Thursday 2 September 2010

Resepi Chantek Lisa Surihani

ya amponnnnnn chanteknyer kau fonfuannnnn...kagummmm makk..!!
"gambar ehsan dari Metro"



Profil Lisa Surihani :

NAMA SEBENAR: Lisa Surihani Mohamed
PANGGILAN: Lisa
TARIKH LAHIR: 23 Mac 1986
USIA: 24 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak keempat daripada lima beradik (perempuan tunggal)
KETURUNAN: Melayu Bugis

PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari University of Aberystwyth, Wales, United Kingdom (UK)

FILEM: Antaranya Good Bye Boys, I'm Not Single, Jangan Pandang Belakang Congkak, V3: Samseng Jalanan, Semerah Cinta Stiletto, Lagenda Budak Setan, Kapoww!!, Zoo, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, Cyber X: Ancaman Pagoda dan Ombak Rindu

DRAMA: Antaranya Obsessi, 3 Janda, Mataku Nampak Hantu, Ponti Anak Remaja, Mentua vs Menantu 2, Adamaya dan Tudung Ekspres

DUTA PRODUK: Lip Ice, Garnier

PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21)

Petikan dari Metro. Wajah modal cari makan
Oleh Norhayati Nordin
2010/09/02

JIKA dilihat pada pembabitan Lisa Surihani Mohamed dalam industri perfileman Malaysia ketika ini, dia boleh dianggap ratu filem baru.

LISA...dedah rahsia penjagaan wajah. Ini kerana banyak sudah filem dibintanginya termasuk drama televisyen. Antara filem yang paling mendapat perhatian ialah Lagenda Budak Setan dan siri TV Adamaya serta terbaru, Tudung Ekspres.

Petah berbicara dan kekal merendah diri, Lisa akui lebih selesa menjadi sederhana dalam serba-serbi.

Ketika ini pelakon jelita ini sibuk membintangi filem Ombak Rindu bersama Maya Karin dan Remy Ishak.

Disebabkan berbakat dan cantik, tidak hairanlah Lisa mula menjadi buruan ramai. Terbaru dia dilantik menjadi duta produk kecantikan Garnier.

Mengulas mengenai perkembangan berkenaan, Lisa berkata tidak boleh tidak, dia perlu menjaga penampilan diri apatah lagi ia sudah sinonim dengan dunia hiburan.

"Saya tidak akan tidur dalam keadaan mekap tebal," katanya.

"Jenis kulit saya sangat sesuai dengan produk Garnier. Biasanya, saya akan guna penyegar (toner) dan pelembap muka (moisturizer). Produk Garnier untuk siang dan malam ada perbezaannya. Ini kerana produk malamnya lebih berfungsi melembapkan kulit wajah kita.

"Dalam soal penjagaan kulit, apa yang boleh saya katakan, setiap orang harus mengambil berat mengenainya.

"Saya menjaga kulit pun bukan sebab karier sebagai artis, tetapi ia sudah tanggungjawab diri. Saya juga sentiasa mengamalkan minum air suam.

"Tidak ketinggalan, saya juga amalkan minum pati teh hijau dan buah-buahan. "Semestinya, saya tak minum kopi dan ambil minuman berkarbonat. Petua ini, saya amalkan selepas habis sekolah. Minuman berkarbonat saya tak sentuh sejak zaman kanak-kanak lagi," katanya.

Berkongsi lagi mengenai rahsia produk Garnier, Lisa berkata, dia sentiasa menggunakan penyegar mata untuk menghilangkan tanda hitam di bawah mata. Selain itu, katanya, dia memakai topeng muka (mask) setiap dua minggu sekali. Bukan itu saja, Lisa juga tidak terkecuali menggunakan penyental muka (scrub) di kawasan zon T pada wajahnya.

Bagaimanapun, katanya, penyental muka perlu dilakukan secara perlahan yakni jangan kasar agar kulit wajah tidak tercedera.

Katanya, produk Garnier Light Whiten & Even Moisturizing Cream bertindak dwiaksi terbukti. "Kesannya kulit lebih cerah sehingga dua tona dan bintik hitam juga akan berkurangan. Ia boleh diukur dengan pengukur tona kulit dan pengukur bintik hitam.

"Pastinya, keputusan itu akan menyeronokkan wanita. Menerusi revolusi Snow Pine White Source, kulit kita 10 kali cerah berbanding vitamin C. Ia turut dimuatkan juga dengan kandungan SPF17/PA++ yang melindungi kulit daripada pancaran sinaran UVA/UVB.

