Wednesday 15 May 2013

Nama Saya BUKAN NASIR

السلام عليكم


  
Kredit youtube and uploaded by THEVIDEOGRAPHERZ

Thumbs up to those who made this video.Terbaeklahh...:)
Alhamdulillah, kali ni percubaan kami laki bini boikot McD agak berjaya jugak berbanding dulu. Sejak kempen boikot dilaksanakan tahun lepas tue, kami dah tak jejak kaki ke McD dah...Moga kami terus istigamah dalam isu boikot McD nie..Insyaa-Allah.

Dan ini petikan yang cnn ambik dari belog Ustaz Love .Udah ade kat depan mata nie, silalah BACA dan JANGAN MALAS untuk dapat ilmu yer kesayangan..!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Salam ustaz…
 
nak tanya psl isu boikot McD….masa tgh hangat psl boikot tu..saya memang boikotlah..then lemah iman rasa nak mkn burger mcD..so saya pegi McD lah..memang rasanya nmpk dh kurang customer McD berbanding dulu..then nmpk ramai kwn2 FB ckp diaorg tak boikot McD pun sbb bila pegi mkn kat McD niat nak byr gaji pekerja (muslim staff)…then adik2 saya dpt tahu saya pegi McD diaorg sgt marah..katanya memang wajib boikot sbb MCD terang-terangan support israel berbanding brand product israel yg lain..so now sy dh rasa bersalah and rasa berdosa kalau saya pegi beli apa2 lg kat McD..adik2 saya kata, Tuhan tgk apa usaha kita tak kisahlah kecik besar pun and kita tak perlulah ikut org lain…apa pandangan ustaz yer ~ mama zharfan.

Isu boikot ini bagi Ustaz Love, lebih kepada isu tanggungjawab sosial berbanding isu agama. Disebabkan boikot ini dilakukan terhadap syarikat yang menyumbang kepada dana keganasan zionis, maka ia tidak melibatkan isu halal haram sesuatu produk, halal haram sesuatu pekerjaan mahupun halal haram sesuatu bangsa.

Suatu masa dulu, Ustaz Love juga termasuk dalam golongan yang memperlekehkan usaha boikot secara bermusim ni. Di kala orang sedang sibuk memboikot, Ustaz Love dengan selamba je makan kat McD, minum Coke dsb, dengan anggapan bahawa produk makanan itu halal dan mendapat pengiktirafan halal JAKIM. Jadi, kenapa Ustaz Love nak haramkan benda yang jelas halal? Ustaz Love tak nak termasuk dalam golongan yang menghalalkan benda yang haram atau mengharamkan benda yang halal seperti Bani Israel yang disebut dalam al-Quran.

Itu adalah pandangan Ustaz Love suatu ketika dulu. Mungkin ketika itu maklumat yang nak disampaikan agak terbatas, dan fokus boikot ketika itu juga agak bermusim (iaitu hanya berlangsung ketika serangan zionis ke atas umat Islam Palestin). Mungkin juga disebabkan kajian ketika itu tidak menyeluruh.

Namun, dengan bantuan media internet seperti facebook, youtube, twitter, blog dsb, maklumat serta info berkaitan dapat disampaikan dengan lebih pantas dan tepat. Aqsa Sharif sebagai sebuah NGO yang memperjuangkan isu Palestin juga telah memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat berkaitan kempen boikot ini. Penerangan demi penerangan yang diberikan, akhirnya membuka hati ramai rakyat Malaysia termasuk Ustaz Love, untuk memboikot syarikat yang ada kaitan dengan aktiviti keganasan seperti McDonalds Corp.

Isu boikot ini bukan isu umat Islam semata2. Jika penganut Hindu melihat sejumlah besar kucing ditembak, diseksa, dibakar dan segala bentuk kekejaman yang lain, nescaya mereka juga akan berasa sedih dan marah dengan perbuatan tersebut. Apatah lagi jika manusia diperlakukan sebegitu rupa.. wanita2 dirogol di hadapan kaum keluarga, anak2 kecil dibunuh dengan kejam, lelaki2 ditahan tanpa perbicaraan, keluarga dihalau dan rumah2 mereka dirobohkan.. sudah tentulah sebagai manusia yang mempunyai belas dan ihsan, tak kira apa bangsa mahupun agama, akan marah dan sedih dengan kekejaman tersebut.

Seorang wanita Kristian dari Amerika (Rachel Corrie), sanggup mati dilanggar jentolak yang ingin memusnahkan kediaman penduduk Palestin, walaupun beliau tiada kaitan dengan negara Palestin, juga tiada kaitan hubungan darah dengan warga Palestin, bukan juga ada kaitan dengan persaudaraan agama dengan rakyat Palestin. Jika beliau sanggup menggadaikan nyawanya untuk satu perjuangan (yg mungkin tidak mengubah apa2 pun pada pandangan kita), apalah susahnya kita nak menyertai kempen boikot ini. Kita tak menggadaikan nyawa pun dengan meninggalkan makan makanan segera seperti itu.

Jadi, kesanggupan kita untuk menyertai kempen boikot ini sebenarnya tiada kaitan dengan persoalan iman. Tidaklah mereka yang memboikot itu lebih beriman daripada yang tidak memboikot.. dan begitu juga sebaliknya. Ia lebih kepada persoalan rasa tanggungjawab dan usaha kita dalam menghentikan aktiviti keganasan atau apa2 juga yang menyumbang ke arahnya.

