Thursday 16 February 2012

3,444 kes RotaVirus di Perak setakat hari ini.


kredit sumber GambarHMetro


IPOH – Sebanyak 188 kes jangkitan Akut Gastroenteritis (AGE) dikesan di dua daerah di Perak, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya meningkat kepada 3,444.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata daripada jumlah itu sebanyak 114 kes baru dikesan di Hilir Perak dan 74 kes di Batang Padang.

“Di Hilir Perak, seramai enam orang dimasukkan ke wad hari ini manakala di daerah Batang Padang seramai tiga orang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini jumlah keseluruhan kes itu di Hilir Perak mencatatkan 2,220 kes manakala di Batang Padang sebanyak 1,224 kes.

Pada 10 Feb lalu, dua bayi masing-masing berusia dua dan 10 bulan meninggal dunia di daerah Hilir Perak dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali “Rotavirus” yang menyebabkan kes AGE.

Sementara itu, Dr Mah berkata, sebanyak 94 sampel najis pesakit diuji kehadiran virus dan ia menunjukkan 59 daripada sampel yang diuji itu di dapati mengandungi virus jenis Rotavirus manakala 10 tidak mengandungi virus dan 25 lagi sampel masih diuji.

“Setakat ini sembilan sampel air yang diuji mikroskop elektron dan ia menunjukkan semuanya negatif manakala 14 masih dalam proses. Sebanyak 1,000 sampel liter perlu tertumpu kepada 50 ml pertama sebelum pemprosesan makmal dan ujian lanjut,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya mengurangkan pemakanan mentah ulam-ulaman, memasak air sebelum minum serta mengamalkan membasuh tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan. – BERNAMA

sumber


kredit picture dari FB


Ini artikel yang haku jumpa semasa haku search pasal sakit nie... ibu bapa sekalian.. sila ambik tahu... penyakit nie memang bahaya untuk si kecil anda..

*********************************

Apa itu Rotavirus

Rotavirus merupakan penyebab utama cirit-birit teruk sehingga menyebabkan tubuh menjadi kontang (dehidrasi/tidak cukup air dalam tubuh badan) di kalangan bayi. Ia bertanggungjawab kepada hampir sebahagian besar kes cirit-birit teruk yang memerlukan pesakit dimasukkan ke hospital.

Adalah dianggarkan, hampir semua kanak-kanak di serata dunia akan mengalami episod gastroenteritis rotavirus. Seorang daripada lima kanak-kanak akan membuat lawatan ke pakar perubatan manakala seorang daripada 65 kanak-kanak akan dimasukkan ke hospital dan seorang daripada 293 pesakit akan mati.

Setiap tahun, secara global, dianggarkan penyakit tersebut menyebabkan 111 juta kejadian cirit-birit akut yang memerlukan penjagaan di rumah, 25 juta lawatan ke klinik, 2 juta bayi dan kanak-kanak dimasukkan ke hospital, dan 440,000 kematian


FAKTA: Rotavirus


* Ditemui kali pertama di Australia pada 1973.

* Boleh tersebar menerusi air.

* Ia boleh hidup di atas tangan manusia dan mampu bertahan selama beberapa hari atas permukaan keras.

* Rotavirus juga boleh kekal stabil dalam najis manusia sehingga seminggu.

* tiada rawatan khusus yang boleh merawat rotavirus kerana ia adalah sejenis virus.



Gejala-gejala
Rotavirus

Lumrahnya, gastroenteritis menyebabkan muntah dan cirit-birit. Untuk menentukan punca-puncanya, pakar perubatan mesti menanyakan sama ada kanak-kanak itu terdedah kepada salah satu punca jangkitan (makanan, minuman atau haiwan), tempoh dan jenis tanda-tandanya, kekerapan muntah atau episod cirit-birit, dan usia kanak-kanak.

Tanda-tanda jangkitan rotavirus

demam,sakit perut, muntah dan cirit-birit berair. Cirit-birit boleh menjadi ringan, sederhana atau serius dan boleh berlanjutan sehingga sembilan hari. Cirit-birit yang teruk boleh menyebabkan dehidrasi.

Penularan Rotavirus

Bentuk utama jangkitan ialah dari najis ke mulut. Disebabkan oleh keadaan virus ini yang stabil dalam persekitaran, jangkitan boleh berlaku selepas minum air atau makan makanan tercemar dan melalui sentuhan dengan permukaan yang telah dijangkiti.

Seperti penyakit-penyakit mudah berjangkit lain, Rotavirus disebarkan daripada seorang ke seorang lain (daripada individu yang dijangkiti ke individu sihat) atau melalui pengambilan air atau makanan tercemar, atau bersentuhan dengan permukaan yang aktif dengan virus tersebut (seperti lampin, mainan, atau bantal).

Malangnya, membasuh tangan dengan betul sahaja ada kalanya tidak mampu mencegah jangkitan rotavirus kerana ia kebal terhadap kebanyakan jenis sabun dan langkah-langkah menjaga kebersihan.

Jangkitan masih boleh berlaku walaupun pada kawasan-kawasan yang mempunyai tahap kebersihan yang sepatutnya. Ini mencadangkan bahawa perbezaan dalam persekitaran (air, kebersihan dan sanitasi) tidak mempengaruhi insidennya.

Umur yang berisiko tinggi

Hampir semua kanak-kanak dijangkiti oleh gastroenteritis rotavirus dalam tempoh awal kehidupan mereka, peringkat di mana mereka mudah diserang penyakit tersebut.

