Tuesday 26 April 2011

Dapur Sikecil :Ingat yer ibu-ibu sarapan pagi itu PENTING..!!

Amacam..?


Kalau korunk tengok macam tuh jerk korunk rasa pancake CNN menjadi tak...hahaha pancake aka lempeng.

Ada sesetangah orang dikalangan kita yang memang tak suka ambik sarapan.Ok fine ko tak suka ko punyer pasal lah, haku memang tak kesah pon. Tapi jangan disebabkan ko tak suker sarapan anak-anak ko pon tak payah sarapan jugak. Saper yang terfikir makpak tak sarapan so anak-anak pon takyah sarapan,eh meh haku suku suku kepala kau. Kejadah bengong sangat..!!

hahhhh dah meh sini CNN nak kasik kau ceramah motivasi sikit .Kasik celik minda tuh.kadang-kadang kiter bukannyer tak tahu tapi kiter sering terleka...dan perlu selalu diingatkan. haku bukan cakap korunk jerk haku pon kenkadang macam tuh jugak...*sekeh kepala sendirik laju-laju dulu*



sarapan dalam bahasa inggerisnya adalah breakfast. Pernah terfikir tak breakfast tuh apabenda.meh haku bagitau sikit breakfast secara literalnyer break maknanyer pecah atau putus yer dan fast pulak maknanyer puasakan...*angguk laaa..*

So maksudnya kat sini breakfast adalah "memecahkan puasa" .So betullah tuh, sebab kali terakhir mereka makan mungkin jam 8 malam atau mungkin jugak pukul 9 malam sebelum anak-anak tidur, bermakna anak-anak kita dan kita pon sebenarnya telah 'berpuasa' selama lebih kurang 10 jam.

Itu tak lagik yang jenis makan sebelum pukul tujuh maklom lah noks mak diet kater nyer kannn...*mater keatas tangan kedada*

So sarapan pagi neh pon ibarat bersahur untuk anak-anak la setelah berpuasa hampir sepuluh jam...haaaaa terfikir tak uols pasal tuh? kalu tak buka puasa lebih dari sepuluh jam bukankah itu satu penganiayaan untuk kanak-kanak jugak.



Sebab itulah dalam Islam, bersahur untuk berpuasa adalah sunnat. Lebih afdal lagi kalau bersahur selewat yang boleh sebelum masuk waktu subuh. ..*alamak puasa tak ganti lagi laaa,mamtik la mak..*




Menurut Carson Wade dalam bukunya Natural Energy Booster, "Sarapan yang baik adalah pembekal tenaga.walaupun anda tidak merasa lapar apabila terjaga dari tidur, zat pemakanan yang diperlukan untuk memberi tenaga sudah terhakis dari badan sewaktu anda tidur".

Satu kajiann yang dijalankan oleh University Reading di UK mendapati "pelajar berumur 12 tahun yang tidak bersarapan pagi mempunyai kelembapan otak seperti orang tua berumur 17 tahun" Kelembapan otak diukur dari sudut "reaction time" (masa tindak balas) dan "mental agility" (ketangkasan berfikir).



okeh meh haku highlight kan sikit tentang kebaikan bersarapan untuk anak-anak menurut kata pakar..bacer jangan tak bacer tau...

Satu penelitian telah membuktikan anak-anak yang memulai harinya disekolah dengan sarapan pagi memiliki daya ingatan yang lebih tajam dan kemampuan menyerap pelajaran yang lebih baik dibandingkan anak yang tidak bersarapan.

Sarapan pagi merupakan makanan khusus untuk otak yang berhubung kait dengan kecerdasan mental,nilai positive, otak menjadi lebih serdas, peka dan lebih fokus.Ia menguatkan tumpuan, menambah kemahiran menyelesaikan masalah dan meningkatkan daya tumpuan mata dan tangan serta koordinasi. Ia membuat kanak-kanak lebih cerdas dan kreatif.

Sarapan pagi akan membekalkan cukup tenaga dan daya ketahanan sehingga waktu makan mereka yang seterusnya.

NOW sila mengucap panjang bagi ibu-ibu yang tidak pernah menyediakan sarapan untuk anak-anaknyer ker sekolah..

Catherin Kong, seorang pakar pemakanan dalam temubual di "Breakfast on 2" TV2 (Rabu, 11 Januari 2006) menerangkan dalam kajian yang dijalankan oleh UKM dengan kerjasama Nestle, majoriti yang tidak bersarapan pagi adalah pelajar Melayu manakala ramai yang bersarapan pagi adalah pelajar Cina.



Jenggg jengggggjenggggg.......Apakah ini ada kaitan dengan keadaan yang wujud di mana secara umumnya, pelajar Cina lebih ke hadapan prestasi akademik mereka berbanding pelajar Melayu...questionmark..

Okeh haku tak tahu tapi haku terfikirkan tentang itu.So ibu-ibu bapa-bapa sama-samalah kita fikir sejenak dan renung-renungkanlah !




Tidak dinafikan kiter sering terperangkap dengan keadaan dan masa.Bagi ibu-ibu yang bekerja memang menyediakan sarapan untuk anak-anak agak rumit disitu tapi itu bukan lah alasan kerna ibu itu sendiri sudah sinonim dengan istilah pengorbanan.

Tidak perlu mencari alasan dalam membesarkan anak-anak. kerna kita sendiri yang memilih jalan untuk bergelar seorang ibu.Maka jadilah seorang ibu yang betul-betul ibu. Ibu yang sentiasa memberi yang sentiasa berkorban yang tidak kenal erti putus asa yang terus mencuba untuk menjadi yang terbaik.