Kita ambil contoh isu serangan di Lahad Datu. Apabila pengganas Sulu yang pada mulanya disangkakan sebagai ‘tidak berbahaya’ telah melancarkan serangan terhadap pasukan keselamatan dan mengakibatkan beberapa korban di pihak pasukan keselamatan, kita bersatu padu menyatakan sokongan terhadap pasukan keselamatan dan melupakan seketika perbezaan agama. Bahkan ada yang mengadakan majlis2 dan upacara doa mengikut amalan agama sendiri. Kita tak pedulikan pengganas itu beragama Islam ke, dari rumpun Melayu ke.. yang penting kita rasa bertanggungjawab untuk menjaga kedaulatan negara kita sekalipun cuma sekadar mengirimkan doa dan menyatakan sokongan di laman2 sosial.

Begitulah juga isu boikot ini. Walaupun Palestin itu bukan negara kita, tiada hubungan keluarga dengan kita, bukan sebangsa dengan kita, cuma ada kaitan agama dengan kita, maka kita menyokong perjuangan rakyat Palestin atas dasar agama dan juga atas dasar sosial. Jika pemimpin Melayu di negara kita menindas penduduk berbangsa Cina dan India, kita sebagai Melayu Islam juga kena bangkit untuk menghalang kezaliman itu daripada berterusan. Jika orang Melayu Islam di negara ini ditindas oleh pemimpin India, seluruh bangsa Malaysia tak kira Cina, Melayu, India, Kadazan, Bangla, Pakistan jual karpet, Myanmar dsb kena bangkit mempertahankan orang yang teraniaya.

Setiap orang punya pandangan dan alasan tersendiri. Hakikatnya, tiada istilah niat nak bayar gaji pekerja dalam bab muamalat. Begitu juga tiada istilah nak bantu Melayu atau nak jatuhkan bangsa lain supaya Melayu naik. Itu bukan termasuk dalam ajaran agama.  Akibat silap faham dalam perkara ini, ramai yang membiarkan diri dizalimi dan menzalimi dalam perniagaan.

Orang Melayu berniaga barang yang dah rosak, tapi pembeli ‘terpaksa’ beli sebab dah niat nak bantu ekonomi orang Melayu. Sebenarnya, itu kaedah nak menjatuhkan orang Melayu. Bila orang Melayu menjual barang yang dah rosak, keberkatan dalam perniagaannya akan ditarik kerana tidak menepati kaedah syarak. Bila berniaga dah tak berkat, berapa lama boleh bertahan? Jika kita boikot kedai yang jual barang rosak, atau perkhidmatan tak bagus (tak kira la kedai melayu ke, kedai cina ke, kedai india ke), mereka akan terpaksa memperbaiki kualiti perniagaan mereka untuk terus bersaing dan akan melihat kehendak pelanggan itu sebagai suatu perkara yg sangat penting untuk diambil berat. Jika kita biarkan mereka terus berniaga ikut cara mereka, suatu hari nanti pelanggan mereka akan lari dan perniagaan mereka akan rugi dan terpaksa ditutup.

McDonalds bukanlah sepenuhnya milik Melayu Islam, dan bukan juga milik penuh rakyat Malaysia. Ia sebuah perniagaan francais yang tertakluk dengan syarat yang ditetapkan oleh francaisor. Dan ada sumbangan yang perlu diberikan oleh McD Malaysia kepada francaisor iaitu McD Corp.. hasil kutipan francais2 di seluruh dunia, memberikan keuntungan kepada McD Corp dan daripada keuntungan itulah, sebahagiannya disumbangkan kepada tabung aktiviti keganasan zionis.

Bukan semua Yahudi itu zionis (pengganas) dan bukan semua syarikat Yahudi ada menyumbang kepada aktiviti keganasan. Walaupun Starbucks juga didapati memberikan sumbangan kepada zionis, kesannya tidak menyeluruh kerana hanya golongan tertentu saja yang sanggup menikmati kopi pada harga RM10 secawan. Sebaliknya, McD adalah makanan segera, yang bukan saja membahayakan kesihatan jika diambil secara kerap, bahkan dinikmati oleh semua golongan tak kira kecik besar, tua muda, lelaki pempuan, kaya miskin dsb. Apabila kempen boikot dilakukan terhadap McD, maka ia memberi lebih impak kepada kesedaran masyarakat.

Pada kesempatan ini juga, Ustaz Love nak ulas sikit pasal video En. Nasir tu. Tiada masalah beliau nak terus bekerja di McD, nak solat di surau McD, nak makan makanan McD pagi petang siang malam sekalipun, sebab produk tu adalah produk halal. Even makcik cleaner yang kerja cuci tandas pun disediakan bilik rehat untuk makan dan solat. Itu bukan pokok persoalannya. Yang menjadi isu adalah berkenaan sumbangan McD terhadap aktiviti keganasan zionis. Itu saja. Kita boikot produk McD bukan sebab ia haram, sebaliknya atas rasa tanggungjawab untuk cuba membantu rakyat Palestin sekalipun sekadar menahan nafsu untuk ke McD.

Kredit to  Ustaz Love dan terima kasih atas penjelasan..

Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

2 comments:

  1. fuhh...panjang lebar membacanya.
    harap2 leh faham dalam2....

    ReplyDelete
  2. Tulah xslh memboikot atas sb yg ustaz tuh kata.nurulpun masih x ke mcd slps isu palastine tu.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3