kurang darah kannn harus makan kerang manyak-manyak hooo.....tapi kalo berita nie keluwor tuhari kompomm haku dah muntah pelangi siott....

skang haku tengah pikir nak makan kerang lagi ker idak biler bacer berita nihh....

korunk yg tak bacer lagikkkk boleh bacer skangggg jugak...mehh kiter pikir samer-samerrr... tapikannnn bukannyer salah kerangggg kannnnn...salahh market laa kann....eh ker salah peniagaaa ker....eh eh eh.....ker ker.....

Gambar dr Metro: KOTOR...dua peniaga kerang membungkus kerang berhampiran lokasi penyembelihan daging babi di pasar Chow Kit.

Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.

Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.

Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.

Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.

“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.

“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.

Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.

Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging.

**********************************************************************************

KataKauFAISH :
Semua market macam nie ker...Harap Kat Teluk Intan nieee idaklah yerrr...
eeiiyeekk hilang selera haku dah nak makan kerang nie kalo cenggitu gayernyer...korunk dapat banyangkan tak kalo tengok gambar kat atas tu , dah ler sesetengah kerang tu kan macam terbuka macam tue kan pastu kan darah babi lak mengalir kat lantai tu…eeiiiii uwekkkkkkk..

11 comments:

  1. uwekkkk, nak muntah jeq rasa...
    selamat laa dah tak minat makan kerang nie,

    alergik..kang gatal2x

    dorang nie tak reti tul jaga kebersihan

    ReplyDelete
  2. kena berhati2x sekrang untuk cari makanan yang Betul2x bersih n Halal

    ReplyDelete
  3. Salah peniaga yg tak peka...ataupun kerana kurang ilmu?!

    Non muslim ni kebanyakannya cuma tau yg kita takleh makan b@b1 dan binatang yg tak disembelih. Tapi sebenarnya tak semudah itu. Perkara mcm ni takkan terjadi kalau semua org sensitif terhadap budaya dan agama org lain.

    Contoh mcm saya, kalau waktu lunch saya tengah makan daging lembu saya akan sedaya upaya utk cover supaya collegue yg beragama hindu yg tengah makan bersama-sama tak 'terasa'....

    Eh...melalut lak!

    ReplyDelete
  4. aiyarkkkkkkkkkk tak sanggup

    ReplyDelete
  5. ayoyoyoyoyo aku baru je muntah..bila tgk pic tu..terus muntah kali ke2..huwaaaaa

    ReplyDelete
  6. skrg ni takut nak mkn kat luo..pampang HALAL..tp x tau le HALAL setakat mn..tu yg takut..harap2 JAKIM terus buat pemeeriksaan..harap kita2 ni setakat mn lah kan

    ReplyDelete
  7. if beli kerang kt org melayu..x tentu lg kerang tu dtg dr mn..adoiiiiiiii penin2 bab2 gini...harap2 adalah org2 yg perihatin nak buat pemeriksaan lebih rapi..sian umat islam kita ni

    ReplyDelete
  8. ishhh tgk cm ni...rasa cm nk muntahhh plak...tidakkkk..

    ReplyDelete
  9. spatutnya pihak yg bkenaan kena mainkan peranan dlm mende2 cm ni....ngeee

    ReplyDelete
  10. mende mkn...depa x jg kebersihan....haizzz....

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3