Friday, 5 December 2014

Kempen Derma RM10 seorang - Adik Muhammad Adam

السلام عليكم




Jom sumbang RM10 seorang bagi membantu Adik Muhammad Adam yang menghidapi Penyakit Hydrocephalus (Penyakit Kepala Besar).

Adik Muhammad Adam ini tinggal di Blok 8,Taman Semarak 2, Nilai. Buat masa ini Adik Muhammad Adam menjalani pembedahan yang pertama di Hospital Kuala Lumpur dan akan menjalani 2 lagi pembedahan susulan. 

Kos pembedahan pertama sebanyak rm3000. Atas faktor kekurangan wang, En Shahrul (Bapa Muhammad Adam) terpaksa meminjam wang dari kenalan. 

En Shahrul bekerja di Domino Pizza Nilai berpendapatan rm900/bulan, manakala isterinya suri rumah untuk menjaga Adam.

Setiap minggu akan mendapat rawatan susulan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.
Untuk pengetahuan semua Adik Muhammad Adam ini juga mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak rm300.

Semoga usaha kecil kita bantu mereka sekeluarga akan diganjari oleh Allah

Segala sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB : 14380062873523 (Shahrul Nizam Samad). Telefon 017-2782339 untuk maklumat lanjut.



Mafhum hadis:

"Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat"

Sumber asal : https://www.facebook.com/beliaprihatinnilai

Sebarluaskan..




Terima Kasih sudi baca. 
Kisah Chinta Hatey CheNamNam

4 comments:

  1. last week saya ketua kutip derma untuk adik ni bagi pihak office alhamdulillah...turun naik dari tingkat 1-4 banyak ktorg dapat harap bole serba sikit

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...Tahniahh dear...Moga kita dapat bantu meringankan sedikit bebanan kewangan untuk keluarga adik Adam InsyaaAllah...sedikit usaha nana dan kengkawan ofis mudahan besar ganjarannya disana nanti :)

    ReplyDelete
  3. Insyallah semoga ramai yg dpt membantu adik muhammad
    Semoga adik mohamad diberi kesihatan yg baik n sihat2 selalu

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3