Friday 24 February 2012

Berakhir sudah satu penderitaan.

Semalam ku kira bumi Malaysia basah dengan airmata kesedihan kerna perginya seorang anak kecil yang menyentuh hatey sesiapa sajer yang mengikuti kisahnyer.

Haku adalah salah seorang darinya. Sememangnya haku mengikuti kisah adik Faris dari mula Encik Mazidul posting tentang sakit adik Faris sehinggalah ke hari ini. Setiap hari dan setiap kali haku bacer entry kisah adik Faris airmata tak putus membasahi pipi.

Begitulah seadanya hatey seorang yang kukira semua ibu merasainya..Pedih dan terseksa melihat anak kecil itu dikeliling wayar yang bukan sedikit.Dan Setiap kali itu jugalah kuhantarkan doa untuk adik Faris dari jauh agar kembali sihat seperti dulu..

Tapi semalam haku terpaku pada sekujur tubuh Adik Faris yang diselimut putih.Lama.

Banyak perkara yang bermain difikiran haku dan lebih banyak haku berfikir lebih banyak menginsafkan haku, banyak perkara juga yang membuka mata hatey haku..

Alhamdulillah, sekurangnya tiada lagi penderitaan untuknya.



kredit gambar dari FB En Syam


Ini adalah gambar terbaru oleh En syam atau lebih dikenali dengan panggilan abah iaitu ayah kepada Allahyarham Adik Faris.

Dan Hari ini Demi Allah hatey haku lebih tenang melihat pusara kaku ini dari melihat diri kecilnya dikelilingi wayar seluruh badan yang amat menyesakkan.Sungguh,penderitaannyer 23 hari yang lepas amat menyakitkan hatey haku.

Dan haku amat yakin adik Faris juga amat tenang disana tanpa perlu melalui penderitaan hidup yang amat dan sangat menyakitkan ini. Bertuah kedua ibubapanya kerna anaknya nanti pasti menyambut mereka dipintu syurga bersama senyum dan tawa,riang dan gembira.

Terima kasih Ya Allah kerana mengurangkan penderitaan adik Faris,kau tempatkanlah Faris di sisimu ya Allah...dan Engkau tabahkanlah hati kedua ibu dan bapanya untuk menghadapi dugaan sehebat ini.Berat mater memandang berat lagi bahu yang memikul..

Tapi Allah itu maha Adil kerna DIA sudah pun memberi cahaya baru untuk keluarga En Sham sebagai pengubat rindu dihatey.Saya tumpang gembira dengan berita kelahiran yang akan datang.Allah maha besar...semoga kebahagiaan dan keberkatan menjadi milik kalian sekeluarga..


"..kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari,kemudian Dia datangkan pula guruh dan hujan, puas kita mencari mana matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.."



Dan ini Pesanan dari En Sham yang ku ambil dari perkongsian di ruang muka buku yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.

4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.

Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak...Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu. ~


Anak Anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Diamanahkan kepada kita (ibu dan ayah) untuk membimbing,mendidik dan membesarkannya menjadi insan soleh/solehah dibumi Allah ini.Bersamalah kiter menjaga amanah Allah ini sebaiknya..



kredit youtube and Uploaded perantaubaru .
Al-Fatihah untuk Allahyarham ustaz ASRI RABBANI.



A-Fatihah untuk Allahyarham Adik Faris Nur Daniel.
Bersemadilah dengan tenang wahai anak.





"Kadang-kadang kiter merancang hidup dengan sempurnanya tapi hakikatnya Allah sudah pun merancang aturan hidup kiter agar menjadi lebih indah dari apa yang kiter rancangkan...DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kiter...Allahhuakbar"




Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!
~CNN~

5 comments:

  1. Anak-anak adalah anugerah Allah,

    kitalah di pertanggungjawab,utk mencorakkanya walau siapa dan bagaimana dia..

    Allah lebih menyayanginya.

    al-Fatihah

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah...:-(



    *sedih baca...:-(

    ReplyDelete
  3. baca kisah adikni teringat kat anak sendiri sebenarnyer.. usia mereka sama..

    ReplyDelete
  4. yg dicatat untuk renungan bersamatu penting n harus nurul take note n trus ke dlm otak..al fatihah

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3