Monday 12 December 2011

Ombak Rindu Trajedi Murahan..!!

Secara Jujurnya haku belum tengok Filem Ombak Rindu
Secara Jujurnya haku tidak pernah terbaca komen cerita tentang Ombak Rindu yang Tidak best melainkan komen yang best-best belaka..
Secara jujurnya haku hanya membaca review blogger tentang Ombak Rindu adalah yang terbaik..

rata-rata yang dah tengok Ombak Rindu akan menulis begini "Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah" ..pada status di ruang mukabuku...:P

Tapi..

Pada Hari Ahad lepas haku terbaca tentang Ombak Rindu Trajedi Murahan yang ditulis di Paper Utusan pada hari tersebut.

Melihat tajuknyer sajer sudah buat hatey terpanggil untuk terus membaca isi kandung tulisan tersebut.


***************************************************************


Ombak Rindu tragedi murahan

SATU babak filem ombak rindu arahan osman ali.


Bacer Pendahuluan tulisannyer di UtusanOnline .
**Haku just ambek yang penulis bercerita tentang ombak rindu sahajer yer..selainnya boleh bacer tulisannyer diUtusan Online.

Filem Ombak Rindu arahan Osman Ali bermula tragedi Ustazah Izzah dihantar bapa saudaranya Taha kepada Kelvin, pemilik kelab malam sebagai pelayan kelab dan pelacur sebelum dibeli oleh Hariz sebagai perempuan simpanannya. Babak awal memaparkan alam yang indah dan disusuli Ustazah Izzah membaca doa selesai membaca al Quran.

Di kelab malam, Ustazah Izzah dicengkam rahangnya oleh Kelvin dan orang-orangnya lalu dituangkan arak ke dalam mulut Ustazah Izzah. Baju kurung Ustazah Izzah dikoyak oleh Kelvin lalu pengsan. Apabila sedar, Izzah melihat Hariz menanggalkan bajunya dan meratah tubuhnya dengan mata nafsu haiwannya.

Ustazah Izzah bersikap “pasrah” untuk dirogol Hariz. Ustazah Izzah memaut kaki Hariz merayu-rayu meminta agar dirinya dibeli oleh Hariz. Ustazah Izzah diperlakukan sebagai wanita murahan, sehingga meminta Hariz menjadikannya sebagai isteri, namun sanggup dinafikan hak-hak sebagai isteri demi menikmati hubungan seks halal. Mereka menikah di Selatan Siam.

Tragedi identiti dan nilai merujuk pada sifat zahir dan batin diri sebagai watak penjahat yang dipenuhi nilai keji seperti khianat, penipuan, pura-pura, munafik dan penonjolan sifat haiwan. Pernikahan Hariz dan Izzah dirahsiakan daripada ibunya oleh Pak Dollah dan isterinya. Mila sebagai selebriti yang baharu pulang dari luar negeri bercakap rojak dan Datin Suffiah yang berambut warna mengerbang, mendedahkan pangkal dada merupakan watak yang dicengkam tragedi identiti dan nilai yang kronis.

Wafiah, sahabat Hariz tiba-tiba muncul memeluk Hariz kecewa akibat cinta, merupakan watak tragedi nilai dan identiti. Taha juga mewakili watak yang mengalami tragedi identiti dan nilai. Pak Dollah dan isterinya sebagai watak manusia beragama yang pasif sekadar pembantu rumah. Sehingga Pak Dollah muncul tiba-tiba menyatakan Hariz adalah anak kandungnya kepada Datin Suffiah sebagai suatu bentuk tragedi identiti dan nilai.

Kerangka

Berdasarkan hujah tersebut, nyatalah Ombak Rindu dibikin dalam kerangka pengalaman Barat dengan penerapan unsur tragedi secara meluas. Penonton sama ada sedar atau tidak disihir dengan tragedi untuk berasa simpati kepada Ustazah Izzah. Walaupun ada babak Ustazah Izzah membaca al-Quran dalam bilik diintai oleh Hariz semasa Ustazah Izzah masih perempuan simpanan Hariz, namun itu bukanlah bukti kuat menunjukkan Hariz bertaubat. Hariz hanya simpati pada Ustazah Izzah atas tabiat kemanusiaan dan nafsu badaniah sahaja.

Tiada langsung babak memperlihatkan Hariz menunaikan ibadat hatta solat. Agama hanya tempelan sahaja. Kemuncak cerita ini ialah pendedahan tragedi Pak Dollah-Datuk Suffiah, tragedi penceraian Mila-Hariz. Walaupun Hariz dan Ustazah Izzah menaiki kapal layar namun tiada babak menunjukkan Hariz berubah menjadi baik kerana agama, melainkan perubahan kerana simpati dan nafsu badaniah sahaja terhadap Ustazah Izzah.

