Thursday 2 December 2010

Lisa Surihani ditegur kerana "Gila Babi"



Saper tengok Mari Menari ?

haku tengok jugak kenkadang, tue pon sebab ader Lisa.
kalau saper yang tengok mesti terperasan Lisa ader cakap gila babi kat pasangan mari menari tuh.

Lisa cakap pasangan tuh menari hebat gila babi.bagi haku okeh jerk takder hal punyer..tapi sebabkan Lisa mengacarakan program secara Live yang ditonton ribuan orang, makanyer akan ader orang yang boleh terima dan jugak disebaliknyer.

Ikuti temubual mstar dengan Lisa :

PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani mengakui niat sebenar ungkapan “gila babi” ketika mengacarakan program Mari Menari minggu lalu adalah bagi memberi semangat kepada pasangan adik beradik dalam program tersebut.

Jelasnya, dia tidak bermaksud untuk mengaibkan pasangan tersebut dengan mengeluarkan perkataan yang tidak senonoh.

“Situasi itu berlaku ketika pasangan MM Nita memberi persembahan terbaik, jadi niat saya adalah untuk memberi sokongan kepada mereka dengan berkata "persembahan mereka hebat gila babi",

“Saya rasa itu adalah perkataan harian dan tidak salah sebab saya bukan melebelkan seseorang dengan perkataan yang tidak senonoh,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Bagaimanapun, Lisa mengakui perkataan tersebut kurang sesuai untuk digunakan ketika pengacarakan sesebuh program secara langsung seperti Mari Menari.

“Selepas selesai program tersebut saya ada ditegur oleh pihak produksi Astro agar lebih berhati-hati selepas ini dalam memilih perkataan.

“Saya juga menganggap ia sebagai satu pengajaran kepada saya. Namun Alhamdulilah ramai peminat dan penonton Mari Menari memahami apa yang saya ingin sampaikan sebenarnya,” katanya yang semakin selesa mengacarakan rancangan terbitan Astro itu.

Selain itu, pelakon Lagenda Budak Setan ini juga berjaya mengumpul seramai lebih satu juta peminat di laman sosial Facebook miliknya.

Dia yang menubuhkan laman sosial tersebut sejak tahun 2008 mengakui Facebook itu adalah salah satu cara untuk dia berinteraksi dengan peminat-peminatnya.

“Alhamdulilah sejak menjadi anak seni saya sentiasa disokong oleh peminat yang tidak putus-putus beri semangat. Saya jadikan laman sosial tersebut sebagai salah satu cara untuk menghargai dan berterima kasih terhadap sokongan mereka.

“Dari situ juga saya boleh berkongsi perasaan suka duka bersama mereka. Namun bagi saya cara ini bergantung kepada individu atau artis bagaimana mereka menghargai pemiant mereka,” katanya.
- mstar Oleh KEMALIA OTHMAN

betul cakap Lisa, itu hanya perkatan atau percakapan harian sajork.So tak payah nak kecoh-kecoh. its nothing!! but to Lisa please take note ya..!!next time lebih berhati-hati okeh.All the best..!!


Tahniah Lisa..!!dah ader satu juta fans kat facebook,dan haku adalah salah seorang dari mereka-mereka itew.
Cayolahhh...!!!

8 comments:

  1. ramai gile fans dia...aku x join pon..hehe..

    ReplyDelete
  2. tak kira apa pun vee tetap minat lisa...
    :)

    ReplyDelete
  3. hahaahaha...terlepas ckp..maafkan je laa..

    ReplyDelete
  4. akak ni mmg peminat no 1 lisa surihani ar. same mcm my mom :)

    ReplyDelete
  5. perghh....mmg ramai tul fans lisa...
    congrats2!!!
    bese la tu tersilap kata..
    maybe ter'excited kot...

    ReplyDelete
  6. terrsasul la tu kan akak ? huhuh

    ReplyDelete
  7. x pasan lak aku ade fb dia tak... twitter dia aku adeler..

    aku tak tgk la part dia ckp gila babi tuh.. last week tgk2 da time ariz perform..

    ReplyDelete
  8. waaaa..betol2..fieza pown salah seorang peminat kak lisa..alaaa, bahasa pasar je pown 'gila babi' tu..tu maksudnya best sangat2 ler tu heee

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3