Friday 21 October 2011

30 minit Ustaz Don Daniyal



Saper pernah tengok rancangan neh?
pernahkann...

kalau tak salah haku rancangan neh baru start oktober *kalau salah betulkan haku yer*
kesinambungan dari rancangan Ihya Ramadan *yer kalau salah betulkan haku*

Bagi haku rancangan neh best dan banyak manfaatnyer sebab isu yang di ketengahkan adalah disekitar kehidupan kiter, tentang amalan seharian kiter juger. Pengetahuan dan pembelajaran yang cuba diterapkan amat amat meninggal kesan di hatey.

firstime ko tengok pasti bertime-time ko nak tengok lagik.Tapi haku kan kenkadang terkilan jugak sebab terlepas rancangan neh. Yerlah siarannyer pukul 10.30 malam.

Time tuh lah si Adeq nyer merengek nak menetek la dengan nak tidonyer. Dah bagi diyer tido sekali ngan haku tertido lah pulak.Sebab diyer jenis nak tido sambil menetek berpeluk kekdahnyer.tup tup dah subuh kau.Perassssssssssssssssssss ya hamat.


pinjam gambar yer ustaz Don. Kredit gambar dari FB 30 minit ustaz don


Bersama ustaz Don Daniyal. Ustaz Don neh sempoi,dan apa yang disampaikan pader penonton memang sampai haku rase.Hujahnyer sangat jelas.Ia lebih memfokuskan kepada dua perkara penting untuk penonton iaitu Bicara Fardu Ain dan al-Quran secara santai.

Yang penting cara penyampaian Ustaz Don Daniyal haku rasa lebih mesra penonton,sangat sangat bersahaja dan tak bergantung kepada skrip pon,sempoiiiii..!!Haku rasa 30 minit berlalu tanpa sedar. Dah la 30 minit jer boleh pulak ader iklan lagik..hangennn betullahh..hishh

Baru-baru neh pada 14hb bulan lepas Ustaz Don ader masuk paper. Boleh klik sini kalau nak bacer Fenomena Ustaz Don Daniyal

Ocay haku tertarik dengan kater-kater ustaz Don yang ini didalam petikan utusan Malaysia tersebut yang ditulis oleh Oleh SITI AINIZA KAMSARI *kredit*

"Saya sedar membaca al-Quran di televisyen (tv) bukanlah kaedah pembelajaran al-Quran yang betul. Kita kena saling bertalaqqi secara fizikal antara guru dan pelajar dalam mempelajari al-Quran.

"Bagaimanapun, sekurang-kurangnya ia antara alternatif yang terbaik untuk kita belajar. Kalau selama ini tv boleh digunakan untuk pelbagai perkara dan matlamat jadi tidak salah kita gunakan saluran ini untuk kita belajar agama dan membaca al-Quran," kata Don Daniyal


Baheklahhhh.haku sangat setuju dengan kater-kater ustaz yang diatas.Kepada kengkawan yang ader kelapangan dimalam hari tuh bolehlah belajar secara santai ngan ustaz Don di TV Al-Hijrah.Boleh ajak anak bini laki adik beradik mak bapak semua tengok dan belajar.Boleh ajak jiran sebelah umah sekali..:)Sedikit bekalan untuk akhirat,kater orang sikit-sikit dahulu lamer-lamer berbukit..ya dak..


Jangan luper kawan-kawan , Saksikan

30minit Ustaz Don Daniyal
setiap isnin hingga rabu,
10.30malam hanya di TV Alhijrah

isnin : Fardhu Ain....
selasa : Hukum Tajwid.....
Rabu: Fardhu Ain (Bab 2)

ulangan : setiap Jumaat hingga sabtu Jam 4:00 petang.



Percayalah rancangan ini amat terkesan dihatey.



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!



~CNN~

5 comments:

  1. Kakak belum pernah berpeluang tengok vh al-hijrah ini CNN

    ReplyDelete
  2. macam best je rancangan nih.. tp sy x dpt lak cari tv hijrah.. nape ntah.. jenuh cari x jupe2.. signal x kuat kot..

    ReplyDelete
  3. alamak...atie tk penah lg tgk rancangan neh..
    best yea...
    akak citer mcm besh...nak try tgk n follow la...

    ReplyDelete
  4. OK NANTI NAK CUBA FOLLOW.. RASA MCM PENAH TGOK TAPI BUKAN HARI2.. SALAM KENAL YE

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3