Saturday 9 March 2013

JANGAN LUPA warga KL dan yang sewaktu dengannya

السلام عليكم

Hari nie seperti yang telah haku war-warkan berlangsungnya Jualan Amal membina kasih @ Baitul Ehsan

Jemput ramai-ramai untuk hadir ke Jualan Amal nie yer. Bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 6 petang di Rumah Anak-Anak Yatim Baitul Ehsan Al-Khairi , Taman Maluri Kuala Lumpur.

Jualan Amal nie adalah untuk mengumpulkan Dana bagi pembinaan rumah anak-anak yatim Baitul Ehsan. Jadi jangan lepaskan peluang nie..kalau korunk berada dikawasan yang berdekatan masih ada banyak masa untuk datang.


Macam-macam ada kat sana..
Apa pun yang kita beli kita niatkan untuk membantu anak-anak yatim kat sana yer.
Yang penting ikhlas kan hati tue kerana Allah.
Ingat.
IKHLAS..

betapa nikmatnya hidup nie menjadi manusia yang ikhlas hatinya..
percayalah.



Masa-masa mula-mula kakak Liza Masrina add haku dalam group nie terus haku cakap dengan En Epai haku nak jadi volunteer pada hari nie.tapi itu cuma perancangan di peringkat awalnya kerana hakikatnya hari nie haku di ofis. Menyiapkan proposal seperti yang diarahkan.

Kusut.
sebab fikiranku hatiku jiwaku dan segalanya tentang haku sedang berada di Baitul Ehsan Al-Khairi saat ini. Teringin sekali haku untuk bersama-sama dengan mereka menjayakan program membina kasih nie.Tapi itulahh..kita rancang tapi perancangan Allah lebih baik dari yang kita rancangkan..

Aperpon haku hantar doa agar semuanya sukses..
Program berjalan seperti yang dirancang
Dan akan dapat kutipan dana yang banyak
Anak-anak disana pasti gembira.

Allahuma yassir walaa tu assir...


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3