Tuesday 7 September 2010

Kereta Sosilawati Dan Peguam Dijumpai.

wohhhoii cungnyer no plat keta nieee kann...

Misteri kehilangan jutawan kosmetik masih tak dapat dirungkai.Malam tadi polis dah jumpa kereta milik Sosilawati dan peguamnyer hasil maklumat dari orang ramai.

Menurut sumber, pengasas empayar produk kecantikan Novelle Visages itu dikatakan keluar dari banglo mewahnya di Taman Harmonis, Gombak di sini pada 30 Ogos lalu untuk meninjau projek terbarunya di Banting dan sepatutnya pulang tiga hari selepas itu.

Bagaimanapun, selepas tiga hari beliau tidak pulang ke rumah dan usaha menghubungi telefon bimbitnya juga gagal, anak-anaknya membuat dua laporan polis memaklumkan kehilangan ibu mereka.

Selain dari pemandunya,Sosilawati juger bersama peguam dan pegawai banknya tak dapat dikesan sehingga malam tadi..

Sosilawati dikatakan memberitahu anak-anaknya yang beliau akan ke Banting selama tiga hari untuk perbincangan perniagaan. Eh Betul ker Sosilawati bawak Cash yang juta-juta bersamanyer...laaaaaaaa naper tak guna cek jerk..naper mesti bawa cash together-together...terasa macam tak selamat pulak ditanahair sendiri...hermmmmmmmmm think-think-think-think..

errrrr family pemandu,pegawai bank ngan peguam diyer tuh takder ker buat laporan polis tentang misteri kehilangan mereka yer....

Bacer petikan dari Utusan Malaysia

Kereta Sosilawati ,peguam ditemui

Harapan anak-anaknyer "Doakan Ibu Saya Selamat - Erni"

Yerlahhh kiter doakan yang terbaik untuk mereka..moga mereka selamat dan takder aper-aper yang berlaku....mungkin derang sesat berjalan.....thats why tertinggal kereta, takpon derang luper derang parking keta kat maner...hahhhh itu la pasal...perpon kiter fikir yang positif..

Kesian anak-anak, mesti tengah bersedih tuh...dah la nak dekat rayer nih...

So kepada sesiapa yang mempunyai maklumat hubungilah balai polis berhampiran atau Rakan Cop melalui talian 03-2115 9999 bagi membantu menyelesaikan kes berkenaan.



5 comments:

  1. kehilangan yang masih misteri...byk teori...4 juta wehhh dia bwk cash....gile banyak tuh...

    ReplyDelete
  2. memang misteri betul ...

    semoga dorang selamat ditemui laa..
    boleh beraya ngan keluarga sama-sama

    ReplyDelete
  3. fuh.....complicated gak kes ilang tauke produk kecantikan neh...

    moga sumer selamat....

    ReplyDelete
  4. Ahli keluarga yg lain mesti ada buat laporan, tapi memandangkan diaorg tak sekaya Dato Sosilawati ni....so tak jadik berita hangat la agaknya!

    Apa2 pun kita doakan ajelah diaorg dijumpai semula...dalam keadaan selamat.

    ReplyDelete
  5. 4 juta..hmm..ko sejuta, ko sejuta, aku 2 juta. die ni kite bunuh.

    eii..ngerinye~

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3