Monday 6 December 2010

Salam Ma'al Hijrah 1432H

Dalam Kalendar Islam hari nie last day kita dalam tahun ini.Besok kita akan sambut Ma'al Hijrah dan Awal Muharram 1432H merupakan bulan pertama kalendar Islam.Oleh itu kita juga digalakkan agar membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun.



Doa Akhir Tahun.
Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.

Sesiapa yang membaca doa ini,Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada
setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca
doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”




Doa Awal Tahun.
Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.

Sesiapa yang membaca doa ini,Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah
telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.



Semoga kita semua sentiasa berada dibawah Lembayung Kerahmatan Dan Lindungan Allah SWT selalu hendaknya.

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam.



2 comments:

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3