Hal ini berbeza dengan pengalaman Islam dimana Adam a.s yang sedar lalu memohon ampun dosanya biarpun terlontar ke dunia. Allah menjanjikan kepada Adam a.s dan zuriatnya hidayat dan keselamatan bagi mereka yang ikhlas melaksanakan agama Allah. Merajalelanya watak Datuk Suffiah, ingkar dan kerasnya Mila dan ketiadaan babak Hariz pulang kepada Allah membuktikan filem ini adalah filem tragedi murahan semata-mata.

Manakala citra agama menerusi Ustazah Izzah dalam keadaan terhina, ketidakupayaan dan pasrah dalam lembah kehinaan. Agama pada Ustazah Izzah hanya pada tudung, kenaifan, mengajar dan membaca al-Quran. Agama pada Pak Dollah dan isterinya pada songkok dan pergi haji. Sampai bila kita hendak menyaksikan watak Melayu pincang dan keliru? Bilakah kita boleh berbangga pada filem kita yang mengangkat keunggulan identiti dan nilai jatidiri kita?

Usah tertipu aspek teknikal filem seperti sinematografi, pencahayaan, pengarahan dan lakonan sahaja, namun falsafahnya hancur mengaibkan orang Melayu dan Islam.


***********************************************************************
Kredit untuk Utusan dan penulisnya


Untuk pertama kalinya haku terbaca tentang Ombak Rindu yang diluar kotak terbaiknya yang sebelum ini rata-rata blogger dan penonton Ombak Rindu tidak pernah pertikaikan.

Dan garapan isu yang diketengahkan oleh penulis membuat haku sedikit terfikir akan kebenarannya walaupon hakikatnya haku belum tengok Ombak Rindu. Tapi aper yang penulis cuba sampaikan membuatkan haku terbayang watak-watak yang dipegang didalam filem tersebut.

Memang haku tak boleh komen aper-aper sebab haku memang belum tengok Ombak Rindu.

Dan pagi neh bila haku buka ruang mukabuku haku terlihat komen dari Wardina safiyyah tentang isu terbabit..

Nampaknyer Wardina juger setuju dengan aper yang cuba disampaikan oleh penulis Ali Atan.





" Terima Kasih Ali Atan atas ulasan bernas anda mengenai filem Ombak Rindu yang selama ini dijulang, dipuji..tiada kritikan analitikal mengenainya melainkan tulisan yang mengampu sepenuhnya walaupun banyak yang "salah" mengenai filem ini. Kutipan tinggi? Pada saya itu tidak bermakna filem itu "berjaya". Apa dia takrifan berjaya sebenarnya....??

"Agama pada Ustazah Izzah hanya pada tudung, kenaifan mengajar dan membaca Al-Quran. Agama pada Pak Dollah & isterinya pada songkok dan pergi Haji. Sampai bila kita hendak menyaksikan watak Melayu pincang dan keliru? Bilakah kita boleh berbangga pada filem kita yang mengangkat keunggulan identiti dan nilai jatidiri kita?" Bacalah sendiri.

Again I thank you for this review. Satu lagi filem yang "parah" di pasaran dengan tajuk yang begitu menjengelkan "Datin Ghairah"...rendahnya nilai, moral, martabat diri dan filem kita. Geli! "


- Wardina Safiyyah -


Aperpon haku tetap ader rase nak tengok filem neh..
Mungkin sebab abang Aron Ajis yang berlakon kot..:P


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

4 comments:

  1. sy pun belum tgk & mmg teringin nk tgk.. tunggu cd kuar je la kot.. hehe..

    ReplyDelete
  2. oh chenamnam! AK skip tang ayat2 tentang ideologi barat hape tu sume, penin! n bace part bawah je. mmg ade benarnya di situ.

    watak izzah, digambarkan lemah walaupun dia seorang ustazah yg ajar mengaji budak2. eheh. tp ade satu fakta yg salah, izzah tidak sedarkan diri masa hariz perkosa dia, bukan dia diamkan aje. hehe.

    dr segi pemikiran penulis artikel ni, mmg ade btolnya, AK stuju. cuma term2 semua ni, ponin jgk nak faham. AK rase novelis ni pn xpaham apa yg penulis artikel ni terangkan. heeh.

    oh by da way, AK pn ade wat review yg jujur. keh3.

    http://citrahatialieshakirana.blogspot.com/2011/12/review-ombak-rindu-meh-baca-sebab-saya.html

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3