Saturday 12 December 2009

INFO HAMIL : KURANG DARAH SEMASA MENGANDUNG

Ini adalah PERINGATAN untuk DIRI SENDIRI..!!!

Kurang darah adalah keadaan dimana paras darah merah kurang dari normal iaitu kurang dari 11 gram/dl.

Penyebab Kurang Darah

1~Kurang memakan makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12
2~Kerap mengandung iaitu kurang dari 2 tahun.
3~Jangkitan cacing
4~Masalah perubatan seperti malaria,thalasemia,leukemia,buasir dan pendarahan dari faraj.

Tanda-Tanda Kurang Darah

1~Pucat
2~Rasa letih lesu dan tidak bermaya
3~Sentiasa rasa pening
4~Rasa pitam bila bangun
5~Kebas kaki dan tangan
6~Rasa mengah dan berdebar-debar
7~Degupan jantung cepat

AKIBAT KURANG DARAH

Kesan Kepada Ibu :

1~Mudah mendapat jangkitan
2~Jika berlaku pendarahan keadaan akan lebih mudarat
3~Mudah mendapat penyakit lemah jantung
4~Kematian ibu

Kesan kepada anak akibat kurang darah yang teruk **Ya Allah simpang jauh-jauh dari haku**

1~Keguguran
2~Pembesaran janin terbantut
3~Anak lahir tidak cukup bulan
4~Anak lahir kurang berat badan
5~Anak mati dalam perut

Meningkatkan Pengambilan Zat Besi Melalui Makanan.


Ambillah makanan yang seimbang

Ambillah makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, ikan bilis, sardine, ikan cencaru, hati ayam, hati lembu dan daging sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.

Ambil bersama buah-buahan yang mengandungi vitamin c untuk menggalakkan penyerapan zat besi seperti jambu batu,mata kucing,betik,limau,rambutan,durian belanda,belimbing besi,kwini,kedondong,mangga dan nenas.

Pilih sayur yang tinggi zat besi dan folat seperti pegaga, peria, kangkung, pucuk keledek, pucuk paku, ulam raja, bayam,pucuk gajus,daun pudina,cekur manis, dan daun remunggai.

Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti kerang, ikan bilis, bebola ikan, kek ikan,hati,daging atau telur untuk menambah kandungan zat besi.
Perah air limau keatas makanan seperti sambal belacan.

Elak meminum teh,kopi atau ssusu bersama hidangan makanan utama atau ketika mengambil pil zat besi. Teh , kopi atau susu boleh menghalang penyerapan zat besi. Sebaliknya ambillah air limau atau jus buah-buahan lain.

Pengambilan Pil Zat Besi

1~Ambillah pil zat besi ,asid folik,vitamin C yang dibekalkan klinik kesihatan. Ini kerana makanan sahaja tidak boleh memenuhi keperluan zat besi yang tinggi ketika mengandung.

2~Ambillah pil-pil tersebut mengikut nasihat doctor sebaik-baiknya 2 jam selepas makan, bersama satu gelas air limau atau air masak. Elakkan mengambilnya bersama teh, kopi atau susu.

3~Pengambilan pil zat besi mungkin memberi kesan seperti mual-mual,sembelit,sakit perut dan najis berwarna hitam. Ini tidak merbahaya.





kataFAISH : betul ker orang cakap pil-pil yang klinik kasik nih akan jadikkan anak dalam kandungan besar dan susah nak salin…eh iyer ker cenggitu….

2 comments:

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3