Monday 9 January 2012

2012 yang awesome setakat ini

Banyak perancangan yang haku susunkan untuk tahun 2012..

azam untuk menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang sudah telah haku perketatkan lagi untuk memberi keyakinan kepada diri sendiri.Dan apa yang haku harapkan agar semuanya barjalan seperti yang haku rancangkan dan segala urusan akan dipermudahakan Tuhan sebab haku percaya hanya dengan izin dari Nya semua yang haku rancangkan akan berjalan dengan sempurna.

Tapi sekiranya apa yang haku rancangkan tidak seperti yang haku rancangkan makanya rancangan perlu ditukar untuk menjadi satu perancangan yang lebih hebat..pasrah dengan izin dariNya.



Tahun nie jugak akan menjadi tahun yang hebat untuk abang dan tahun yang agak mencabar bagi haku dan En Epai...Dunia persekolahan untuk abang sudah bermula. Bermakna haku dan En Epai perlu menyusun masa dengan sebaiknya dan itu semestinya perkara paling sukar untuk kami..:(

dan betapa payahnya melatih anak kecil nie tido awal dan bangun pagi hanya Tuhan yang tahu..Banyak masa dan tenaga diperlukan untuk fasa permulaan neh..Tapi takperlah semuanya akan ocay nanti.

" Perkara yang paling sukar adalah sewaktu memulakannya "



Tapi lain ceritanya bagi Adeq..malam tahun baru dah terbelah bibir dek tersadung kaki sendiri..Tapi ianya tetap satu permulaan yang baik untuk Adeq agar terus bangun biarpun jatuh berkali-kali..Jatuh bukan bererti tewas nak..

Mama tahu Adeq kuat, nurse yang cucuk Adeq setahun setengah hari rabu lepas pun kagum dengan Adeq sebab Adeq cucuk tak nanges..Lepas Adeq kena cucuk Adeq salam kakak Nurse tuh dan cakap " ma acih "..ternganga kakak nurse tuh..first time diyer tengok baby kena cucuk cakap terima kasihh...:)

owhh Adeq memang dah boleh cakap sikit-sikit.Rasanyer Adeq tak pelat sangat sebab banyak words yang diyer cakap penuh dan sangat sweet biler diyer cakap.




Tahun neh ader beberapa perkara yang telah haku nekad untuk lakukan demi anak-anak dan keluarga:Antara perkara penting yang haku gariskan..

1 : Menghabiskan quality time bersama anak-anak dan haku nak menikmati setiap saat sewaktu bersama anak-anak. Kerna hari ini haku rase semakin anak besar mereka semakin jauh dari haku dan haku tidak akan benarkan ianya berlaku..kerna hakikatnya mereka masih belum besar untuk jadi besar..

2: Menjadi pendengar yang baik untuk anak-anak yang mana secara peribadinya haku akui apabila haku sedar dan selalunya selepas sesuatu perkara berlaku bahawa haku tidak mendengar dengan baik apa yang Abang cuba sampaikan pada haku tentang sesuatu yang sedang diyer buat atau akan buat atau telah pun buat.Haku juga benar2 tidak memberi perhatian kepada yang cuba ditunjukkan oleh Adeq dan apa jua permintaan anak-anak haku ambil sambil lewa.Haku lebih leka dengan laptop, tv dan perkara-perkara yang lain.

Hakikatnya selepas tue haku rasa bersalah sangat.Dan haku ingin berubah dari kesalahan yang telah haku buat agar ianya tidak terus berulang lagi.

3 : Once per month haku akan spend time untuk bawa anak jalan-jalan cuti-cuti Malaysia..Jauh atau dekat belakang kira janji lepak ngan anak-anak..MESTI.

4 : Haku mesti masak untuk family sekurang-kurangya 3kali on weekdays.Before neh bukan haku tak masak, masak jugak cuma on weekend ajerlah..So now..weekend kalau tak kemana mesti masak plus sekurang-kurangnya 3 hari on weekdays.MESTI.

Itu ajer yang haku nak kongsikan disini selainnya biar haku simpan sendiri.



Dan dengan izin dari Nya Alhamdulillah salah satu wishlist 2012 telah pun dipenuhi. Haku dah nekad 2012 nak grab satu MPV dan tak sangka pulak awal tahun kami dah boleh naik MPV.Rezki anak-anak dan nampaknyer anak-anak pon hepy dengan cikPutih yang baru neh..

Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah.



Apapun,Syukur kepada Tuhan kerana haku punya lelaki ini.

Yang sememangnya haku perlukan lelaki ini untuk melalui hari-hari yang mendatang, jatuh bangunnyer hari esok akan tetap kami laluinya bersama sebagai satu pasukan.

Together as a team.Always.




" Tuhanku, Andai setiap apa yang haku rancangkan gagal dan kiranya haku berputus asa atas sesuatu yang haku tidak mampu miliki maka Engkau tolonglah ingatkan haku bahawa Cinta dan Kasih Sayang mu sentiasa lebih besar dari kekecewaanku. Dan Setiap apa yang telah Engkau rancangkan untuk hidup ku adalah lebih baik daripada semua impianku... "

Terima kasih Allah...!!


Sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada, kelak nescaya kitalah orang yang paling bahagia.."



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

10 comments:

  1. akak pun nekad yg sama tuk anak2..demi anak2....tanak rasa 'kejauhan' dgn anak...dekat tapi jauh..takmo takmo...

    mpv putih tu jenama mende....akak pun tgh berangan ni...tapi masih book...lepas 15hb kot baru leh dijual

    ReplyDelete
  2. salam petang.sweet nye gambar2 CNN sekeluarga. moga bahagia berkekalan ke akhir hayat.amin.. =)

    ReplyDelete
  3. alhamdullillah akak...
    rezeki tahun baru...
    mpv apakah itu? kepoci sket...
    ngeh2...

    ReplyDelete
  4. kiranya banyak masa bersama anak2lah kan?betultuh kita kena jadi super mum tok dowg..huhu sakit aku nengok bibir si adek..

    aku azampun nak jadi supermak jugak..haha tiru ko.ok what??
    kalau masa banyak spend kat anak2 nnt anak2 gak gembirakan??

    papepun selamat tahun baru 2012..semoga semua hasrat murni kita tercapai hendaknya.ameen

    ReplyDelete
  5. sweet sgt...terharu la plak...

    ReplyDelete
  6. Cnn...2012..tambah sorang lagi ahli baru pun ok..huhu =p

    ReplyDelete
  7. ala...siannya adik...azam ko sama la ngan azam aku tuh...tapi aku x tulis le plaks kat blog hehehe..aku tulis wishlist je hahahaa...weh dah lama x meromen blog ko kan???maklum le aku mmg bz gilos...ni baru sempat nak meromen mesraaaaaa heheheheselamat tahun baru...

    ReplyDelete
  8. suke ayat lassst sekali.. =)

    tahun ni azam MPV tahun lepas diganti dgn azam vanutk bisnes..haha..bley?

    ReplyDelete
  9. kalo dpt tau beg danial gambo otomen..mmg abg danish suka..leh jd geng deme ni hahahaha..kt skul abg danish pun sape2 yg ada beg otomen semua dia sape...muahahaha..boleh deme tu dok sembang rancak psl otomen..kiut sgt

    wahhh dpt MPV baru...tahniah..konpom pasni anak ramai muahahaha

    a'ah betul tu..aku pun la ni dok ngajo danish mcm2...ssh beno la penat sgt2..tp xpe nak terbaek tuk anak kena ajo dr kecik nti dh beso lama2 liat pulak deme tu :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3