* Menjangkiti 95 peratus kanak-kanak yang berumur kurang lima tahun

* Biasa menjangkiti kanak-kanak berumur antara empat dan 36 bulan. Kumpulan ini mudah terdedah dan berisiko tinggi mendapat jangkitan teruk sehingga perlu dimasukkan ke hospital

* Melibatkan semua kanak-kanak dari sebarang etnik, budaya dan sosioekonomi.

* Ia merupakan punca kematian kira-kira 440,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun di seluruh dunia.

Komplikasi

Rotavirus boleh berubah menjadi komplikasi yang teruk dalam masa yang singkat memandangkan jangkitan virus ini yang boleh menyebabkan kehilangan bendalir badan yang banyak.

Jika jangkitan rotavirus tidak ditangani segera, ia boleh mendatangkan akibat yang serius seperti penyahhidratan yang boleh menyebabkan hipovolemia (suatu gangguan yang memperlihatkan jumlah darah yang beredar makin berkurangan), kegagalan peredaran darah malah, kematian.

Kanak-kanak lebih berisiko mendapat komplikasi serius dan kematian akibat jangkitan rotavirus berbanding orang dewasa.

Apabila digabungkan muntah yang kerap, cirit-birit yang berpanjangan boleh menyebabkan penyahhidratan serius dan membahayakan.

Kanak-kanak yang tidak mendapat terapi penghidratan mulut ataupun intravena bagi kes-kes yang lebih serius, mahupun jagaan hospital, boleh mati kerananya.

Apakah yang patut dilakukan dalam tempoh jangkitan?

* Berhati-hati dengan tanda-tanda awal penyahhidratan iaitu hilang selera makan, mulut kering dan kerengsaan

* Kerap membekalkan cecair kepada kanak-kanak yang dijangkiti untuk menggantikan kehilangan bendalir dalam badan ekoran muntah dan cirit-birit.

Apabila kanak-kanak dijangkiti rotavirus dan berada dalam peringkat serius, menjadi satu perkara biasa jika pesakit muntah dan cirit-birit sebanyak 20 kali sehari.

Sehubungan itu, adalah perlu untuk memasukkan kanak-kanak terbabit ke hospital bagi dibekalkan cecair secara intravena (suntikan dalam pembuluh darah).

Kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus biasanya mendapat rawatan sokongan bagi mengawal gejala-gejala dan komplikasi penyakit itu. Penyahhidratan selalunya dikawal melalui terapi rehidrasi/penghidratan semula melalui mulut.

Bila perlu berjumpa doktor

* Jika kanak-kanak gagal mengekalkan kandungan cecair bagi tempoh lebih 24 jam

* Jika kanak-kanak terbabit ternyahhidrat

* Jika muntah-muntah lebih daripada tiga jam

* Kanak-kanak yang dijangkiti itu mestilah tidak diberikan sebarang ubat-ubatan untuk menghentikan cirit-biritnya kecuali yang diarahkan oleh pakar perubatan.

Langkah mengelakkan Rotavirus

* Sentiasa basuh tangan sebelum menyentuh makanan

* Masak air sehingga mendidih terlebih dulu sebelum diminum

* Elakkan berkongsi makanan dengan pesakit Rotavirus.

* Orang ramai disaran supaya memasak air walaupun menggunakan penapis air kerana Rotavirus boleh melepasi tapisan sedia ada.

TIPS : Cara untuk melihat sama ada anak anda kehilangan banyak air di dalam badan adalah dengan mencubit sedikit kulit di bahagian abdomen dan jika dilepaskan cubitan, bahagian kulit tidak kelihatan lembik atau jatuh.


CNN : Semoga Anak-anak kiter semua dilindungi dari virus neh.

Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!
~CNN~

12 comments:

  1. menakutkan!..
    minta share yer info nih. nnti elin link pada kamu.

    ReplyDelete
  2. risonya kan.. tambah2 kite yg ader anak kecik nih..

    ReplyDelete
  3. tadi ada jugak dengar lam radio tu bagitau...bahaya sungguh ni.. risau jugak tuh..mintak mintak dijauhkan penyakit ni dari anak2...

    ReplyDelete
  4. makin meningkat ke beb..ritu tgk news kata menurun huhuhu
    skrg ni mcm2 penyakit kan
    kdg2 anak kita sakit igtkan dmm biasa je kan...so kalo dah mcm tu haruslah g check kt klinik kan mn lah tau..kalo dibiorkan lain plak jdnya...

    smoga kita dijauhkan gejala2 yg merbahaya ni amin

    ReplyDelete
  5. risaunyaaa.. harap lepas ni kerajaan bgi vaksin rotavirus percuma kepada rakyat. berdasarkan pembacaan syl. rotavirus ada dari sumber 2 binatang iaitu babi dan kuda. amik la yg kuda. kan?

    ReplyDelete
  6. aduhai boleh jd haru biru dgn kesniekn kak..

    ReplyDelete
  7. Elin :
    yer silakan and TQ utk kredit link..:)

    ReplyDelete
  8. aku pun ngeri psl virus ni now.. kato dh smp ke selangor, emm entah .. kene le hati2 now..

    ReplyDelete
  9. thanks for sharing...

    memang walaupun kat rumah pasang penapis air. tapi tetap air itu dimasak...

    ReplyDelete
  10. aduhai kak..
    makin merebak ke?
    mintak2 dijauhkan dari dhamirah n abgnyer ye...

    ReplyDelete
  11. salam...sila lah singgah tgk baju2 kat link nie ye..

    http://norliza989.blogspot.com/2012/02/pre-order-2pcs-for-girl-carters-eta-end.html

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3