Monday 10 October 2011

Tips Kecantikkan Mizz Nina


kredit foto BIBO ASWAN (mstar)


Petikan dari mstar oleh Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Beralih kepada tip kecantikan, Nina akui agak menitikberatkan tentang gaya hidup sihat iaitu mengamalkan untuk meminum banyak air suam setiap hari.

Jika tidak, ujar Nina, dia akan menggantikan air suam dengan jus buah-buahan dan sedaya upaya mengelak daripada mengambil minuman berais setiap kali terlibat dengan persembahan nyanyian.

“Saya juga mengamalkan minum teh halia yang bagus untuk vokal. Jika saya pergi ke spa, pekerja spa akan menyediakan air teh hijau atau teh halia yang di campur dengan madu.

“Selain itu, saya gemar melakukan senaman sebanyak dua hingga tiga kali seminggu. Tentang pemakanan, saya suka mengawal diet seimbang dan teratur. Misalnya jika saya makan nasi ayam pada waktu siang, jadi pada waktu malam saya makan banyak sayur-sayuran.

“Kalau boleh elak makan selepas pukul 7 malam agar dapat mengekalkan berat badan ideal. Untuk kulit terutama pada bahagian muka, saya akan melakukan rawatan di pusat kecantikan dan melakukan rutin harian seperti mencuci dan melembapkan muka.

“Biarpun saya jarang mengamalkan petua tradisional, tetapi saya cuba untuk seimbangkan setiap perkara melibatkan kecantikan dan kesihatan agar dapat mencegah daripada sebarang penyakit berbahaya,” jelasnya kepada OopStarz!


kredit mstar





Macammana yer nak tinggalkan minuman berais neh..susahnyer.
korunk macammaner?
suker minum wif ais tak?





Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!



~CNN~

6 comments:

  1. nescafe ais kurang manis my favourite..hehehe...

    ReplyDelete
  2. memang susah..ais dah jadi kewajipan..dok ofis tadah cool water..balik umah baham milo ais plak..hehe..takde masa nak teguk air suam..ekekeke

    ReplyDelete
  3. daku pung agak kurg minum air berais... suke minum air suam sejak2 makan makjun

    ReplyDelete
  4. mcm tak nikmat lak takde ais.. huhu

    ReplyDelete
  5. ais dh macam perkara wajib bila kehausan huhuhu.....

    ReplyDelete
  6. pagi2 lepas breakfast harus air suam....:-)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3