Friday 10 May 2013

Leteran hari Jumaat.

السلام عليكم

Salam Jumaat penghulu segala hari..

Hari nie dah seminggu kot berlalu hari mengundi buat seluruh warga negara Malaysia.
Tapi sampai hari nie bahangnya masih terasa..
hakak nak buka fb pun takut der...
takutttt TERtambah lagi dosa kering hakak
dek kerna TERbaca status yang kebanyakkannya diluar minda sedar bagi yang bernama manusia...
kotak komen dah jadi medan perang caci mencaci sesama sendiri
Status up tak agak-agak..
berani mati habessss...

Undi adalah sebagai satu pelunasan tanggungjawab kita kepada negara dan bukannya sebagai garis pemisah silatturrahim antara kita sesama manusia..
Jangan disebabkan berlainan fahaman kita bermusuh..
so rileks laahh der..
tak payah lah nak kalut sangat ok..
tak letih ker cari masalah itu dan ini..

Ingat Allah.
Ingat Dosa.
Dosa dengan Allah pon jenuh kita nak dapat pengampunan ini kan pula dosa sesama manusia...lagi jenuh kot...nak cari manusia yang ko dah aibkan fitnahkan nak minta ampun..


Bebawak ler mengucap,
ingat Allah.
Sudahlah cukup-cukup la tue..

PR ker BN ker UMNO ker PAS ker semuanya dah nampak perangai masing-masing...
sampai bila nak jadi pahlawan papan kekunci...
pung prang pung prang menambah dosa...
pergilah ambik wudu' dan berdoalah...
doa yang baik-baik untuk umat sejagat,umat Nabi Muhammad..

Ustaz Pahrol pun ade cakap
Jika benar mereka menipu...
Jika benar kita telah tertipu...
Maka muhasabahlah tentang kesabaran dan ketaqwaan kita!

Firman Allah:"“Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudharatan kepada kamu.” (Ali Imran: 120)"


And yes hakak bukannya ustazah dan bukan pula orang yang bijak pandai untuk berkata-kata tapi cukup-cukuplah semua nie, hakak dah penat tengok...penat tengok korunk memaki hamun tak tentu hala..

tak kesian ker kat budak-budak sekolah darjah satu darjah dua yang tetiba jerk nak berkawan dengan orang sama parti dengan makpak dia jer....
heyyyyy what the?
apa dah jadi..???
kesiann hokeyy...!!!!

kesian pada mereka yang tak faham apa-apa tapi terpaksa mengikut kefahaman makpak yang terlalu taksub.
Taksub dengan politik.
Memanglaa tak salah tapi menjengkelkan..sangatttt...!!!!

cubalahh belajar kawal diri dari jadi agen penyebar yang lebih banyak mendatangkan mudarat daripada manfaat...Ingatlah sebaik-baik manusia adalah yang banyak memberi manfaat dan bukannya mudarat.

kot yer pon kalau benda tue betul itu namanya membuka aib.
Dan kalau benda tak betul itu namanya fitnah.
Ingatlah DosaPahala, bukan jiran sebelah rumah tapi jiran diri kita jerk..
setiap apa yang kita buat tertulis Dosa Pahala nya.

Minta maaf pada yang terasa..
Hakak tak berniat untuk menyinggung sesiapa..
sekadar meluah rasa hati..
Minta Maaf sekali lagi..

Lepas maghrib kang dah 1 rejab eloklah kita muhasabah diri,banyakkan istighfar dan mohon keampunan dariNya..Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar..Yang buruk kita buang dan baik kita perkemaskan. Moga kita semua sentiasa didalam Rahmat Allah SWT.

Jom kiter sama-sama perbanyakan amalan sunat dan beristighfar..!!
Mudahan kiter menjadi hamba Nya yang lebih baik dan sentiasa berusaha untuk menuju JannahNya.Semoga Allah SWT ampunkan dosa-dosa kiter semua dan berikan kiter hidayahNya..
Insyaa-Allah

Ini kalilah.. Lain kalilah. Jauhkanlah.




Ya rabbi, Jauhkanlah haku dari semua perkara yang lagha..jauhkanlah..


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

5 comments:

  1. ni betul2 meleter nih, yelah kak... dana pun setuju kadang penat gk melayan, kite tak nk lyn tp kalu terbaca tuh kadang rasa tak enak jugak, yg sini kata yg sana, yg sana kata yg sini...sebenar2nyer mana2 parti pun sama2 ada baik buruk ada lebih kurangnyer kan... cumenyer bile yg ada terlalu taksub itu yg jd serabut tuh

    ReplyDelete
  2. aah btl tu aku pun dah naik menyamfah tgk status semua lam fb..xabis2 wat the fish kan...xpuas hati pi dok negara goheadgostan sn xde sape2 yg fedulik

    sm2 kita muhasabah diri ea

    ReplyDelete
  3. Eeee... Setuju sgt!

    klu akak jd yb mmg saya undi! ;)

    ReplyDelete
  4. akak pun dh rasa tak best bukak fb ni..
    asek2 perang politik..dari pra pru sampai ke pasca...ramai sgt penganalisis..

    Mmg...akak takmo tak pasal2 dpt dosa tertengok apa2 yg tak betul dorang share...yg dorang up dlm status..
    Dosa sendiri pun tak tertanggung...adoii..

    ReplyDelete
  5. nice.. suka baca leteran akak nih.. menusuk kalbu..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3