Showing posts with label tips hamil. Show all posts
Showing posts with label tips hamil. Show all posts

Tuesday, 15 June 2010

INFO HAMIL : Minuman untuk wanita hamil

KESIHATAN ibu dan bayi dalam kandungan banyak bergantung kepada corak diet yang diamalkan.

--------------------------------------
KEHAMILAN menuntut seseorang wanita bukan sahaja menjaga kesihatan emosi dan pergerakan fizikal bahkan diet hariannya. Acap kali diet harian merujuk kepada pengambilan sajian yang bergizi seimbang seperti bijirin, kekacang, roti, sayuran dan buah-buahan.

Bagaimanapun, jarang sekali kita menekankan mengenai amalan minuman harian yang patut diamalkan oleh wanita.

Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Dr. Premitha Damodaran, seperti pemakanan, wanita hamil juga perlu menitikberatkan aspek pengambilan cecair yang diambil untuk tubuhnya.

Amat penting bagi wanita hamil untuk mengambil jumlah air yang cukup untuk tubuhnya kerana jika dehidrasi berlaku, tubuh mudah berasa letih selain mendapat serangan sakit kepala. Lebih teruk, mereka boleh mendapat penyakit yang dipanggil 'kencing kotor'.

Terdapat empat jenis minuman yang baik untuk diambil oleh wanita mengandung iaitu air putih, susu, jus buah-buahan dan minuman berfungsi atau isotonik.

Air putih adalah minuman yang terbaik kerana tidak mendatangkan masalah jika diambil berlebihan sehingga lapan hingga 10 gelas sehari.

Susu pula menawarkan sumber kalsium untuk perkembangan tulang manakala jus buah-buahan memberikan khasiat vitamin dan minuman berfungsi dapat menggantikan zat elektrolit yang hilang semasa berpeluh.

Bagaimanapun, tegas Premitha, wanita hamil sememangnya tidak digalakkan untuk mengambil minuman seperti kopi dan minuman berkarbonat.


SEBAIK-BAIKNYA hindarkanlah pengambilan kopi ketika sedang mengandung.
--------------------------------------------------------------------------------

Dengan minuman berkarbonat telah menjadi satu budaya hidup masyarakat hari ini, ia sebenarnya memberi kesan buruk kepada kesihatan dan tubuh badan ibu dalam jangka masa panjang.

Katanya, kandungan gula yang tinggi iaitu sehingga tujuh hingga sembilan sudu dalam satu tin boleh menyebabkan kadar gula dalam darah wanita hamil tidak seimbang.

Kesan buruk itu bukan sahaja terdedah kepada diri sendiri bahkan ke atas bayi dalam kandungan kerana ia akan menyumbang kepada ketidakstabilan paras gula tubuh bayi.

"Banyak minuman berkarbonat mengandungi pewarna makanan tiruan, perasa tambahan dan sebagainya. Dengan kandungan gula yang tinggi, ramai wanita hamil berisiko mendapat kencing manis. Tahap risikonya berganda," ujar Premitha.

Tambahnya, seseorang wanita hamil memerlukan kadar gula yang seimbang supaya keseimbangan tersebut dapat diwarisi oleh bayinya.


KANDUNGAN gula yang berlebihan dalam satu tin minuman berkarbonat memudaratkan wanita hamil.

--------------------------------------------------------------------------------

Jelas Premitha, kopi juga seharusnya dihindar oleh ibu hamil daripada menjadi minuman harian. Pengambilan kafein yang terlalu tinggi adalah tidak baik untuk kesihatan bayi, malah beberapa pakar mendedahkan bahawa ia mungkin boleh mendatangkan risiko keguguran sewaktu trimester pertama.

Premitha memberi senarai masalah yang boleh berlaku jika minuman berkarbonat atau kopi menjadi pilihan ibu hamil:

1. Minuman soda atau berkarbonat menyamai sekurang-kurangnya tujuh sudu gula dalam setiap tin. Ini mungkin mendorong kepada masalah berat badan yang naik mendadak, penyakit kencing manis dan beberapa komplikasi lain yang berlanjutan daripada dua penyakit tersebut.

2. Kopi dan teh mengandungi kafein. Jika sebelum ini anda penggemar kafein, elakkan pengambilan kedua-dua jenis minuman itu secara harian. Kafein yang tinggi boleh menjejaskan proses perkembangan kandungan dan menyebabkan perubahan hormon tubuh.

3. Kafein juga mengakibatkan diuresis, iaitu keadaan yang menyebabkan pundi kecing menjadi aktif. Badan boleh kehilangan air secara berlebihan akibat terlalu kerap kencing.

- NUR AISHAH MOHD. AMIN

sumber : KOSMO

KataFAISH : haku adalah pengemar kopi yang tegarrr.....

Sunday, 25 January 2009

Himpunan Info Hamil

Assalamualaikum and hi alls..!

Info hamil adalah koleksi dan bahan bacaan CNN sewaktu CNN mengandungkan anak.koleksi ini diambil dari sumber-sumber yang boleh dipercayai seperti yang CNN nyatakan didalam setiap entry tersebut.Ini hanyalah sebahagian info hamil yang CNN ada yer.

CNN juga ada menulis tentang kehamilan CNN seperti dibawah sebagai pengalaman CNN mengandung yang tak kan pernah hilang dari ingatan CNN sehingga akhir hayat. Detik 40 minggu yang Indah bersama anak yang CNN kandung.


...Di Awal Kehamilan CNN...

...Di Akhir Kehamilan CNN...


Ibu mengandung sentiasa disarankan untuk membaca dan menambah ilmu yang ada agar lebih bersedia mental dan fizikal untuk menerima sicomel sebagai penyeri rumahtangga.

Percayalah, semakin banyak yang kiter cuba pelajari dan semakin banyak yang kiter bacer setiap hari kiter akan terasa seperti semakin kurang ilmu didada dan betapa kiter sebenarnya semakin bersedia menerima sicomel. Malah secara tidak langsung akan mengingatkan kiter erti tanggungjawab yang sebenar.







Bina Otak Janin dengan Rangsangan

8 Tips hamil Secara Sihat

Keperluan Ilmu Untuk Ibu Hamil

Masaalah Mengidam Wanita Hamil

Sebaiknya Tidak Dilakukan Ketika Hamil

Kurang Darah Semasa Mengandung

Didik Anak Dalam Kandungan





Anak adalah anugerah Allah SWT yang tak ternilai harganyer. Bersyukurlah kerna kiter adalah insan yang terpilih untuk menerima anugerah dari Allah yang tak ternilai harganya ini.


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!





~CNN~
Jom join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.!!