Monday 14 December 2009

Info Hamil:Sebaiknya Tidak Dilakukan Ketika Hamil

Sumber: Mingguan Wanita (12 - 19 Oktober 2007)


Kehamilan adalah perkara yang membahagiakan buat wanita. Justeru ia harus dijaga dengan baik agar janin yang dikandung selamat hinggalah tiba masa untuk melahirkannya. Untuk memastikan janin selamat terdapat beberapa perkara yang seharusnya tidak dilakukan ketika berbadan dua. Berikut adalah antaranya:


Manikur - Pedikur
Keadaan kuku yang cantik dan rapi memang diingini oleh setiap wanita namun sekiranya anda hamil terutamanya ketika usia kehamilan kurang tiga bulan ia haruslah dilakukan dengan hati-hati. Banyak produk kuku mengandungi bahan kimia seperti toluene yang ada pada pewarna kuku atau aseton pada produk penghilang cat kuku. Meskipun belum dikaji apakah bahan ini berbahaya bagi janin, sebaiknya anda hindari sahaja.

Perawatan Wajah
Kulit terasa berminyak dan melekit ketika hamil? Mungkin perawatan wajah adalah salah satu penyelesaiannya. Namun ingat, lakukan perawatan wajah yang biasa sahaja. Jangan disertai dengan rawatan pengelupasan kerana kulit wanita hamil cenderung lebih sensitif.

Mewarnakan Rambut
Setakat ini belum ada informasi tepat lagi jelas adakah pewarna rambut benar-benar selamat bagi ibu hamil. Jika ingin melakukannya, sebaiknya tidak dilakukan pada trimester pertama kehamilan. Tunda hingga proses kelahiran, atau tanyakan pada doktor anda.

Kasut Tumit Tinggi
Selama tempoh kehamilan, berat badan yang bertambah akan turut memberi kesan pada pusat graviti tubuh. Akibatnya dapat dilihat pada perubahan cara jalan dan keseimbangan. Hindari menggunakan kasut bertumit tinggi untuk menghindari kemungkinan terjatuh.

Buah Durian
Hindari mengambil raja buah ini terutama jika usia kandungan di bawah 3 bulan. Buah durian dapat merangsang timbulnya kontraksi, malah jika dimakan terlalu banyak pada kehamilan trimester pertama ia mampu menyebabkan keguguran.

Ubat Nyamuk
Apa pun bentuknya, bakar, sembur atau sapu, penggunaan ubat nyamuk tidak disarankan pada ibu hamil kerana ia mengandungi bahan kimia aktif yang termasuk kategori racun yang amat berbahaya. Untuk menghindari nyamuk gunakan saja kipas angin atau sapukan minyak kayu putih di kulit.

Derma Darah
Ketika hamil wanita tidak disarankan menjadi penderma darah. Kenapa? Kerana ketika hamil, anda sendiri cenderung mengalami anemia. Anda memerlukan lebih banyak darah untuk diri sendiri. Derma darah bagaimanapun boleh dilakukan sewaktu nifas.

Gula Sintetis
Penggunaan gula sintetis seperti sakarin tak digalakkan pada ibu hamil kerana boleh menembusi hingga ke bahagian plasenta dan memasuki perjalanan darah ke janin. Penimbunan gula sintetis dapat menyebabkan risiko kanser kandung kemih pada janin.

Bawa Barang Berat
Hindari membawa beban melebihi 30kg, apatah lagi ketika usia kehamilan memasuki 30 minggu. Membawa tubuh sendiri saja sudah berat, apalagi ditambah beban lain.

Naik Pesawat
Meskipun selamat menaiki kapal terbang ketika kehamilan memasuki trimester ketiga, namun dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. kehamilan berisiko seperti hamil janin kembar, mengidap diabetes atau tekanan darah tinggi, plasenta abnormal sebaiknya menggunakan kaedah perjalanan menaiki pesawat.

Ubat Jerawat
Ibu hamil biasanya akan memiliki kulit wajah berminyak yang berpotensi untuk tumbuhnya jerawat. Malah ada ibu hamil yang ditumbuhi jerawat lebih banyak dari biasa. Jika anda mahu mengubatinya maka dapatkan nasihat doktor. Umumnya ibu hamil diminta untuk menunda rawatan hingga usia kandungannya mencapai empat bulan. Ditakuti bahan yang ada dalam ubat jerawat mampu mengganggu pertumbuhan awal janin. Lebih selamat jika anda membersihkan wajah secara teratur untuk mengurangi penghasilan minyak dan sumbatan sebum.

4 comments:

  1. wah kak..bagus ni..even saye belom kawen.hihi..thaks for sharing!

    ReplyDelete
  2. shiela...bagus info nie...mengingatkan kita yang lupa kepada bakal ibu nie satu info yang memang bagus...

    ReplyDelete
  3. sbb tu la aku bercadang balik dari sabah baru nak mengandung
    hehehe

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3