Monday 11 October 2010

Kemalangan Ngeri 10.10.10 – 12 Maut, 40 Cedera di Tol Simpang Ampat

KEMALANGAN maut yang mengorbankan 12 orang di kilometer 223 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Simpang Ampat yang melibatkan dua buah bas, sebuah van dan tiga buah kereta, dekat Alor Gajah, Melaka, 10 Okt. - Utusan/ABDUL RAZAK LATIF

SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.
Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.

Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.

Sehingga pukul 11 malam ini, pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa termasuk penumpang bas dan kenderaan yang dihempap oleh bas itu.

Difahamkan, mangsa yang maut adalah pemandu bas dan penumpang serta penumpang dua buah kereta yang terhimpit dihempap bas tersebut.

Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, Dr. Jaafar Che Mat pada sidang akhbar lewat malam ini memaklumkan, pihaknya menerima 24 orang mangsa yang cedera terdiri daripada lapan lelaki dan 16 wanita, kesemuanya dewasa.

Katanya, seorang daripada mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Menurut beliau, kesemua mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera menerima rawatan di HTJ.

Antara yang dilihat menerima rawatan termasuk seorang pelancong warga Jepun.

Berikutan kemalangan itu, pihak polis telah menutup laluan masuk ke lebuh raya arah selatan di Plaza Tol Pedas, Linggi di Rembau.

Kebanyakan kenderaan yang memasuki lebuh raya dinasihatkan oleh Plus Expressways Berhad (PLUS) untuk menggunakan laluan alternatif.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi malam ini mengesahkan kejadian tersebut dan menurutnya, ketika ini, identiti mangsa yang cedera dan meninggal dunia masih belum diketahui.

Operasi menyelamat masih dijalankan oleh pasukan bomba dan penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta bantuan pihak paramedik dari hospital yang berdekatan.

Dalam pada itu, salah seorang penumpang bas Ekspres Delima yang terselamat, Nur Najlaa Aqilah Mohd. Ghazali, 19, berkata, dia tiba-tiba terasa bas yang dinaikinya berpusing lalu menghempap sebuah kereta selepas melambung ke laluan bertentangan.

“Ketika kejadian, saya sedang tidur. Saya tersedar apabila bas itu berpusing dan menghempap kenderaan di laluan bertentangan. Tidak lama kemudian, bas yang kami naiki dirempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas (membawa ahli PBTM),” kata pelajar Universiti Malaya itu yang kini dirawat di HTJ setelah mengalami kecederaan di tangan dan muka.

Difahamkan, bas JKM membawa peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa PBTM, turut dinaiki Exco Kerajaan Melaka, Datuk Karim Sulaiman. Bagaimanapun, kesemua penumpang bas itu dilaporkan selamat-
utusan



Salah sebuah kereta remuk setelah dihempap oleh bas ekspres dalam nahas ngeri di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan, semalam.



MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (tiga kanan) dan Menteri Pengangkutan, Datuk Kong Cho Ha (dua kanan) menziarahi salah seorang mangsa cedera parah dalam kemalangan maut melibatkan dua buah bas, sebuah van dan tiga kereta di Simpang Ampat, Melaka semalam, di Hospital Tuanku Ja"afar, Seremban, Negeri Sembilan, 11 Okt. - Utusan/MD.SHAHJEHAN MAAMIN

AHLI keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut di kilometer 223 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Simpang Ampat, sayu di bilik mayat Hospital Melaka semasa proses menuntut mayat mangsa, di Melaka, 11 Okt. - Utusan/ABDUL RAZAK LATIF

KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (kanan) menenangkan ahli keluarga Allahyarham Mohd. Farizuddin yang terbunuh dalam nahas ngeri melibatkan dua buah bas, sebuah van dan tiga kereta dekat Simpang Ampat semalam, di bilik mayat, Hospital Melaka, 11 Okt. - Utusan/ABDUL RAZAK LATIF



KatakauFAISH :

Astagfirullahalazim... Ya Allah...ngeri sungguh berita hari ini...naik semua bulu roma biler bacer berita yang menyayat hati nie...Tuhan sedang menguji kita,hikmah aper yang sedang tersembunyi atau bala aper yang sedang menimpa kiter..

Tak dapat nak bayangkan ahli keluarga mangsa yang menerima berita kematian yang mengejutkan macam nie...Haku turut bersimpati diatas aper yang berlaku...kat sini haku sertakan no telefon Hospital yang terbabit kalo-kalo ader sedara-mara pembaca blog haku yang naik bas tuh semalam..sebab difahamkan semua mangsa dihantar ketiga-tiga hospital berkenaan..

HOSPITAL TUANKU JA'AFAR
(HOSPITAL SEREMBAN), Jalan Dr. Muthu, Off Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus, MALAYSIA
Tel : 606-7623333, Fax : 606-7625771

Hospital Tampin, Jalan Haji Ahmad Zainuddin 73009 Tampin Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-4411511 Fax : 06-4419610

Hospital Melaka
Jalan Mufti Haji Khalil, 75400, Melaka,
Tel : 06-2822344, Fax: 06-2841590

Innalillahiwa innailaihi rajiunn…
Al Fatihah...!!
Takziah kepada semua keluarga yang meninggal dunia dalam kemalangan ini...bagi yang cedera moga mendapat rawatan sewajarnyer dan kembali sembuh..



--------------------------------------------------------------------------------

5 comments:

  1. mmg ngeri seh..
    tgk dlm fb kwn, lg la ngeri.. dr jarak dekat die amik..
    huhuhuu.. pepun takzih & AlFatihah tuk sume mangsa nahas..

    ReplyDelete
  2. Tinie :
    hermmmm ngerikan xcident kali nihh..biler tgk berita sedih tgk family2 yg terlibat

    Gieyana:
    Kiter doakan dari jauh,itu yg terbaik

    Ummi Alya:
    tulahhh...haku siap tido smlm termimmpi lagikk itu baru tgk video ngan gambor2 jerk cer tgk live mau pitamm hoo..

    ReplyDelete
  3. terima kasih tuan blog kerana tidak lupa pada kredit jurufoto. harap sikap anda di contohi blogger lain. :D

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3