Wednesday 24 April 2013

Gift Of Love @ Baitul Ehsan

السلام عليكم

Masih ingat pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi ?
9 Mac yang lepas telah diadakan jualan amal untuk mengumpul dana bagi membiayai kos pembinaan Rumah Anak Yatim Baitul Ehsan Al Khairi..dan Alhamdulillah jualan amal tersebut sangat sukses dengan bantuan semua..insan yang baik hati.
Dan hari ini wahai insan yang baik hati...sekali lagi saya dengan rendah diri mengajak kalian yang baik hati untuk bersama-sama dengan GOL merealisasikan impian kecil anak-anak penghuni syurga ini.

GOL akan menganjurkan jualan amal sekali lagi di Baitul Ehsan. Kali ini dana dikumpulkan untuk membiayai program latihan kemahiran untuk anak-anak yatim dan fakir miskin di Baitul Ehsan.

GOL sangat berhasrat untuk mencari individu yang mempunyai kemahiran seperti menjahit, membuat kek dan lain-lain kemahiran yang sudi mengajar anak2 ini dengan percuma. Dana ini akan digunakan untuk membeli dan menyediakan peralatan/bahan/mesin yang diperlukan untuk latihan2 kemahiran yang bakal mereka ikuti.

Ini adalah program jangka panjang yang GOL rangka dengan harapan suatu hari nanti anak2 ini bukan sahaja boleh membantu menjana pendapatan untuk rumah mereka malah dapat menjadi kemahiran yang dapat membantu mereka menyara hidup mereka sendiri.



Double klik untuk paparan yg lebih jelas @ untuk copypaste gambar
(note: lampiran yg tertulis diatas akan sy lampirkan dilain posting yer,maaf atas kesulitan..:)

Seperti juga Jualan Amal yang lalu, untuk sebarang sumbangan kewangan boleh disalurkan ke

CIMB Bank Account 1216 0056 111 525 

- Liza Masrina Ibrahim (Coordinator Projek)

Ocay untuk sebarang maklumat/menyumbang, boleh hubungi 010 2646584
Liza Masrina, Mirawati Mohamad Sya Hanim Rahman atau rakan2 yang lain @Gift Of Love "GOL" Group.

LIKE page Membina Kasih @ Baitul Ehsan untuk dapatkan info-info terkini tentang jualan amal Baitul Ehsan yang akan diadakan nanti. Volunteer adalah sangat dialu-alukan untuk memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.

dan anda semua juga dijemput untuk hadir memeriahkan/menyumbang  pada hari jualan amal itu nanti . JANGAN LUPA tarikh nie 01 Mei 2013 di rumah Baitul Ehsan.

Jom kite sama-sama war-warkan mengenai jualan amal ini kepada umum.
Lets do it a success my dear friends!!
 


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3