Kerna Ibu adalah seorang yang sentiasa hebat dimata anaknya.



istilah tidak ada masa, haku rasa itu alasan paling lapuk yang sering kita gunakan. Juga tidak perlu untuk memberi alasan "anak saya tak nak makan pagi".

Yes, memang betul lah taknak makan pagi sebab sejak dari kecil lagi mereka tidak dipujuk, tidak di ajak, dan tidak didisiplinkan untuk bersarapan pagi.

Bukankah kiter sendiri yang percaya melentur buluh biarlah dari rebungnya...so buluh seumpama mana yang kau mahu.....lenturlah anak-anak sedari kecil lagi....



Sepatutnya kiter menjadikan tabiat sarapan pagi neh sebagi satu amalan yang mesti kiter buat dan makan bersama-sama keluarga. Dengan itu akan menggalakkan anak-anak untuk bersarapan sejak mereka kecil lagi dan akan mendidik mereka tentang pentingnya untuk mereka menjaga kesihatan.



Cara yang terbaik untuk menunjukkan tauladan adalah ibubapa itu sendiri perlu untuk bersarapan pagi.

Diusia mereka ini mereka belajar dari apa yang mereka tengok dan akan terpengaruh dengan apa yang mereka lihat sajerk.Kalau dah makbapak sendiri pon tak sarapan apatah lagik anak-anak kan..

Okeh neh adalah beberapa tips mudah yang boleh dijadikan amalan harian.


Bangun beberapa minit lebih awal untuk menyediakan sarapan pagi. means bangunlah sebelum anak-anak bangun then sediakan sarapan untuk anak-anak. jangan dok mind set nak pegi beli jerk.Bukankah airtangan ibu adalah yang terbaik..!!

Sediakan sarapan pagi pada malam sebelumnya kalau ko rasa ko akan kelam-kabut pada pagi esoknya.

Bekalkan makanan untuk anak-anak supaya mereka boleh makan dalam perjalanan ke sekolah ataupon di sekolah.

Sama-samalah kiter berusaha agar dapat memberikan yang terbaik untuk simanja kiter.

Sememangnyer haku juga mengingatkan diriku agar tidak leka dek mengejar harta dunia semata hingga anak-anak di abaikan. haku cuba untuk menjadi yang lebih baik..:)

Tak salah kiter melakukan kesilapan hari ini tapi adalah salah kiter biarkan kesilapan yang sama berulang dan terus berulang.


ehemmmm amacam,agak-agak CNN boleh jadik pakar pemakanan tak?hahahaha...

Okeh okeh haku bukan pakar pemakanan yer tapi itu adalah info yang haku dapat dan baca dari pelbagai sumber dan haku kongsikan dengan semua pembaca disini. Diharapkan ada manfaatnyer untuk kiter semua.

Samada korunk nak ambik sebagai panduan atau biar info ini begitu sajerk,itu hak korunk. take ur time dan fikirlah...

eh ader ker yang berkenan yang resepi pancake CNN neh..hahaha..berselera tau anak-anak haku makan dan itu menunjukkan betapa hebatnyer mama derang neh buat pancake..hahaha *statement kasik ko pitam*



takper kang haku kasik resepinyer yer.stay tune k...




~CNN~

Jom join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.!!

10 comments:

  1. yummy..nampak sedap.. nak cikittt...hehehe

    ReplyDelete
  2. syedap weiii...aku tengok danial makan aku ikut terliur sekali..nampak macm choc chip pancake jek..apa pun mmg aku setuju breakfast tu penting, anak aku tak makan reroti ni..so aku kena la berjoget dgn kuali wat n.goreng ke , bihun goreng ke..adehh..

    ReplyDelete
  3. sbb itulah walau rasa nak sambung tido pun tetap kena bangun juga sbb nak siapkan sarapan utk anak2 kan..

    ReplyDelete
  4. mcm sodap je kak..
    berselera ci tecik tu makan..
    bak resipi...kikiki...
    btul tu kak..
    sesungguhnyer breakfast sgtla penting...
    bkn hanye tuk dak kecik..
    dak besar pun kene breakfast..
    wajib tauuuukkk...

    ReplyDelete
  5. comel comel anakmu itu.....

    anak aku bangun jam 12.30 hari macamna breakfast?? tapi sebelum aku g keja aku dh sumbat susu ler

    ReplyDelete
  6. wahhhh mantop nye menu..
    betui2 bfast tu penting, walau dgn segelas milo

    ReplyDelete
  7. wah..licing tu.. siap mintak tambah lagik.

    ReplyDelete
  8. plg koman sarapan telur separuh masak je aku bg tuk si adik.. tp kaklong ngap jugak
    si kaklong makan sosej rebus..
    tu menu plg malas..

    ReplyDelete
  9. CMA : haruslahhh sedappp cnn yang buat katernyer...:)

    mila: wahhh kau lagik hebat..!!tabik spring siap-siap..

    hanis : betul tuhhh...

    Atie: betul betul betul,hakak pon kalau tak breakfast dulu nak wat kejer pon rasa lemah badan jerk..

    tinie : kalau susu itu lagik la berkhasiat..:)

    fazilzura: haku kalu segelas milo memang tak cukup la..pepagi dah buruk lantak..wakaka

    Yan : a'ahh memang bertambah pon diyer makann..siap ckp cedapnyer mama masak..

    Yan jugak :hihi paling malas pon tapi masak jugak..okeh la tuhh...

    ReplyDelete
  10. berselera nye meke makan....seronok tgk anak selera makan mcm tu..puas hati kita memasakkan...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3