Monday 6 September 2010

Raya Hari Khamis..yeayyyyyy...!!!

iyer ker....???
mhuahuahuahuahuaaa............

menda-menda camni bukanlah ramalan kiterrr...kiter ader orang yang lebih arif menentukan nyer...so serahkan lah pader derang nanti yer...kiter tunggu jerklahhhhh bulan mengambang ker idakk...hikssss...

saborrrrrrrrrrrrrrrrr.......tak basinyer kuih ghayer korunk tuhh.....mhuahuaaa


Petikan dari beritaharian

Jangan terpengaruh raya Khamis: Jamil Khir

KUALA LUMPUR: Umat Islam diminta tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan Aidilfitri disambut pada Khamis, sebaliknya menunggu pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam Rabu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata khabar angin itu disebar oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan semata-mata. "Kita dengar (khabar angin) Raya jatuh pada Khamis...kalau jatuh pada hari Khamis maka tinggal dua hari lagi kita berpuasa dan ini seperti menjadi trend golongan tertentu (peniaga) untuk melariskan jualan mereka. "Kita jangan ikut rentak orang bisnes," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Dana Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman
Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan Aidilfitri tahun ini ditetapkan pada Rabu, manakala Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Jamil Khir turut menasihatkan umat Islam supaya berjimat-cermat dalam membuat persiapan menyambut perayaan Aidilfitri. Pada majlis itu, seramai 70 orang terdiri daripada ibu tunggal dan anak-anak terabai berikutan bekas suami atau bapa gagal atau ingkar mematuhi perintah nakfah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah menerima nafkah pendahuluan berjumlah RM200,000.

Wang itu hanya diberi kepada mereka yang memperoleh perintah Mahkamah Syariah. -BERNAMA



9 comments:

  1. mybe raya jumaat kut....aku sokong jumaat sbb x puas bpuasa plak...then xtvt tpksa di plan len hehehe...apa2pon kita tggu je pegumuman..

    ReplyDelete
  2. waaaa..akak bikin suspen jek...

    biarla raya jumaat...tp..tp..
    ntahlah ek...
    terpulang pd yg arif dlm bidang ni..

    ReplyDelete
  3. better la ry jumaat.. if khmis x sompat la den nk sahur ngan fmili.. cdey!!!

    ReplyDelete
  4. huwaa... jumaat lah ok.. ada skit lagi nak prepare ni.
    hehe

    ReplyDelete
  5. isshhh takmo la khamis...aku redha jumaat raya...alah takat 3 hari lagi pose ape adehal kan...hehe

    ReplyDelete
  6. alaaa... rabu baru balik johor.

    jumaatlah raya ...

    ReplyDelete
  7. Aper Pun Tak Sabr Nak Raya...
    SeLamat Hari Raya Zahir n Batin..
    Raya Mana Tahun nie...?

    ReplyDelete
  8. Rasa Kan.. Tiap Tahun Hari Raya Tak PernAh larik..
    Kalo kat Kalender tulis Hari Jumaat..
    Mak JumAat ler Raya nyer..
    dAYA rASA LAA KAN

    ReplyDelete
  9. kALO raYA Hari Khamis Pun Best Jugak..
    Dapat Balik Kampung Awal...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3