Tuesday, 29 November 2011

Kejutan Zahiril Adzim untuk Shera Aiyob di Majlis Resepsinya

“Zahiril berpura-pura terjumpa kertas dalam tuxedo, ketika itu Shera sedang khusyuk mendengar lagu I will always love you – ungu, yang dinyanyikan abang Zahiril, tiba-tiba Zahiril bangun dan menujukan puisi buat isterinya, yang magisnya ada mic tersembunyi dalam tuxedo beliau”



Puisi Zahiril buat Shera:

"Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku."



kredit Hafizatan.net
LIKE FB Hafizatan



katakauCNN :

oh demmm sangat suwet couple nehh...leleh airmata jugak bacer puisi ZA untuk shera...Itu baru bacer tuh tak dengar lagikk...harus carik jugak video nyer nanti..macammaner pon mesti carik sampai dapat jugak. Mesti..!!

eh En Epai,apsal awak tak bacer puisi untuk sayer time kiter kawen dolu hahhh...jawabbbbb...!!!

sekarang sayer mau puisi untuk sayerrr...buat sekarang jugakk..!!
Takder chan haku nak nanges terharu macam shera neh..cessss..!
siyes jeles ngan sheraa....

btw shera sangat chantek dan ZA sangat segak..like jota-jota..!!



Zahiril dan Shera bersanding di Kelab Shah Alam Selangor, malam Ahad. - kredit Foto BRIAN MOH


Petikan diambil dari mStar.

SHAH ALAM: Pelakon Zahiril Adzim membuat kejutan dengan membaca puisi kepada isteri tersayang, Shera Aiyob di majlis resepsi perkahwinan mereka di Kelab Shah Alam Selangor, di sini, malam Ahad.

Shera yang mendengar bacaan puisi yang diiringi dengan lagu Dirimu Satu nyanyian Ungu lantas menitiskan air mata terharu.

“Saya sangat terkejut dan terlalu gembira sehingga menitiskan air mata,” kata Shera yang anggun memakai gaun rekaan Hatta Dolmat selepas majlis tersebut berakhir.

kredit mStar .

Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

11 comments:

  1. terharu jugak baca puisi tu :) romentik lah ZA . suke suke

    ReplyDelete
  2. ooouuuhh kalaulah kite dpt camtuh...berpuisi2 bagai...syiokknyerrrr..hehe..

    sungguh simple tapi puitis!!!

    ReplyDelete
  3. so sweet kan?mmg touchinglah..mana tak si sheera nanges..lawakan wife dier.baju2 mmg cumil

    ReplyDelete
  4. oh mmg sebak ok time ni
    aku pn feeling2 konon en suami ku yg tgh bacakan puisi tu
    rse nk pitam dgr
    hahaaa

    ReplyDelete
  5. Moga berbahagia dan kekal ikatan hingga akhir hayat....

    ReplyDelete
  6. moga berbahagia..tersentap jugak baca..haha..jujur,ikhlas...penuh makna...

    ReplyDelete
  7. aramak.. besh nyer siap ade puisi utk isteri tersyayang... jiles nye ai... nk gak la soh my incek asben watkan puisi.. hahahaha...

    ReplyDelete
  8. hmm jeles..jeles..jeles..

    hakak,tang taik lalat tu bikin suweeeettt kan!..

    ReplyDelete
  9. perghh..terharu la..
    (bajet laki sendiri tujukan puisi ni) hehhe

    ReplyDelete
  10. pasangan yang comel+soleh+bagusssss...hihi

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3