Tuesday 14 September 2010

Punca Sosilawati dibunuh


Desakan meminta supaya suspek utama iaitu peguam bergelar Datuk mengembalikan wang miliknya dipercayai menjadi punca jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki bersamanya dibunuh dengan kejam.

Akibat dihantui rasa tamak, suspek yang berusia 41 tahun itu dikatakan enggan memulangkan wang tersebut dan hilang sifat kemanusiaan sehingga tergamak membunuh keempat-empat mangsa.

Berita penuh :Desak kembalikan wang
nie berita hari Ahad lepas ...
Konflik Perniagaan Motif Pembunuhan Sosilawati

Konflik perniagaan dipercayai menjadi motif kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu yang kemudiannya ditemui mati dipercayai dibunuh dan dibakar sebelum abu mereka dibuang di sebatang sungai berhampiran lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, motif pembunuhan juga disebabkan hal berkaitan kewangan.

“Kami sedang menyiasat mengenainya sama ada motif adalah masalah persaingan, hutang atau mungkin juga melibatkan perjanjian-perjanjian tertentu dalam perniagaan mereka,” katanya pada sidang media di sini, Ahad.


*********************************************************************
KataKauFaish :
Tengok paper tadi...tabah betul anak Datuk Sosilawati...masih mampu tersenyummm...kalo haku mungkin dah patpolohpat kali pitammmm.....
********************************************************************

17 comments:

  1. kisah sosilawati ni memang menyayat hati...dibunuh sebegitu rupa..mmg patut 'Datuk' tersebut dikenakan hukuman mati mandatori!!!

    ReplyDelete
  2. Dear Kak,

    Selamat Hari Raya..

    *kes ni sangat menggemparkan seluruh Malaysia. Mungkin juga menggemparkan seluruh dunia kut. giler kejam pembunuhan ni..

    sampai hati pemangsa tu..
    mudah2an kenebaran akan terbukti dan mereka akan dikenakan hukuman yang setimpal.

    kepada keluarga mangsa, semoga tabah..

    :'(

    ReplyDelete
  3. haha..jgn lah pitam selalu.. lenguh kami semua nak nolong angkat wahai mak budak!! hehe..

    ReplyDelete
  4. aku terkedu & tak boleh terima kenyataan lagi...kuat semangat betul anak DATUK tu kan...takziah pada family arwah...semoga rohnya tenang disana..

    ReplyDelete
  5. betoi... kalo eb pn leh siap msk icu tuh... hu3... nauzubillah

    ReplyDelete
  6. memang kejam.....tak tahu nak cakap ape...tapi memang dah ketentuan Allah...begitu caranyer mereka mati...cuma pembunuh tersebut perlulah dihukum ngan seberat2 hukuman

    ReplyDelete
  7. pg raya tu aku tgk paper terkejut confirm yg datuk sosilawati mati dibunuh..huhuhu

    ReplyDelete
  8. aku rs kes ni mmg paling dasat sekali terjadi kat msia

    ReplyDelete
  9. ye mmg betul hukuman mati terus..gamaknye geng2 Datuk india tu kena lah kat jail tu kena taruh ngan polis2 abislah padan muka

    ReplyDelete
  10. mngkin sbb dia anak sulung kena la tabah...tapi dlm hati sape tahu :(

    ReplyDelete
  11. Kes nie dah macam citer filem tamil.. kena bunuh peh tu bakar.. peh tu kena buang..ngeri ooo

    ReplyDelete
  12. kesian pada keluarga mangsa....

    tak dapat mayat untuk dikapankan...
    semoga dorang tabah hadapi ujian daripada Allah ini

    ReplyDelete
  13. Orang kaya memang suke buat suka hati, ingat leh tutup kes cam tu jew...

    ReplyDelete
  14. mmg sedih tgk berita psl sosilawati & 3org yg len tu....mcm mn keadaan family mereka kan....ngan smbut raya jd cm ni...

    ReplyDelete
  15. "datuk" peguam tu spatutnya dikenakan hukuman gantung je....kejammmm betui...

    ReplyDelete
  16. cara pembunuhan ikutan jd cerita2 hindustan & india kan....sgt2 x perikemanusiaan....jgn la smpi bunuh bakar kan....

    ReplyDelete
  17. mayat2 dah le tk nmpk rupa dh.....huhu..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3