"Justeru, kulit lebih cerah dalam masa dua minggu, begitu juga bintik hitam berkurangan dalam tempoh itu," kata Lisa. Bercakap mengenai Aidilfitri yang akan kunjung tiba tidak lama lagi, Lisa juga membuat persiapan ala kadar. Menurut Lisa, dia merancang untuk membeli tiga pasang pakaian baru.

"Itupun bergantung pada keadaan. Cuma, saya memang suka gaya yang ringkas dan bersederhana. Aidilfitri kali ini, saya dan keluarga tidak pulang ke kampung dan hanya meraikannya di Kuala Lumpur. Kami juga tak akan lupa menziarahi pusara ayah.

"Sempena Aidilfitri ini, saya ucapkan selamat menyambut hari raya kepada umat Islam seluruh negara. Pada musim perayaan ini, saya juga mahu mengingatkan supaya berhati-hati ketika memandu di jalan raya.

"Dalam pada itu, penampilan juga harus diutamakan. Sebagai seorang gadis, saya sentiasa impikan penampilan menyerlah di hadapan tetamu yang datang beraya di rumah saya. Sekalipun bergaya ringkas, saya akan pastikan solekan saya itu sesuai dengan pakaian yang selesa," katanya.



22 comments:

  1. DAYA MINAT kat dia sebab dia cute sangat..
    dulu tak layan citer adamaya,
    lepas tgk dia berlakon ..
    dah jadi wajib tengok dah

    ReplyDelete
  2. daya ada jumpa dia kat Cameron masa dia wat Filem Ombak Rindu tu..
    dia memang comey giler laa..

    sayangnyer tak bergambar pun ngan dia.. sebab dia duk sibuk make up

    ReplyDelete
  3. klu dah cantik pakai ape2 pun cantikkan....

    ReplyDelete
  4. huhuhu kena beli produt garnier lepas ni hehehehehe

    ReplyDelete
  5. alamak pantang minum ais
    aku sahur pun tibai ais caner tu miahahahaha

    ReplyDelete
  6. byk2 artis aku suke si lisa ni dah la cantik sopan manis kira mmg lengkap lah sbg seorg pompuan..bgs jd artis contoh

    ReplyDelete
  7. sokong ngan zaidah..org dah cantik pki ape pun cantek hehehehe

    ReplyDelete
  8. betul2 artis ni kena jaga penampilan..kalo x jaga sape nak nengok..aku ni sebarang makeup or pencuci pun xde..tp alhamdulilah xde pulok batu bata menempek kat muka aku yg mmg x cantek ni..kalo ada mmg x centek lgsg...ada org kesah hahahaha

    ReplyDelete
  9. akak pun suka tgk wajah dia sejak tgk dia berlakon dlm iklan bedak kompek utk remaja Johnson & Johnson dulu..dh lama dh. Masa tu dia sekolah menengah rendah lagi kot, hoho..

    ReplyDelete
  10. huhu...
    yg penting kite mesti menjaga ape yg kite miliki....

    ReplyDelete
  11. dia ni in person pun cantek....tanpa mekap tau...mulus betul kulit dia...akuu suka citer ombak rindu...best la kalau lisa ngan remy berlakon...aku suka novel tuh...sgt feeling and touching....

    ReplyDelete
  12. canteq nya lisa.. xpuas mat nengok.. huhu
    ptua dia x mnum kopi n mnuman brgas.. yg 2 plg sush nk tnggal.. canne ni???

    ReplyDelete
  13. hah! smpai suke gile aku tgk muke si Lisa ni.. terpengaruh aku beli set Garnier.. hahaha.. kunon2 nak cantik cam dia la.. muleh ke cantik?? hahaha.. smpai ade 1 corak tudung yg Lisa pkai lam Tudung Expres, aku carik & beli yg same sebijik sejebon.. konon2 nk jelita la cam dia. muaakakakaka...

    ReplyDelete
  14. kalo si lisa nie pakai tudung terus mesti cantik giler n ramai orang ikut dia...

    ReplyDelete
  15. kalo dia mantapkan lagi cara lakonan dia..
    mesti dia leh jadi pengganti Erra Fazira...

    ReplyDelete
  16. pakai garnier gak..
    memang ada perubahan...

    ReplyDelete
  17. pakai garnier la kami lepas ni..
    ahahahhahaah


    salam kenal jugak...

    ReplyDelete
  18. kulit muka lisa mmg cantik kan...ko minat dia ke minat kulit muka dia? hehehe...

    ReplyDelete
  19. haku dulu penah pakai Garnier tp cm x sesuai je ngan kulit muka aku...hehe

    ReplyDelete
  20. tp tgk lisa ni mmg sejak azali kulit muka dia cenggitu kut....lawa plak orgnya....mmg jd buruan ramai le....

    ReplyDelete
  21. haku pon x suka minum ais...kulit muka cm tu gk..kakaka

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3