Saturday 20 February 2010

INFO HAMIL : BINA OTAK JANIN DENGAN RANGSANGAN

Sumber : Mingguan Wanita 13-19 December 2002
Kelolaan : Wan Mahani Wan Hassan


Ibu bapa sebenarnya mempunyai peluang dan mempu mempengaruhi dan mencorakkan anak-anak menjadi manusia pintar, cemerlang dan bijak. Terutama bagi si ibu kerana mereka lebih dekat hati dan perasaan dengan janin yang dikandungnya.

Waktu kehamilan adalah saat paling penting dalam proses perkembangan janin. Dalam tempoh tiga bulan pertama kandungan, otak janin mula berkembang dengan pesat. Janin sudah mampu merasa dan member reaksi terhadap persekitarannya.

Kebanyakkan ibu hamil tidak menyedari bahawa pengalaman dan emosi ibu semasa mengandung turut dirasai oleh janin. Janin menyerap dan merakamkan segala detik dan pengalaman yang dilalui tanpa mampu menapis kerana mekanisme menapis maklumat masih belum terbentuk.Pada tahap inilah bayi belajar mengamati lingkungannya.

Dr Hassan Haji Mohd Ali dalam bukunya “Mendidik Anak Pintar Cergas” mengariskan bahawa janin dalam kandungan sebenarnya boleh diransang melalui kaedah-kaedah tertentu khususnya sentuhan kasih saying. Makan yang berprotein juga penting dalam pembinaan otak bayi. Malah, Islam juga turut mendidik pasangan cara-cara berjimak untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.

Kaedah merangsang bayi dalam kandungan:

1.Pastikan ibu mempunyai emosi yang tenang dan riang supaya anak yang akan dilahirkan sentiasa riang dan tidak mudah meragam

2.Lahirkan perasaan rindu menanti kelahiran bayi tersebut dengan penuh ikhlas dan kasih saying melalui usapan-usapan lembut

3.Perdengarkan beberapa jenis bahasa muzik terutamanya zikir dan ayat Al-Quran serta pelbagai rangsangan pengetahuan asas yang mudah.

4.Sentiasa bercakap-cakap dengan bayi dalam kandungan dengan kata-kata manja,lunak dan menyegarkan. Mulalah ajarkan bacaan seperti A,B,C,1,2,3 memperkenalkan diri seperti Assalamualaikum/hello,saying,ini mama/papa,anak emak/ayah,bijak/baik dan sebagainya.

5.Lakukan isyarat mudah seperti :menggosok persekitaran perut,menggongcang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut dengan menenangkannya,menepuk perut untuk mendapatkan reaksi bayi.

6.Rakamkan suara ibu,ayah dan ahli keluarga yang lain dan pasangkan ‘earphone’ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara setelah dilahirkan kelak.

7.Perkenalkan perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluhkan ke perut.lakukan rangsangan ini selama 5-10 minit.


Islam amat mengalakkan ibu-ibu mengamdung mengamalkan beberapa perkara tertentu agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia.Antaranya :

1.Banyakkan mengingati Allah SWT dengan memohon ampundan taubat. Dengan amalan ini Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dan perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat.

2.Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meniggalkan larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama isnin dan khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.

3.Banyakkan membaca Al-Quran. Antara ayat-ayat Al-Quran dan surah yang elok dibaca ketika hamil ialah surah Al-Fatihah,surah Yasin, surah At-Taubah,Surah Yusuf, Surah Luqman, surah An-Nahl(ayat 78) dan surah al-A’raf(ayat 189). Dengan membaca ayat ini selain daripada ibadah ia juga untuk memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna dan soleh.

4.Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.


Wanita hamil perlu mengetahui bahawa perasaan yakin dan gembira sewaktu hamil akan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang.
Ibu yang sihat menjamin keadaan pernafasan, pemakanan dn hormone yang stabil.

Ibu hamil yang tenang dan bersikap positif terhadap kelahiran bayinya juga didapati kurang mengalami risiko kehamilan. Mereka lebih mudah melahirkan anak. Keselesaan dan perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang,pintar dan cerdas.

p/s: sumber gambar dari gugel.

kataFAISH :oowwwhhhh haku sangat riang saat ini..*tetibe menjadi riang gumbira*

1 comment:

  1. kak..info ni berguna utk saya. btw..anak² akak comel =D

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3